Cara Melamar Perempuan Paling Romantik

Posted by Rafhan on Friday, 11 May 2012

Salam guys. Sape kat sini, x kahwin lagi? Sila angkat tangan cam saye.... hehe... Kepada yang tengah duduk fikir2, cara nak lamar awek unyuk dijadikan isteri, kat sini aku nak tunjukkan kat korang cara melamar paling romantik. Boleh tengok kat video youtube di bawah ni.


Credit to blogger dena Bahrin

Random Giveaway By Yana

Posted by Rafhan on Monday, 7 May 2012


Salam Guys. Nak bagi tau, Yana Ellyana ada buat G.A kat blog dia. Err, sebelum tu, sapa Yana ni? Aku pun tak kenal sangat sebab x pernah jumpa. Yang aku tau, dia seorang blogger, dan yang paling istimewa beliau merupakan pelajar di UMP, (universiti aku la tu). Merupakan seorang pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Kimia. Kalau nak tahu lebih lanjut  boleh masuk blog dia. Dia ni agak fofular jugak la. Kalah Mak Jemah... :)

Syarat-syarat penyertaan korang boleh baca blog dia. 

Kalau korang nak tau, inilah first G.A yang aku join sepanjang aku jadi blogger. Ape yang mendorong aku pun aku tak tau. Mungkin sebab nak dapatkan T-Shirt dari Yana kot.. ok lah.. selamat menjoinkan diri dalam G.A ni

Brick Game Dari Ibu

Posted by Rafhan on Saturday, 5 May 2012


Masih ingatkah anda pada permainan ini? Brick Game, pernah menjadi kegilaan kanak pada tahun 90 'an. Permainan elektronik ini bersaiz sederhana, dan mempunyai fungsi permainan ringkas untuk menyusun "brick" yang terdapat pada skrin. Brick Game, dapat merangsang perkembangan  minda kanak-kanak untuk lebih cekap dalam pengiraan matematik.

Pertama kali aku main brick game sewaktu darjah 2. Tapi bukan brick game aku. Brick game jiran aku yang punya. Setiap kali datang rumah jiran aku tu, mesti aku pinjam dia punya brick game. Waktu tu, harga brick game mahal lagi, mak aku x mampu nak beli. Sehinggalah waktu darjah 4, selepas aku dikhatankan, mak aku tanya nak hadiah apa untuk khatan. Aku pun mintak la brick game.

Seronok gila dapat brick game sendiri. Sampai tak ingat nak baca buku sekolah waktu tu. Aku rasa, dalam banyak-banyak hadiah, hadiah brick game dari mak aku tu la, paling x boleh nak lupa. Walaupun mak aku x banyak sangat duit waktu tu, tapi dia tetap belikan jugak sebab tak nak kecewakan anak dia. Terima Kasih mak.

Rasanya, zaman sekarang dah xde orang nak main brick game dah. Zaman dah berubah dan dunia semakin maju. Computer game, Playstation, Xbox, dah mengambil alih dunia kanak-kanak zaman sekarang.

Kata-Kata Hikmat Salahudin Al-Ayubi

Posted by Rafhan on Friday, 4 May 2012

source:FB
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...