Cara Pantas Hilangkan Panau

Posted by Rafhan on Sunday, 20 July 2014

kaki makan air, panau di tetek, kurap di kemaluan, ubat kurap

Panau adalah sejenis penyakit kulit di mana ia membuatkan kulit anda nampak teruk. Namun, ia tidaklah menyakitkan. Jika terkena pada muka atau pada bahagian badan yang terdedah pada pandangan orang lain, ia boleh menganggu ketrampilan diri anda.
Berikut adalah cara – cara hendak hilangkan panau.
Makan Pil Antibiotik (Cara Paling Pantas)
Punca kepada panau adalah kerana fungus. Jadi, untuk hilangkan panau, anda perlu makan pil anti-fungus. Anda boleh beli pil tersebut di farmasi atau dapatkan ubat yang sesuai apabila bertemu dengan doktor nanti.
Beli sabun khas untuk panau ( Ke-2 terpantas)
Dapatkan sabun anti panau daripada farmasi dan tenyeh sabun tersebut pada bahagian kulit yang terkena panau.
Petua tradisional
Ambil dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Tumbuk ia bersama – sama. Kemudian sapu ia pada bahagian kulit yang terkena panau. Selepas beberapa minit, bilaskan ia dengan air.Lihat hasilnya selepas beberapa hari.
Ambil sepotong bawang putih dan tenyehkan ia pada bahagian badan yang terkena panau sehingga kulit anda rasa perit dan berwarna merah. Lakukannya dari semasa ke semasa sehingga panau anda beransur hilang.
Ambil air lengkuas dan sapukan pada bahagian badan yang terkena panau.
Ambil  daun pinang, tumbuk ia sehingga lumat dan sapukan ia pada tompok panau.
Ambil daun belimbing, tumbuk ia sehingga lumat. Campurkan daun belimbing yang telah lumat itu dengan asam jawa dan sedikit beras. Tampalkan ramuan pada tompok panau. Lakukannya pada setiap hari sehingga panau beransur hilang.

Jika anda biarkan panau pada badan anda, ia akan terus membiak pada bahagian kulit yang lain. Oleh itu, apabila anda terlihat panau  berada pada kulit anda, cegah ia secepat mungkin. 

Hijjaz - Pejuang Al Qassam (Official HD Music Video)

Posted by Rafhan on Tuesday, 15 July 2014







PENCARIAN 50 BLOGLIST COFFEELOVER

Posted by Rafhan on Sunday, 22 June 2014

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDm47imCUfQEEprPr2fBfqyl1UrbVzqFiW54r1sn5ruvH-efMYnjd6LQ5K7-VhbOnx4Q9an3fLSW1qFj-y90nEuDDO9z0S9B-N_IszdMBCLonsUr9bvn_Qe69KGQNj05gXkyrNoUNdh7o/s1600/50+bloglist+coffeelover.jpg 
 
Coffee Lover = Pencinta Kopi

 
Mari kita kenali jenis-jenis kopi yang terdapat di pasaran:
 
Café Latte: espresso + hot milk - equal parts. Milk is poured over the espresso and preserving the order of the espresso going into the cup first is very important.

Café Mocha: café latte + chocolate - equal parts.

Cappuccino:
espresso + hot milk + milk foam - equal parts.(topped with cocoa powder or non-traditional cinnamon).

Chai Latte: chai tea + hot milk (no espresso involved)! Chai in the U.S., is traditionally a blend of black tea, honey, vanilla, and spices usually to be served with milk (hot or cold). The word chai means tea in Hindi.

Corretto:
coffee with a shot of liquor, usually grappa or brandy.

Flat White:
(Australia and New Zealand) One-third espresso and two-thirds steamed milk.

Kennedy: a cup of coffee with three shots of espresso in it.

Lungo: more water (about double) is let through the ground coffee, yielding a weaker taste.

Macchiatto:
espresso + milk foam - equal parts.

Latte Macchiato: Essentially an inverted cafè latte, with the espresso poured on top of the milk.
 

Caramel Latte Macchiato: The milk is vanilla flavored and caramel is drizzled over the top of the foam. This is the form of macchiato popularized by the U.S. specialty and boutique coffee shops.

Mochaccino:
cappuccino + chocolate syrup - equal parts.

Biodata & Profil Wan Kuzain Wan Kamal

Posted by Rafhan on Sunday, 23 February 2014

Bakat Wan Kuzain Dikesan Ketika Sejak  Kecil Lagi 

Tiba -tiba sahaja nama Wan Kuzain Wan Kamal menjadi topik perbualan hangat di laman sosial dan media maya. Ini adalah kerana Wan Kuzain adalah anak Melayu yang lahir di USA dan baru-baru ini telah terpilih untuk menjalani ujian pilihan di Kelab Gergasi Belanda, Feyenord selama 10 hari.

Berikut disertakan sedikit biodata ringkas Wan Kuzain

BIODATA
Kuzain bersama rakan sepasukan USA U17

Nama: Wan Kuzain Wan Kamal
Tarikh Lahir : 14 September 1998
Tempat Lahir: Amerika Syarikat
Kelab: St. Louis Scott Gallagher (SLSG)
Tempat Tinggal: Carbondale, Illinois, Amerika Syarikat
Nama Ayah:  Prof. Dr. Wan Kamal Wan Napi
Nama Ibu: Tiada Maklumat 
Pencapaian: Kuzain menerajui SLSG untuk menjadi juara kejohanan bawah 14 tahun lelaki dalam Piala Juara NPL (National Premier League) yang dianjurkan persatuan kelab bola sepak Amerika Syarikat.

Media USA mengibaratkan Wan Kuzain sebagai Lionel Messi Amerika Dalam pembikinan.

Pada tahun 2013 Wan Kuzain telah dipanggil oleh Pasukan Bola Sepak USA bawah 17 tahun untuk menyertai kem latihan untuk persediaan Piala Dunia Bawah 17 tahun di Chile, 2015.

Wan Kuzain, bakal menjalani ujian pemilihan di Feyenord pada 28 Feb 2014.



Video Wan Kuzain bermain bola sepak ketika masih kecil



Wan Kuzain adalah kisah yang harus di ambil pengajaran Persatuan Bola Sepak Malaysia dimana pihak pengurusan bola sepak USA menghargai dan menggilap bakat anak muda dengan penuh tanggungjawab. Tidak seperti di Malaysia, mata pihak pengurusan sukan hanya akan terbuka apabila sudah ada orang Malaysia yang mencipta nama. Pada pendapat saya, Kisah Wan Kuzain hanyalah sebahagian kisah bakat yang diabaikan. Malah di laman sosial, ramai yang tidak menggalakkan Wan Kuzain pulang beraksi untuk negara Malaysia kerana bimbang potensi yang ada pada Wan Kuzain akan rosak dengan pengurusan FAM yang dilihat sudah tidak relevan dengan kehendak kemajuan bola sepak negara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...