Home » All posts
Posted by
Rafhan on Sunday, 11 March 2012
Salam guys. Pernah x hadapi masalah black screen windows 7 macam kat atas ni. Biasanya masalah black screen terjadi apabila anda menggunakan OS window 7 yang cetak rompak (Ungenuine) dan anda tidak disable update OS tersebut. Melalui Update yang bersambungan di internet, server windows 7 akan dapat mengesan OS windows 7 yang anda gunakan adalah cetak rompak. Lalu terjadilah black screen. Anda tidak dibenarkan untuk menukar background hitam tersebut dan beberapa function lain turut akan disekat sehinggalah anda memasukkan activation key yang original.
Walau bagaimanapun masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan software " REMOVE WAT". Hanya perlu download software di internet dan open (software tersebut tidak perlu diinstall). Software ini merupakan antara software yang popular untuk mengatasi masalah black screen.
Selepas anda klik button "remove wat". Anda akan diminta untuk reboot system komputer anda. Setelah anda reboot, anda akan mendapati masalah black screen selesai.
Harap tutorial kali ni, sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang menghadapi masalah black screen pada windows 7. Selepas ini jangan lupa disable updates untuk win 7. Klu guna yang ori xpe... :)..
Posted by
Rafhan on Saturday, 10 March 2012
Ade jugak orang yang masuk blog aku ni untuk cari tutorial untuk download video lucah percuma. Jumpe ke bang, Setahu aku, aku tak pernah post lagi entry macam tu dalam tutorial. Klu setakat tutorial download lagu dan software tu adalah. Oklah, berikut aku share sikit info dan statistic tentang laman web lucah/pornografi yang dipetik dari blog Ustaz Noramin.
Pengunjung pada setiap saat 28,258 orang.
Setiap bulan pengunjung yang melayari web pornografi 72 juta orang.
Jumlah keseluruhan sebanyak 4.2 juta.
Hasil jualan video pornografi AS$ 4.9 juta melalui laman web. Perniagaan pornografi sangat menguntungkan berbandingkan syarikat yang terkemuka di dunia seperti Microsoft, Google, Yahoo, Ebay, Amazon, Apple dan sebagainya. Ada sesetengah negara menjana pendapatan negaranya dengan mengunakan perkhidmatan laman web pornografi seperti :
Cina menghasilkan keuntungan sebanyak AS$27.40 bilion setiap tahun.
Korea Selatan menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 25.73 juta setiap tahun.
Jepun menghasilkan keuntungan sebanyak AS$19.98 juta setiap tahun.
Amerika Syarikat menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 13.33 juta setiap tahun.
Australia menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 2.00 juta setiap tahun.
Britain mengasilkan keuntungan sebanyak AS$ 1.97 juta setiap tahun.
Negara-negara yang paling banyak menghasilkan laman web pornografi ini ialah :
Amerika Syarikat menghasilkan laman web pornografi sebanyak 244,661,900.
Jerman menghasilkan laman web pornografi sebanyak 10,030,200.
Britain menghasilkan laman web pornografi sebanyak 8,506,800.
Australia menghasilkan laman web pornografi sebanyak 5,655,800.
Jepun menghasilkan laman web pornografi sebanyak 2,700,800.
Ingatlah firman Allah yang bermaksud : “Jangan hampiri Zina”. Jauhkanlah diri kita dari menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat dibenci oleh Allah. Siksaan bagi orang yang berzina ini sangat berat dan dahsyat. Salurlah nafsu kepada orang yang paling berhak iaitu isteri yang sah dan binalah kebahagiaan bersamanya dengan pendekatan Islam, semoga rumah tangga yang didirikan mendapat “mawardah warahmah”
Posted by
Rafhan on Thursday, 8 March 2012
Minyak Kelapa Dara dalam bentuk tablet
Mungkin ini berita baik kepada yang mengalami masalah tidur berdengkur. Minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VCO) dikatakan dapat mengurangkan keadaan berdengkur. Ini adalah kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.
Produk VCO from catalyst
Mesti korang selalu nampak jenama ni kat pasaran online kan. Produk ni dari Catalyst Nutraceutical. Ramai jugak member aku yang jual produk ni untuk cari pendapatan sampingan. Ada la aku beli satu botol, nak cuba sesuai ke tak. Belum habis makan lagi pun. Di harapkan info yang saya tulis kali ni, dapat memberi manfaat kepada mereka yang mempunyai masalah berdengkur, Insyaallah.... Kita hanya berusaha dan bertawakkal, tetapi kuasa penyembuhan hanya datang dari Allah s.w.t.
Posted by
Rafhan on Wednesday, 7 March 2012
Salam guys. Nak tanya sket.. Korang ada facebook tak? Klu ada, mesti korang ada pengalaman mengupdate status facebook. Yer la, Contoh status yang biasa ada kat FB biasanya :
Status 1: Pagi tadi breakfast nasi lemak
Status 2: Frust la. x sempat tengok Vanilla Coklat malam tadi
Status 3: Bosannya kerja hari ni..
Korang ni jenis yang addicted tak untuk update status facebook. Sapa yang ada friends beribu-riban kat facebook mesti sronok kan bile ade orang like dan comment die punya status. Tapi, agak2 korang la kan. Kita ni kat golongan yang mana? Boleh la refer kat gambar di atas tu... tepuk dada tanya lah iman... :)