M. Nasir Dapat Datuk

Posted by Rafhan on Friday, 25 March 2011


M. Nasir semalam dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun hari keputeraan ke-80 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Penyanyi dan pencipta lagu, M. Nasir atau nama penuhnya, Mohd. Nasir Mohamed dan konduktor muzik, Ramli MS atau nama penuhnya, Ramli Mohamed Salleh adalah antara 124 penerima darjah DIMP pada satu istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini.
Penyanyi, pelakon dan pencipta lagu terkemuka itu merupakan individu yang layak untuk menerima gelaran tersebut menilai pencapaian yang telah diterimanya sepanjang bergelar anak seni. Antara anugerah yang diterima termasuk di pelbagai anugerah di Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu dan Festival Filem Malaysia.

Nasir merupakan pencipta ratusan lagu antaranya Mentera Semerah Padi, Fantasia Bulan Madu, Ghazal Untuk Rabiah, Nurnilam Sari dan banyak lagi. Turut terpilih sebagai Ketua Juri di Anugerah Juara Lagu 25 yang berlangsung awal tahun ini.M. Nasir sebelum ini pernah dianugerahkan Ahli Mangku Negara (AMN) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada tahun 1996.
Turut menerima anugerah tersebut ialah Ramli MS yang juga merupakan composer terkenal. Seramai 148 orang menerima anugerah darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan.
source: kosmo, Gua

{ 1 orang bercakap... read them below or add one }

alexayussida said...

ni baru btol2 layak dpt datuk...(bagi ac pe cer..keke)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...