1. Yahoo Messenger
Biasanya aku guna Yahoo Messenger (YM) untuk berhubung dengan along, angah aku, kawan-kawan lama yang bertebaran di seluruh pelusuk tanah air, huhu. Aku suka guna YM ni sebab interface die simple dan
kemas. Lagi satu kalau nak sharing foto pn senang. Nak transfer data pun ok jugak, tapi kat universiti aku, klu tranfer data guna YM, ade mase2 la die laju. Kalau nasib tak baik, memang lambat sesangat.2. Oovoo
Oovoo ni yang paling popular digunakan di universiti aku, sebab oovoo yang paling laju kat sini kalau nak banding dengan YM. Tapi aku tak berapa gemar guna oovoo sebab interface dia ni semak sikit dan terdapat pelbagai bunyi yang kurang enak didengar(bunyi mengejutkan). Kalau nak transfer data pun paling maximum 5MB jer..
3. Skype
Skype jarang-jarang digunakan oleh ku. Bukan sebab skype ni tak bagus, cuma ia kurang popular digunakan. Aku guna skype bila terdesak nak transfer data dalam kapasiti yang besar. Skype berfungsi sangat baik untuk penghantaran data dalam kapasiti yang besar.Thnx skype.
4. Facebook Chat Box
Aku guna ni bile online FB(of coursce la kan). Tapi tak suka guna sebab slalu Hang la. Nak tranfer data memang x boleh la, sebab benda ni bukan stand alone programme. Add on je kat FB.
Ape-ape pun IM's yang korang guna, tujuannya pastilah untuk berkomunikasi. So, siapa kata teknologi tu tak bagus? Teknologi boleh digunakan untuk merapatkan silaturrahim tau. Ia bergantung bagaimana cara kita menggunakannya. Ok, sampai sini je aku nak membebel. Salam Ukhuwwah.
{ 4 orang bercakap... read them below or add one }
sy pun gune ym yg paling utama.. ;)
huhu.. zaman dah berubah. skrang ym paling orang suka.
Kat UMP dulu-dulu.. zaman 2006-2008, skype paling popular kat UMP. hehe..
sbb nak call.
akupun guna YM.... senang der!
guna lah gmail, senang dan cepat.. HUHU
Post a Comment