KAU dah gatal ke apa?

Posted by Rafhan on Wednesday, 22 September 2010


“KAU dah gatal ke apa?” Itulah pertanyaan terpacul spontan daripada mulut ibu Zainor Masziah Zainudin yang masih teriang-ngiang di telinganya sehingga hari ini.
Tidak menyalahkan ibunya itu, Zainor menyedari tindakan meluahkan keinginan untuk mendirikan rumah tangga pada usia 18 tahun ketika baru menamatkan sekolah menengah pasti membuatkan mana-mana ibu bapa terkejut besar. Namun, tidak mahu kasih sayangnya terhadap seorang lelaki membuatkan
dia menjadi anak derhaka, Zainor memohon keizinan ibu bapa dengan penuh tertib.
Apatah lagi, kedua ibu bapa beliau sememangnya sudah pun mengenali jejaka pilihannya, Muhammad Bakhtiar Aznan yang ketika itu berusia 21 tahun. Jika cerita cinta pada usia belasan tahun bagi sesetengah orang dipanggil cinta monyet, tetapi Zainor dan Bakhtiar membuktikan cinta yang dibina sejak mereka masing-masing berusia 14 dan 17 tahun mampu menjejak ke jenjang pelamin.
“Ibu mana yang tidak terkejut dengan soalan saya yang ingin berumah tangga pada usia yang sangat muda. Tetapi orang tua saya memang sudah tahu pilihan hati saya kerana saya memang tidak menyorokkan hubungan bersama Bakhtiar,” kata Zainor yang mengakui pernah dipisahkan dengan Bakhtiar apabila dihantar belajar di sebuah kolej di Melaka.
Mengimbau detik-detik yang menduga cinta remaja mereka kira-kira tujuh tahun lalu, ungkap Bakhtiar, hati kekasih mana yang tidak berduka lara apabila buah hatinya dihantar belajar sampai ke Melaka sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah berjauhan sewaktu menginap di kawasan kejiranan berdekatan di Serdang, Selangor.
“Bayangkan dari sekolah lagi kami tidak pernah berpisah. Tiba-tiba keluarga Zainor menghantar dia ke Melaka untuk meneruskan pelajaran. Sebab itulah, demi Zainor saya sanggup ke Melaka sampai tiga kali seminggu untuk bertemunya,” jelas Bakhtiar yang mengakui kerana kesungguhan itulah yang mungkin melembutkan hati mertuanya.
Ujian berkeluarga
Mendirikan rumah tangga secara sederhana, Zainor dan Bakhtiar tidak menafikan menempuh gerbang perkahwinan pada usia remaja menuntut banyak dugaan berbanding pasangan lain.
Antaranya termasuklah persepsi negatif masyarakat sekeliling yang melihat perkahwinan pada usia yang muda seperti mereka disebabkan oleh pasangan tersebut terlanjur.
“Tidak terlalu mengambil pusing dengan pendapat seperti itu, apa yang lebih penting pada saya ketika itu adalah untuk mendapat restu daripada orang tua kedua-dua belah,” ungkap Zainor.
Malah, akuinya kerana restu itu jugalah, akhirnya dugaan seterusnya yang dihadapi oleh mereka sebagai pasangan suami isteri muda dapat ditempuhi dengan lebih mudah.
Ujar Zainor, selepas setahun menempuh gerbang perkahwinan dia melahirkan zuriat comel bernama Muhammad Ashil Shafwan. Namun, oleh kerana dia masih belum bekerja, ketiga-tiga anak-beranak itu bergantung sepenuhnya kepada pendapatan Bakhtiar yang bekerja sebagai mekanik dengan gaji RM800 sebulan.
“Memang kami kena berjimat-cermat untuk meneruskan hidup dan membesarkan anak. Tahu sajalah membeli keperluan bayi zaman sekarang bukanlah murah. Tetapi mujur, apabila perkahwinan mendapat restu orang tua di kedua-dua belah pihak, ibu bapa dan mertua saya banyak menghulurkan sokongan.
“Malah ketika itu, untuk berjimat-cermat kami tinggal bersama-sama dengan mentua saya,” ujar Zainor yang bersyukur selepas melahirkan anak kedua, Aliya El Quzandrea, 4, rezeki mereka juga bertambah apabila suaminya mendapat kerja di Jabatan Penerbangan Awam, manakala dia sendiri bertugas sebagai kerani eksekutif di sebuah syarikat di Kelana Jaya.
sumber: Kosmoonline


{ 5 orang bercakap... read them below or add one }

Unknown said...

ade pro n kon kalu kawen awl...
tp terpulang pd psgn tersebut nk handle perkahwinan dorg...
luv dis story...!~

Ciklinn said...

huhuhuh sori apa ke mamai pi komen utk blog org lain kat sini.. adess.. ni penangan ciklinn kawin awal kot... hahahaha

Cik Tim said...

kahwin..urmm..belum ada idea la pasal nak kahwin.. hehe

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kawen awal?

zaman sekarang ni susah...

semua pakai duit..

kalo bleh mantapkan pekerjaan dulu baru kawen...

NEW N3

ADA APA DENGAN 10-10-10

Ahmad Tajul said...

bagus betol..patut dicontohi mereka tue..
orang melayu skrang suka sangat memberatkan benda yang baik..
pasal kes remaja berzina pastu buang anak smakin byk...

p/s:aku nak kahwin gak..owh!

Post a Comment