Anda Hilang MyKad? Kini laporan polis kini tidak lagi diperlukan bagi memohon gantian kepada MyKad dan pasport yang hilang. Pelaksanaan yang berkuatkuasa secara efektif pada 1 Mac lalu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam, baru-baru ini. Mahmood berkata, laporan polis hanya diperlukan sekiranya kehilangan berkaitan dengan kes jenayah seperti ragut dan rompakan di mana pemohon adalah mangsa.
Namun difahamkan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetap menggantikan MyKad kepada mangsa terbabit yang membuat permohonan tanpa bukti laporan polis.Difahamkan, jika dahulu orang ramai akan dikenakan denda kerana kehilangan kad pengenalan dan kemudian pendekatan mewajibkan pemohon untuk membuat laporan polis. Kini gantian MyKad tidak memerlukan laporan polis namun dikenakan denda atas faktor kehilangan dan budi bicara JPN sama ada bayaran penuh, pengurangan atau pengecualian.
Cakap-cakap mengatakan MyKad yang hilang sepatutnya memerlukan laporan polis kerana ia adalah pengenalan diri untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 12 tahun dan ke atas berbanding pasport yang berfungsi untuk tujuan ke luar negara. Walaupun tidak ke luar negara sehingga akhir hayat sekali pun, rakyat Malaysia itu tetapi menjadi warganegara maka MyKad adalah diwajibkan ke atas mereka.
Untuk artikel selanjutnya, layari mstar...
{ 1 orang bercakap... read them below or add one }
oh senang lah kalau dah x payah nak report polis.. kalau hal denda dgn JPN tuh, x kesah la.. janji dapat mykad balik even hilang bukan sbb kite..
Post a Comment