Khasiat & Kebaikan Teh Hijau

Posted by Rafhan on Friday, 10 August 2012

green tea, cameron highland, ameri ichinose, japan tea

Salam guys. Hari ni nak share story tentang khasiat teh hijau. Korang mesti pernah minum teh hijau kan? Dah banyak bentuk dah packaging teh hijau ni sekarang, ada yang dalam botol, uncang dan juga serbuk. Macam aku, kalau singgah petrol station mesti beli teh hijau dalam botol  selalunya jenama Pokka atau pun Lipton. Sangat sedap & boleh segarkan badan.
teh hijau, kebaikan teh hijau, maria ozawa, ameri ichinose, erika kirihara
Teh Hijau Uncang Keluaran Lipton

Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaatkan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah Membantu mengawal tekanan darah tinggi
  1. Membantu mengawal paras gula darah
  2. Membantu dalam sesetengah penyakit barah. Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.
  3. Menguatkan sistem imun. Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.
  4. Menurunkan aras kolesterol. Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.
  5. Penuh dengan antioksida - dimana boleh menolong mengurangkan lemak2 atau kolestrol dalam badan
  6. Menjaga tekanan darah 
  7. Merawat batuk
  8. Menguatkan sistem kekebalan tubuh melawan penyakit
  9. Kaya dengan EGC (Epigallocatechin) dan GC (Gallocatechin) iaitu antioksida yang kuat serta dapat menolong mencegah dan menghancurkan sel2 kanser
  10. Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri)
  11. Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf
  12. Boleh mencegah penyakit Demensia dan Amnesia
  13. Meredakan gangguan seperti tidak boleh tidur dan gelisah
  14. Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya
  15. Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah. 


Anda Berpotensi Untuk Ditipu Oleh Bisnes MLM

Posted by Rafhan on Friday, 3 August 2012

Orang kita sukakan benda mudah, ekspress, pantas. Sampai dalam pemikiran pun, boleh kaya cepat tanpa perlu usaha yang keras dan berterusan. Bila tengok orang pakai kereta besar, rumah besar, bini besar, tetek besar, mulalah kagum tak tentu pasal.

Baru-baru ini aku telah dijemput ke area sekitar KLCC untuk diperkenalkan dengan satu perniagaan kosmetik. Antara produk yang dikatakan mendapat sambutan hangat adalah minyak aromaterapi. (Lebih kurang minyak lilin aromaterapi la, tapi guna minyak). Produk ini dikatakan sangat mendapat sambutan di negara Perancis. Diorang mulalah gebang aku, yang produk ni antara satu2nya produk yang boleh hapuskan bakteria di udara la, beri kesihatan la. Tapi diorang ingat senang ke nak kencing orang macam aku? Aku x lah sebodoh yang disangka (walaupun kadang2 rupa nampak blur). Sebenarnya alat untuk meneutralkan udara yang kotor telah lama wujud sejak lebih 10 tahun yang lalu. Diulangi, sejak 10 tahun yang dahulu. Alat ni menggunakan teknik ionizer dan dipanggil "air purifier". So, nak buat apa bazirkan duit beli minyak aromaterapi tu. Lebih baik beli air purifier yang boleh pakai sampai 5-6 tahun ni.

dchl penipu, dchl MLM penipu, lampe berger penipu
Air Purifier

Ok, aku sertakan serba sedikit bagaimana modus operandi kumpulan ini.

Modus Operandi:

1. pendekatan menggunakan best friend utk menarik minat kawan2 utk join mmg berkesan(kes jaga hati kawan) last2 merana badan.

2.  Anda akan "dijemput" menggunakan kereta oleh rakan anda untuk ke tempat yang grand seperti area berdekatan KLCC untuk mendengar bisnes plan. So dengan cara ini, anda tidak boleh pulang awal kerana anda "dijemput". Kalau nasib tak baik, anda akan dibrain wash oleh senior members sehingga pukul 3 pagi.

3. Anda tidak akan diajak bersama rakan2 anda, tetapi berseorangan untuk mendengar penerangan. So dengan cara ni, senang la korang nak kena sycho.

4. Sasaran utama kumpulan ini, adalah kepada pemegang ijazah yang masih menganggur, dan tercari-cari kerja yang sesuai.

5. Menggunakan pendekatan agama, untuk menghalalkan "perniagaan" yang mereka jalankan. Diorang ni memang no 1, bab keluarkan fatwa. Nabi pesan, 9/10 sumber rezki dari perniagaan la. memang la betul, tapi apa yang diorang buat ni bukan perniagaan tapi makan duit downline. Memang bahaya orang-orang yang bertopengkan agama ni. 

6. menunjuk-nunjuk kekayaan ahli, macam kereta besar, motor besar, pangkat besar. Itu jakun namanya sial. Bodoh... Mak bapak korang x ajar ek?

7. Menggunakan system francais. (sebenarnya sistem piramid tapi diberi nama francais untuk mengelirukan orang ramai). Sistem piramid tu terdiri dari baron, duke dan macam2, lagi la. Ikut stail perancis la kononnya.

8. Suka merendahkan profession orang lain, dan menganggap orang yang kerja makan gaji ni bodoh kerana bekerja untuk orang. (lebih baik jadi bodoh, dari jadi pandai tapi menipu duit downline)

9. Ramai orang akan terpukau dan terpedaya, kerana ahli perniagaan terdiri dari golongan proffesional dan pemegang ijazah . macam ada satu group cendiakawan. Ini cendiakawan taik kucing namanya.

10. Anda akan diminta melakukan pelaburan 2-3 ribu untuk mendapatkan status dalam sistem piramid mereka.

11. Produk mereka ni, hanya sebagai dummy. Nampak macam diorang ni berniagalah. Sebab aku rase nenek aku sendiri xkan beli produk ni.

Alhamdulillah, mujurlah aku belum terjebak dengan bisnes yang macam ni. Kita mungkin terselamat. Tetapi rakan-rakan kita di luar sana sangat berpotensi untuk ditipu oleh bisnes seperti ini. Sebarkanlah maklumat ini untuk menyelamatkan rakan2, dan ahli keluarga kita dari ditipu. 


Kepada yang menipu, segeralah bertaubat sementara pintu taubat masih terbuka. Tapi kalau nak bertaubat tu, kena la bayar dulu duit2 downline yang korang da kebas.

Alpha Lipid Slim Diet 2 Bantu Turunkan Berat Badan

Posted by Rafhan on Wednesday, 4 July 2012


Anda mengalami masalah berat bedan? Kini sudah ada penyelasaiannya. Alpha Lipid SD II. Susu pelangsingan badan terbaru dari NEW ZEALAND, dengan kesan 2 kali ganda dari SD II sebelum ni.. Say bye bye pada lemak anda. Kini anda mampu kekal slim.


harga Alpha Lipid SD II : RM 180.00 + Pos RM10.00 = RM 190.00    (kos penghantaran untuk 2 Tin RM 15)

sabah sarawak  RM200 termasuk pos.


Hubungi saya Shahir Botak untuk untuk membuat tempahan...
HP: 0179367383




Peraturan penting untuk Slim Diet II
  1. Goncang Slim Diet anda sebelum buka. (Beberapa nutrien khusus kepada penyelesaian semasa penggunaan)
  2. Anda mesti mencampurkan dua sudu formula 8oz (250m1) secawan atau lebih air empat kali sehari. (Sudu plastic disediakan bagi setiap tabung).
  3. Makan hanya dari senarai makanan. Jika ianya tiada dalam senarai anda tidak boleh memakannya! Makanan ini perlu dipilih dengan berhati-hati untuk memastikan maksimum dan penurunan berat badan yang efisien.
  4. Anda mesti mengambil 2-4 protein makanan setiap hari dengan sayuran (mentah atau masak) daripada senarai makanan.
  5. Anda mesti mempunyai minimum 20 gram carbohidrat daripada senarai makanan itu, tetapi anda mesti tidak melebihi 35 gram.
  6. Anda mesti menjumlahkan sebanyak dua sudu pencuci mulut tekanan minyak SEJUK dan satu sudu pencuci mulut cuka sidar sehari. 
ringkasan penggunaan :
minum 4 kali sehari.... air 250ml x 2scoop sudu.
minum sebelum makan..
kurangkan karbohidrat nasi, gandum, kanji.
lebihkan lauk seperti ayam, ikan, telur, sayur.
kemudian amalkan minum 3 liter air sehari..supaya lemak dapat dibakar dan dibuang melalui peluh.

Ini adalah tiga prinsip penurunan berat badan:

  1. BERSENAM
  2. PENGURANGAN PENGAMBILAN KALORI
  3. PENGURANGAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT

Wakil Pengedar Sah: Mohd Shahir Bin Sarif
dapatkan yg original dari pengedar SAH.

Only Engineering Student Can Understand The Value Of Last Minutes Performances

Posted by Rafhan on Tuesday, 3 July 2012


Salam guys. Gambar di atas adalah merupakan final projek aku yang bertajuk "Flyback Converter For Battery Charging Application". Kenapa aku excited sangat nak tulis pasal final project aku dalam blog aku ni? Sebab, untuk pengetahuan korang, final project ni macam nyawa bagi seorang pelajar kejuruteraan. Boleh dikatakan macam maruah diri jugak la. Ok, di UMP, Projek akhir diletakkan dalam tahun akhir, dimana Projek Sarjana Muda 1 (PSM1)  pada Tahun akhir Semester 1, dan Projek Sarjana Muda 2 (PSM2)  pada Tahun Akhir Semester 2. 

Sejak PSM 1, memang jadual hidup terus berubah. Asyik tidur lewat je, buat research. Untuk pengetahuan korang, PSM 1 merupakan proposal projek pelajar yang akan dibentangkan kepada panel, manakala PSM2 merupakan pelaksanaan projek berdasarkan proposal yang telah dibentangkan pada PSM1. Sewaktu, PSM 1, aku deserve B- je. Memang aku down waktu tu. teruk jugak proposal aku kena bantai dengan panel waktu tu. Panel x yakin dengan kemampuan aku untuk buat projek yang dikatakan mustahil tu.

Ok, bermula semester berikutnya, PSM 2 bermula. Hardware cuba disiapkan. Macam-macam masalah menimpa. Final Project menjadi mimpi ngeri dalam hidup aku sejak menjadi mahasiswa. Apakan daya, apabila Supervisor Project sendiri tidak faham dengan projek yang dicadangkan kepada anak buahnya. Aku dah tak tau nak rujuk kat siapa. Aku ambil keputusan jumpa Supervisor orang lain. Aku mintak pendapat Dr. Hamdan, Dr. Abu Zaharin dan En Shafie. Mereka memberikan teori masing2. Seperti yang diketahui umum, " Practical Is not The Same With Theory". Plan A yang dirancang sekian lama gagal lagi. Sedangkan masa hanya tinggal lagi  3 minggu.

3 minggu? Saat sangat genting. Dengan facality yang serba kekurangan. Agak mustahil untuk menyiapkan litar dalam masa 3 minggu beserta thesis yang lengkap. Tekanan semakin kuat. Aku dah mula give up. Usaha yang dimulakan sejak sekian lama bagaikan terkubur di tengah jalan. Ketika aku dalam keadaan sangat down, rakan aku Mr. Fakhruddin, memberikan kata-kata perangsang, "Raf, ko jangan risau raf, ko tukar litar yang baru, guna komponen yang baru,insyaallah sempat belum terlambat lagi". Kata2 tersebut yang menjadi turning point untuk aku terus berusaha tanpa berputus asa.

Plan B bermula. 3 Minggu yang sangat mencabar dan mencemaskan.  Supervisor aku sendiri ragu2 dengan kemampuan aku untuk menyiapkan litar baru dalam tempoh 3 minggu sebelum presentation.Pengubahsuaian litar yang baru dilakukan. Komponen yang baru diorder dari luar negara. Mujurlah servis penghantaran dari Element 14, agak pantas. Seperti biasa, masalah datang menimpa walaupun pada saat2 akhir. Machine LPKF untuk membuat PCB surface mount  di Fakulti Kejuruteraan Pembuatan pula rosak. Dan sekali lagi, aku rasa down. Kali ni memang aku rasa hampir mustahil untuk projek disiapkan, sebab machine ambil masa yang lama untuk dibaiki. Sedangkan masa tinggal lagi seminggu sebelum presentation.  Aku dah rasa macam nak kene extend. Rasa macam nak telefon mak aku kat kampung waktu tu, nak bagi tahu yang aku tak boleh grad awal.

Tiba-tiba keajaiban berlaku. Supervisor aku  yang memang dikenali sebagai seorang yang suka melarikan diri, datang memberikan pertolongan. Dia melakukan temujanji dengan lab assistant di fakulti kejuruteraan elektrik untuk  menggunakan machine "spare" LPKF yang memang jarang2 sekali digunakan. At last,  final projek berjaya disiapkan. Sebab tu aku kata, "Only Engineering Student Can Understand The Value Of Last Minutes Performances"

Ok, sebelum presentation PSM2, memang hati aku sangat berdebar. takut kena bantai dengan panel macam presentatation PSM1 dulu. Tetapi Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Malah apa yang membuatkan aku rasa berbaloi, apabila projek aku mendapat komen positif seorang professor dari Iraq

Profesor Madya Dr. Ahmed N.Abd. Alla

Inilah salah seorang panel penilai aku waktu presentation PSM 2 hari tu. Thank you la Prof, sebab bagi full mark. Dan, kesudahan yang gembira, apabila result PSM2 dikeluarkan. I'm deserve for A, Alhamdulillah, syukur. Ya, aku sudah berusaha, tapi aku rasa, nasib yang baik juga banyak membantu dalam final projek aku pada kali ini.

Aku nak ambill kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada mak aku yang tak henti2 berdoa untuk kejayaan anaknya, juga rakan2 seperjuangan, fakhruddin, shahir, luq, am, wong, bai,farhan,kamarudin, maran, yusri, akim dan nama yang tidak sempat disebutkan disini kerana telah banyak menyumbang idea dan tenaga  sepanjang pelaksanaan PSM 2 ini. I Love u All..

i'm proud to be engineer........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...