Cara Mudah Hack Password Wifi Orang Lain

Posted by Rafhan on Monday, 20 February 2012


Salam Guys. Hari ni saya nak ajar bagaimana cara nak hack wifi orang  lain. Apa yang anda perlu kan untuk menggodam wifi ialah anda memerlukan sedikit keberanian.

Caranya begini. Perfi kat kawan2 atau jiran-jiran korang yang guna Wifi, lepas tu mintak no pin/ password  WIFI diorang. Lepas tu guna la no PIN tu untuk unlock diorang punya WIFI secara percuma. Selamat melayari Internet.  Sekian sahaja prank untuk hari ini.

P/S: penulis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecedaraan fizikal selepas anda membaca entry ini.

Kaspersky Internet Security 2012 (KIS 2012) dijual Pada Harga RM 30

Posted by Rafhan on Sunday, 12 February 2012

kaspersky murah, antivirus murah, kis 2012, kav 2012, beli activation key


Salam Guys, Di atas permintaan ramai, Kaspersky Internet Security [KIS 2012] kini boleh didapati pada harga RM 30 sahaja. Murah kan? Mengapa Bayar Lebih? Penjimatan sehingga 70% daripada harga pasaran (Harga Pasaran adalah RM99)  Anda boleh rujuk harga pasaran disini http://antivirus365.net

Lagi satu, korang jangan risau, activation code yang saye jual ni genuine, bukan cetak rompak punya. Kalau ada masalah semasa pengaktifan, boleh contact saya.




Cara-cara nak Install dan activatekan Activation Code:

  1. Download dan install Kaspersky Trial software dari Official Website:
    • KIS 2012
    • CODE
      http://www.kaspersky.com/kis_latest_versions
  2. Pilih "Activate commercial version".
  3. Masukkan 20 digit code yang anda peroleh dari sy "xxxxx-xxxxx-xxxxx-xxxxx".
    KIS 2012:
  4. TADAA! :showoff: 365 days of Genuine Kaspersky. Ia TAK AKAN diBLACKLISTkan oleh Kaspersky, melainkan anda KONGSI dengan pengguna lain.
  5. Jika ada masalah/kekeliruan, sila PM/Email sy.

    Mengapa anda perlu aktifkan code dengan segera selepas membeli dari kami?
    Codes kami adalah registered code. Maksudnya, ia tidak boleh disampan tidak aktif dalam tempoh yang lama (tidak aktif selepas peroleh code dari kami). Kemungkinan besar ia akan aktif sendiri dan berkurangan hari (anda akan dapati hari kurang dari 365 hari). 
    Ini bukan bermaksud code ini diaktifkan oleh pengguna lain seperti keygen code yang akan membuat code disenarai-hitamkan (blacklisted) oleh Kaspersky. Code anda adalah unik dan hanya anda pemilik code tersebut. {we only serve fresh codes ^__^}
  6. Sy JAMIN dari hari pertama anda aktifkan code iaitu 365 hari sehingga ke hari terakhir. Jika diblacklist, anda diminta Print Screen Kaspersky yg diblacklist, utk sy buat report ke Kaspersky (anda ada hak sama seperti pembeli Kaspersky kotak). Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan (bukan dari kesilapan anda), sy akan beri FULL REFUND.



Cepat, Sementara Stok Masih Ada !!!

Valentines Day dan Kondom

Posted by Rafhan


Salam Guys. 14 Febuari datang lagi. Ada apa dengan 14 Febuari? Menurut sumber, 14 Febuari adalah hari di mana penjualan kondom Durex meningkat sehingga 25% . Alat penguji kehamilan (Pregnancy Test) juga akan turut mencatat penjualan tertinggi pada Bulan Mac selepas 14 febuari. 14 Febuari, seperti yang sudah mula dipromosikan di iklan-iklan televisyen di Malaysia (sebuah negara di mana konsep 1 Malaysia di amalkan) sebenarnya adalah hari valentines day atau juga disebut sebagai hari memperingati kekasih. Hari istimewa yang menjadi kegemaran pasangan muda-mudi yang sedang hangit  bercinta. Yang lebih memalukan, hari Valentines day disambut secara “terlebih over” oleh  remaja Melayu Islam di Malaysia.

Salahke Orang Islam sambut Valentines ni? Entah, aku bukan mufti. Pergi la tanya ustaz. Review balik fatwa yang dah dikeluarkan oleh majlis mufti ke. Malaslah nak membebel panjang2. Korangkan da besar panjang. Aku just nak story-mory pasal sejarah Valentines Day yang pernah aku dengar. Sebab ramai yang sambut valentines day tanpa mengetahui asal-usul sejarah valentines day..

Kalau korang search kat internet, ada banyak version tentang sejarah valentines day ni. Aku ceritakan satu version je, sebab aku pernah dengar version yang ni dalam satu tazkirah  dua tahun lepas.

Hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine (Valentino) dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Ketika itu, pemuda-pemuda di Rom sibuk bercinta dan berkasih-sayang. Keaadaan ini menyebabkan kurangnya anak muda menyertai pasukan tentera Rom. Pemimpin Rom ketika itu berpendapat hubungan cinta (lelaki & perempuan) perlu disekat bagi menguatkan kembali angkatan tentera Rom yang kian lemah. Perkahwinan telah dilarang ketika itu. St. Valentine menentang ketetapan raja untuk mewajibkan setiap rakyat memasuki tentera malah telah menikahkan pasangan muda-mudi secara rahsia. Akhirnya Valentino telah ditangkap dan dipenjarakan. Raja Romawi, Claudius II (265-270) mengarahkan agar Valentino  dijatuhi hukuman mati. Valentino dihukum mati pada 14 Februari 269 Masihi. Bagi mengenang jasa paderi ini, 14 febuari dijadikan sebagai hari memperingati kekasih (Valentine day) sehingga ke hari ini...

p/s: dimanakah kita? tepuk dada tanyalah Iman... 

10 Ayat Power Yang Mencairkan Hati

Posted by Rafhan on Friday, 10 February 2012


1-  "Saya merindui awak..."
Kata-kata ini memperkukuh hubungan. Ia simpulan yang erat bagi hubungan yang diikat dengan perkahwinan yang sah. Kata2 ini membawa makna tersendiri, bermaksud kemahuan dan rasa hati bagi sentiasa bersama dan memperkukuh rasa cinta.

2-  "Saya menghormati awak.."
Menggambarkan rasa hormat dan juga merupakan simbolik cinta. Ia merupakan luahan hati atas dasar kesamaan. Kata2 ini akan banyak menyelamatkan keadaan dan mewujudkan semangat cinta

3-  "Mungkin awak betul.."
Mengurangkan tingkat konflik serta mengembalikan emosi yang stabil. Dalam erti kata lain, "Mungkin awak betul" adalah ayat tersirat bermaksud: "Memang saya yang bersalah" atau "Tidak apa, saya sokong pendapat awak.."

4- "Maafkan saya.."
Ketika mana cinta berhadapan dengan konflik dan ujian, ianya dapat diperbaiki dengan mengakui kesilapan dan meminta maaf. Kita tidak lepas dari kesilapan. Meminta maaf juga adalah satu lambang seseorang yang bijaksana dalam membentuk suasana positif..

5-  "Terima Kasih.."
Ucapan terima kasih adalah sebagai tanda penghargaan kita terhadap seseorang terutama pasangan atas kebaikan yang dilakukan pada kita. Nilai ucapan terima kasih meringankan beban dan susah payah yang dilakukan demi kita kerana menandakan kita pek aterhadap apa yang dilakukan..

6-  "Jangan Bimbang... Saya bersama awak.."
Kata2 ini bertindak sebagai gam emosi yang merapatkan hati pasangan. Dalam situasi yang penuh ketegangan, kekeliruan, ungkapan ini bagaikan satu tangan yang dihulurkan untuk bersama2 menghadapi masalah. Ia juga menandakan pasangan sedia bersama kita di kala suka, malah di kala berduka, si dia sentiasa menjadikan dirinya yang paling hampir bagi merasainya..

7-  "Biar saya bantu.."
Kata-kata ini memberikan gambaran sikap peka terhadap sesuatu dan bersedia memenuhi keperluan itu. Ungkapan ini memberi kesan yang mendalam apabila ia dilontarkan oleh pasangan tanpa diminta2 berbuat demikian.

8-  "Saya memahami diri awak"
Kata-kata ini mewujudkan keseronokan dalam perhubungan. Ia merapatkan hubungan yang sedia ada kerana melambangkan unsur penerimaan dan pemahaman.

9-  "Awak dapat mencapainya!"
Kata-kata ini menggambarkan sikap pasangan yang bersedia mencari keserasian dengan menyokong impian dan harapan. Dengan suntikan semangat itu, pastinya si dia akan bertambah energinya 200% dan akan melakukan sebaik mungkin demi insan tercintanya!

10- "Aku mencintai dirimu"
Meluahkan kata-kata ini dengan membawa bersama nilai cinta sejati memberi kepuasan emosi paling dalam. Keinginan untuk memiliki dan dimiliki, rasa dihargai kewujudannya semuanya terangkum dalam tiga perkataan ini.

adaptasi dari Buku Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah..
credit: blueopalz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...