Pokok Sukun

Posted by Rafhan on Friday 7 January 2011

Pokok Sukun sering dijadikan pohon teduhan di kawasan rumah

Buah sukun yang sudah masak kebiasaanya akan mengeluarkan getah

Nama biasa              Sukun
Nama botani            Artocarpus altilis (Park), Fosberg
Sinonim                    A, communis Forst Moraceae
Famili                         Moraceae

Habitat dan Taburan
Sukun berasal dari Polinesia dan Kepulauan Pasifik dan merupakan makanan utama di kawasan tersebut. Kini pokok sukun terdapat di seluruh kawasan tropika. Di Malaysia, pokok sukun ditanam di sekitar rumah sebagai pohon teduhan selain untuk mendapatkan buahnya. Di kawasan subtropika, yang mengalami sedikit musim sejuk pokok sukun bersifat separuh luruh.

Ciri Morfologi
Sukun sejenis pokok saka monoesius yang cantik mencapai 20 m tinggi. Batang utamanya keras dan ranting-rantingnya kasar. Kesemua bahagian pokok mengan-dungi getah putih. Helai daun besar, iaitu 30-60 cm panjangnya. Permukaan atas daun berwarna hijau cerah manakala permukaan bawah kasar serta berbulu. Daun berbentuk pinat, bercuping dan berlekuk-lekuk dalam.

Bunga jantan dan betina dikeluarkan pada jambak yang berlainan di celah daun. Jambak bunga jantan bujur panjang dan melentik. Jambak bunga betina tegak pada tangkai yang pendek. Benihnya bulat atau bujur sedikit.

Buah sukun jenis sinkarpa, iaitu ter-bentuk daripada keseluruhan jambak bunga betina. Bentuk buah bulat atau bujur panjang, kira-kira 10-30 cm garis pusatnya. Kulitnya berwarna hijau muda kekuningan. Isi buah yang masak lembap berwarna kuning pucat dan berbau kuat.

Khasiat/Kegunaan

Makanan
Buah sukun biasanya dipetik sebelum masak. Buah yang muda boleh dimasak kuah gulai. Buah yang mengkal sedap digoreng setelah dicelup dengan tepung beras. Buah sukun boleh juga dihiris nipis-nipis dan dijadikan kerepek yang rangup dan lemak rasanya. Isi buah matang boleh dibuat halwa dan bubur pengat. Selain daripada direbus dan dima-kan bersama gula dan kelapa. Buah sukun yang telah terlalu masak pun ada gunanya. Kulit luar dibuang dan isinya dicampur sedikit tepung dan gula pasir, kemudian dibuat jemput-jemput. Isi buah sukun yang masak halus bak tepung dan gebu.

Musim Buah dan Pembiakan
Sukun merupakan sejenis buah-buahan yang tidak bermusim, iaitu buahnya boleh didapati hampir sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, puncak pengeluaran bunga dan buah berlaku dua kali setahun iaitu musim bunga pada bulan Februari -Mac, dan Julai - Ogos. Manakala musim memungut hasil pula ialah pada bulan April - Mei, dan Oktober - Disember. Sukun dibiakkan secara tampang kerana buahnya tidak berbiji.

source:
Rukayah Aman
Ulam dan Sayuran Tempatan Semenanjung Malaysia
DBP 2002

{ 6 orang bercakap... read them below or add one }

Shila said...

goreng pon sodap~!!

juMa said...

umah sy pon ad pokok sukun wat tmpat teduh.hihi

Radin87 said...

Erm, buah sukun. hehe..
kat kampung ada pokok ni. selalu tunggu bila nak berbuah.

eton said...

sy suka makan sukun goreng.. tp x leh mkn byk takut mabuk... huhuhu

alexayussida said...

aritu balik sabah kena paksa makan sukun goreng.wuwuwuwuwu tak ske sangat sbb tawar:p

Anonymous said...

sukun goreng sedap sgt! nyum3 =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...