Safee Sali Kembali Bermain di Selangor ?

Posted by Rafhan on Sunday, 1 January 2012


Safee Sali amat menghargai tawaran selangor untuk mengambilnya kembali beraksi di saingan Liga Super. Mengakui terharu dengan ‘jemputan’ tersebut, pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim begitupun berkata, ia tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat. Ini kerana, beliau membayangkan Safee akan kekal bersama kelabnya, Pelita Jaya apabila dijangka memperbaharui kontraknya yang akan tamat pada 31 Januari ini.
Kontroversi berhubung masa depan Safee yang dikatakan tidak dapat beraksi bersama skuad Harimau Malaya gara-gara Liga Super Indonesia (ISL) diharamkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) juga semakin hampir menemui jalan penyelesaian. Ini kerana Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) sah telah diambil alih oleh Komiti Penyelamat Sepak Bola Indonesia baru-baru ini.
source:kosmo

Sambutan Tahun Baru 2012

Posted by Rafhan on Saturday, 31 December 2011



Salam Guys. Esok  kita akan menyambut tahun baru masihi 2012 (kalau nak tahu apa itu tahun masihi, boleh pergi kat wiki). Saya ambik kesempatan untuk ucapkan selamat tahun baru kepada u all. Bila masuk tahun baru, mesti ramai yang pasang azam baru... (biase la tu kan). Macam aku, azam aku ialah, aku nak grade on time tahun ni... erk, apesal la simple sangat azam ko ni raf, xde wawasan ke kau ni? Tahun 2012 mungkin tahun terakhir aku sebagai seorang pelajar, sebab selepas ni aku akan beralih ke alam pekerjaan..


Cakap pasal grad, sebenarnya tahun depan aku akan menduduki final exam yang bermula pada 3 jan 2012. Erk, tahun depan? lame lagi tuh, padahal lagi 3 hari je lagik.. hampeh... So, secara kesimpulannya, sambutan tahun baru aku pada tahun ni akan di sambut di dalam bilik sambil menenung buku2 yang dicintai.. hehe.. (macam la aku pernah celebrated new year)...

Semoga tahun baru ini akan memberi erti untuk korang semua. Harap-harap apa yang anda hajati pada tahun baru ni akan tercapai.. Insyaallah... 

Ok guys, sampai sini je aku tulis.. Jaga diri selalu dan jangan nakal-nakal.. Salam...

Beli Kaspersky Antivirus 2012 Dengan Harga Murah

Posted by Rafhan on Thursday, 29 December 2011

KAV 2012  is SOLD OUT. 
Terima Kasih kepada para pembeli.

Dan diatas permintaan ramai

Kaspersky Internet Security (KIS 2012) 1 user
 dijual pada harga
RM 30 sahaja.

 Cepat, sementara stok masih ada 



p/s: anda boleh lihat harga semasa KIS 2012 disini www.antivirus365.net/. Bandingkan dengan harga yang kami tawarkan. Penjimatan yang berbaloi-baloi.

Cara-cara nak Install dan activatekan Activation Code:

  1. Download dan install Kaspersky Trial software dari Official Website:
    • KIS 2012
    • CODE
      http://www.kaspersky.com/kis_latest_versions
  2. Pilih "Activate commercial version".
  3. Masukkan 20 digit code yang anda peroleh dari sy "xxxxx-xxxxx-xxxxx-xxxxx".
    KAV 2012:
    KIS 2012:
  4. TADAA! :showoff: 365 days of Genuine Kaspersky. Ia TAK AKAN diBLACKLISTkan oleh Kaspersky, melainkan anda KONGSI dengan pengguna lain.
  5. Jika ada masalah/kekeliruan, sila PM/Email sy.

    Mengapa anda perlu aktifkan code dengan segera selepas membeli dari kami?
    Codes kami adalah registered code. Maksudnya, ia tidak boleh disampan tidak aktif dalam tempoh yang lama (tidak aktif selepas peroleh code dari kami). Kemungkinan besar ia akan aktif sendiri dan berkurangan hari (anda akan dapati hari kurang dari 365 hari). 
    Ini bukan bermaksud code ini diaktifkan oleh pengguna lain seperti keygen code yang akan membuat code disenarai-hitamkan (blacklisted) oleh Kaspersky. Code anda adalah unik dan hanya anda pemilik code tersebut. {we only serve fresh codes ^__^}
  6. Sy JAMIN dari hari pertama anda aktifkan code iaitu 365 hari sehingga ke hari terakhir. Jika diblacklist, anda diminta Print Screen Kaspersky yg diblacklist, utk sy buat report ke Kaspersky (anda ada hak sama seperti pembeli Kaspersky kotak). Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan (bukan dari kesilapan anda), sy akan beri FULL REFUND.

Doa Hari Lahir

Posted by Rafhan on Wednesday, 28 December 2011



Hari lahir atau hari jadi merupakan hari yang istimewa bagi setiap orang. Berdoalah kepada Allah agar umur dan hidup kita sentiasa diberkati oleh-Nya. Berikut merupakan doa yang sesuai dibaca untuk menyambut hari lahir.
Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku  ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin.
p/s: semoga ulang tahun kelahiran anda lebih bermakna dengan doa yang diamalkan. Selamat menyambut hari jadi.. :)
source: rafika

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...