Posted by
Rafhan on Tuesday, 24 April 2012
Salam guys. mungkin masih ada blogger yang masih tercari-cari template blogspot yang sesuai untuk blog anda. Saya cadangkan supaya u all pergi usha kat link template blog di bawah ni, manalah tahu, kalau ada template blog yang cantik dan comel yang korang berkenan.
Contoh template blog yang disediakan dalam premiumbloggertemplate.com
Tapi ingat, sebelum tukar template blog, jangan lupa buat recovery template asal, manalah tahu kalau ada problem waktu tukar template, sebab sesetengah coding yang disediakan mempunyai masalah dari segi kesesuaian dengan blog kita yang sedia ada. Selamat mencuba.
Posted by
Rafhan on Saturday, 21 April 2012
Salam Guys. Happy weekend. Sekarang ni ramai betul orang nak tunjukkan bakat diorang kat youtube. Baru-baru ni ade terjumpa video seorang awek Thailand yang menyanyikan lagu Melayu. memang awesome. Nama dia Keesamus. Jarang-jarang la orang Thailand nak nyanyi lagu Melayu. Suara dia pun boleh tahan la. Semalam aku ade Request di facebook fan pages Keesamus, nak mintak dia mainkan lagu "sedetik Lebih" by Anuar Zain. Tak tau la dia boleh bawak lagu tu ke tak. Kalau dia boleh nyanyi lagu tu, aku rasa lepas ni Anuar Zain tak boleh cari makan.
Kat bawah ni, ada video dari youtube, keesamus nyanyi lagu ayat-ayat cinta by Rossa. Sebijik macam orang melayu yang nyanyi.
p/s: Memang betul la bahasa Melayu ni bahasa Lingua Franca. Kalau nak diikutkan Bahasa Melayu ni, bahasa ke-4 paling banyak dipertuturkan di dunia.
Posted by
Rafhan on Wednesday, 18 April 2012
Posted by
Rafhan on Tuesday, 17 April 2012
Proton Preve baru sahaja di lancarkan di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa The Mines di Seri Kembangan pada malam tadi. Harga Proton Preve bermula daripada RM62,000 sehingga RM75,000.
Tapi, korang tahu tak maksud proton preve?
Di dalam bahasa Inggeris Preve membawa maksud "To Proof". Membawa maksud, Proton cuba membuktikan komitmen mereka. Apa yang diorang nak proof aku tak tau la, itu korang kena tanya pengarah urusan proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin .
Perkataan "PREVE" diambil dari sebutan bahasa sepanyol yang bermaksud "to envision" (membayangkan).
Tapi, tolong jangan kaitkan preve dengan "pewit" Amy search ok!!!