Instant Messaging Services Yang Menjadi Pilihan Hatiku

Posted by Rafhan on Wednesday, 27 October 2010

Ape die yer Instant Messaging Services tu? macam pernah dengar kan.. Kalau SMS (Short Message System) sering digunakan di talian mudah alih, Instant Messaging Services (IM's) pula sering digunakan dalam dunia internet(Dah banyak jugak handphone yg boleh support services IM's sekarang ni). Untuk student mcm aku ni, memang menjimatkan klu guna IM's untuk berhubung dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. So kat sini, aku just nak share kat korang jenis IM's yang aku slalu guna. Instant Messaging Services yang paling aku selalu guna ialah:

1. Yahoo Messenger

Biasanya aku guna Yahoo Messenger (YM) untuk berhubung dengan along, angah aku, kawan-kawan lama yang bertebaran di seluruh pelusuk tanah air, huhu. Aku suka guna YM ni sebab interface die simple dan
kemas. Lagi satu kalau nak sharing foto pn senang. Nak transfer data pun ok jugak, tapi kat universiti aku, klu tranfer data guna YM, ade mase2 la die laju. Kalau nasib tak baik, memang lambat sesangat.

2. Oovoo
Oovoo ni yang paling popular digunakan di universiti aku, sebab oovoo yang paling laju kat sini kalau nak banding dengan YM. Tapi aku tak berapa gemar guna oovoo sebab interface dia ni semak sikit dan terdapat pelbagai bunyi yang kurang enak didengar(bunyi mengejutkan). Kalau nak transfer  data pun paling maximum 5MB jer..

3. Skype
Skype jarang-jarang digunakan oleh ku. Bukan sebab skype ni tak bagus, cuma ia kurang popular digunakan. Aku guna skype bila terdesak nak transfer data dalam kapasiti yang besar. Skype berfungsi sangat baik untuk penghantaran data dalam kapasiti yang besar.Thnx skype.

4. Facebook Chat Box
Aku guna ni bile online FB(of coursce la kan). Tapi tak suka guna sebab slalu Hang la. Nak tranfer data memang x boleh la, sebab benda ni bukan stand alone programme. Add on je kat FB.

Ape-ape pun IM's yang korang guna, tujuannya pastilah untuk berkomunikasi. So, siapa kata teknologi tu tak bagus? Teknologi boleh digunakan untuk merapatkan silaturrahim tau. Ia bergantung bagaimana cara kita menggunakannya. Ok, sampai sini je aku nak membebel. Salam Ukhuwwah. 

{ 4 orang bercakap... read them below or add one }

juMa said...

sy pun gune ym yg paling utama.. ;)

Radin87 said...

huhu.. zaman dah berubah. skrang ym paling orang suka.
Kat UMP dulu-dulu.. zaman 2006-2008, skype paling popular kat UMP. hehe..
sbb nak call.

cikpia said...

akupun guna YM.... senang der!

ciek niena said...

guna lah gmail, senang dan cepat.. HUHU

Post a Comment