Menara Jam Terbesar Dunia di Makkah

Posted by Rafhan on Saturday, 25 September 2010


Jam terbesar di dunia akan mula berdetik di menara pencakar langit Makkah dan Umat Islam seluruh dunia boleh merujuk waktu di negara masing-masing. [klik read more untuk teruskan bacaan]
Menara jam yang Makkah akan menjadi sebagai rujukan waktu standard dunia berbanding waktu median Greenwich dan juga dibina dibangunan kedua tertinggi di dunia.

Jam itu dijangka mampu menggantikan waktu standard Greenwich Mean Time (GMT) digunakan semenjak 126 tahun.

Waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridan dunia kerana kedudukan Makkah di tengah-tengah dunia menurut ulama dan cendikiawan Islam.


Arab Saudi akan melakukan ujian terhadap apa yang disifatkannya sebagai menara jam terbesar di dunia di Tanah Suci Makkah sepanjang bulan Ramadan ini.

Menara jam empat muka berkenaan akan menjadi pencakar langit tertinggi di negara itu apabila siap dengan ketinggian kira-kira 600 meter, menjadikan ia sebagai bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.


Jam berkenaan juga bakal menenggelamkan Big Ben di London yang pernah menjadi menara jam empat muka terbesar dunia, dengan jarumnya dikatakan lima kali lebih besar. Dan ditulis dengan kalimah ALLAH di atasnya akan diterangi dua juta cahaya LED.

Dengan garis pusatnya berukuran 40 meter, jam Arab Saudi itu juga adalah lebih besar berbanding jam di Cevahir Mall di Istanbul yang mempunyai ukuran muka 36 meter pada bumbung telus cahaya di kompleks beli-belah Turki berkenaan.

Turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan  bagi lima waktu sola fardu.


Kompleks jam di Makkah yang direka jurutera Jerman dan Swiss membabitkan projek bernilai $800 juta (RM2.56 bilion) akan menghadap Kaabah yang menjadi tumpuan seluruh umat Islam di seluruh dunia ketika mereka mengerjakan solat lima waktu setiap hari dan menjadi sebahagian usaha Arab Saudi membangunkan bandar raya yang dilawati berjuta jemaah haji setiap tahun.

Tempoh ujian selama tiga bulan menara jam itu akan bermula pada minggu pertama Ramadan.

Hanya satu daripada empat muka jam berkenaan setakat ini siap dan diliputi 98 juta keping kaca jubin. 

Artikel dipetik dari : kak zamzarina


{ 8 orang bercakap... read them below or add one }

Unknown said...

subhanallah..:)

Penulis Rindu said...

salam ziarah malam ahad
http://www.kachipemas.blogspot.com/

mrnoble said...

bagus la ganti GMT tu, nnti takdela jauh sgt beza dgn time malaysia

Tieah Madian said...

Subhanallah..
Bangga aku sbg org Islam..

Azrul Adnan said...

syukur..alhamdulilah..semoga Mekah terus unggul..

Rafhan said...

Azrul; insyaallah. Rukun Islam ke-5, menunaikan haji. Dah boleh mula pasang Niat. :)

Azrul Adnan said...

Dari dulu sampailah detik ini..persaan dan niat tu x pernah luntur..jika sudah bersedia dan mampu..jika Allah izinkan dan menjemputku..Inysaallah..aku akan ke sana..doa2 kan k..

Anis izyan Abd Rahman said...

terbaik~
sape yg tak nampak lagi n tak reti2 nak pg solat tuh tak tahu laaa..isk

Post a Comment