MOSCOW - Seorang perisik Rusia yang telah diusir dari Amerika Syarikat (AS), Anna Chapman kini bekerja dengan sebuah bank Rusia sebagai penasihat presiden bank berkenaan.
Satu kenyataan akhbar FondServisBank menjelaskan mengenai pengambilan Chapman sebagai penasihat itu selepas dia menghadiri majlis ucap selamat terhadap angkasawan Rusia di pusat pelancaran Soyuz di
Kazakhstan pada minggu lalu.FondServisBank merupakan bank rasmi agensi angkasa lepas Rusia, Roskosmos.
"Anna Chapman bekerja dengan FundServiceBank sejak 1 Oktober lalu sebagai penasihat presiden (bank itu) berhubung aspek pelaburan dan inovasi," jelas kenyataan bank terbabit.
Chapman akan membantu memajukan teknologi maklumat bank itu.
Pengintip itu disifatkan sebagai pekerja yang kreatif dan serba boleh.
Chapman menjadi perisik yang cukup sensasi ekoran penyiaran gambar-gambar separuh bogelnya di Internet selepas dia ditangkap oleh pihak berkuasa AS.
Dia dihantar pulang ke Rusia dalam satu program pertukaran perisik melibatkan kedua-dua buah negara pada Julai lalu.
source : kosmoonline
{ 1 orang bercakap... read them below or add one }
apsal nama dia tak macam nama org russia?
Post a Comment