Skim Rumah Pertama (SRP)

Posted by Rafhan on Sunday, 20 March 2011

Skim Rumah Pertama (SRP) menawarkan pinjaman 100% kepada pembelinya yang layak. 25 buah institusi kewangan / bank sudah bersetuju untuk memberi kemudahan kewangan berkenaan. Skim Rumah Pertama (SRP) ditawarkan kepada pembeli yang berusia dibawah 35 tahun, dan masih tidak memiliki aset berbentuk rumah. Maka mereka ini layak untuk memohon pinjaman perumahan daripada 25 bank berkenaan 100% (tanpa deposit 10% – dahulu) dan pinjaman berkenaan adalah selama 30 tahun. Jumlah maksimum pinjaman adalah sebanyak RM220,000.
 
Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka. Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Klik link di bawah untuk melihat kelayakan permohonan:
1. Ciri-Ciri dan Kriteria
2. Bank Yang Terlibat
3. Soalan Lazim
Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.srp.com.my
 
source: srp, kiz 77

{ 2 orang bercakap... read them below or add one }

cacing said...

cayalah.... tapi kan kalo zaman sekarang kan 220K tu besar mana eh umah?

nurmisnan said...

hai rafhan... bagus buat skim nih
tapi sekarang harga rumah
tak sama mcm dulu..
saiz kecik tapi rumah dah beratus2 ribu..

Post a Comment