Penalti Mendebarkan Daripada Baddrol Bakhtiar

Posted by Rafhan on Tuesday, 22 November 2011


Syabas Pasukan Bawah 23 tahun Malaysia yang berjaya muncul juara Bola Sepak Sukan Sea sebentar tadi. Perlawanan penuh dramatik itu terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 hingga tamat waktu tambahan.

Risau jugak aku bila tengok Fakri Saarani gagal jaringkan salah satu sepakan penalti. Nasib baik Khairul fahmi Che mat save satu sepakan penalti indonesia. Apek memang terbaik (aku x layan kisah peribadi dia).

Yang paling best bila tengok jaringan penalti kencang Baddrol Bakhtiar yang bergolek masuk ke dalam pintu goal indonesia walaupun berjaya ditampan oleh penjaga gol Indonesia. Cayalah Baddrol. Keeper Indonesia hanya mampu tengok je bola tu masuk dalam gawang, memang mendebarkan.

Menang acara bola sepak sukan sea sebenarnya memberikan satu impak psikologi yang besar sebenarnya. Ramai orang kata, kalau x jadi juara kesuluruhan sukan sea tidak mengapa asal kan menang Bola Sepak. Sebab menang pingat emas sukan sea bola sepak macam jadi juara kesuluruhan. Tak guna jadi juara kesuluruhan tapi kalah bola sepak.

Apa-apa pun syabas untuk pasukan Malaysia yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan sangat sporting ketika  bermain (Walaupun dapat layanan yang sangat buruk dari tuan rumah Indonesia). Semoga terus berjaya di pusingan kelayakan olimpik selepas ini..


Barisan pemain final bola sepak sukan sea:

Indonesia
: Kurnia Mega; Gunawan Dwi Cahyo, Abdul Rahman, Hasim Kipuw, Diego Michels, Mahardiga Lasut (Hendro Siswanto), Egi Melgiansyah, Octovianus Maniani, Andik Vermansyah (Ferdinand Sinaga), Patrich Wanggai, Titus Bonai.

Subtitution: Andritany Ardhiyasa, Hendro Siswanto, Lucas Mandowen, Hasim Kipuw, Yongky Aribowo, Seftia Hadi, Yericho Cristiantoko, Ramdani Lestaluhu, Ferdinand Sinaga

Malaysia: Che Mat Khairul Fahmi; Jasuli Mahali, Omar Mohd Asrarauddin, Fazail Mohd Irfan, G kandasamy Gurusamy (Mansor Muhd Nazmi Faiz), Ahmad Mohomad Muslim, Bakhtiar Baddrol, Mohd Shas Mohamad Fadhli, Ambumamme Thamil Arasu, Saarani Ahmad Fakri



Subtitution: MOhd Azmi Mohd Zubir, Jusoh Abdul Shukur, Othman Mohamd Fandi, Roslan Mohd Izham Tarmizi, Yong Kuong Yong, Wan Zakaria Wan Zaharul, Ramlan Izzaq Faris

Resepi Pecel Lele Makanan Indonesia

Posted by Rafhan on Monday, 21 November 2011

Pecel lele (atau Pecek lele) di Indonesia adalah nama sebuah makanan yang terbuat dari ikan lele (Kalau kat Malaysia kita panggil ikan keli)  Biasanya yang dimaksud adalah ikan lele yang digoreng kering dengan minyak dan lalu disajikan dengan sambal tomat dan lalapan. Lalapan biasa terdiri dari kemangi, kubis, ketimun dan kacang panjang. Makanan ini sangat popular di Jakarta.
Pecel lele adalah sebuah makanan yang murah. Makanan ini sangat digemari di pulau Jawa sebagai alternatif masakan ayam, terutama ayam goreng.
Berikut merupakan cara membuar Pecel Lele yang diambil dari blog Jabatan Hospitaliti:
Bahan-bahan Pecel Lele ( 3 orang )
  • 4 ekor ikan keli - dibersihkan dan dicuci dengan air asam jawa terlebih dahulu dan digoreng / disalai
  • 15 tangkai cili padi - ditumbuk ( ikut suka pedasnya )
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 10 biji cekur (jika besarnya sebesar guli) - ditumbuk
  • 2 cawan air
  • 200ml pati santan
  • Air asam jawa - (ikut suka tahap masamnya)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Daun cekur - dihiris halus macam bunga rampai
Cara-cara 
  • Panaskan periuk beserta air dan bahan yg telah ditumbuk sehingga mendidih di atas api sederhana
  • Masukkan air asam jawa, santan dan daun cekur, kacau hingga sebati
  • Setelah mendidih masukkan ikan
  • Akhir sekali perasakan dengan gula dan garam kacau sehingga sederhana pekat kuahnya.
  • Sedia untuk di makan. Selamat mencuba!

Kepulauan Raja Ampat Di Indonesia

Posted by Rafhan on Saturday, 19 November 2011


Kepulauan Raja Ampat di wilayah Papua, timur Indonesia digelar sebuah pejabat pelancongan tempatan sebagai syurga dunia yang terakhir. Ia terletak di antara Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Kepulauan Raja Ampat merupakan rangkaian empat gugusan pulau yang berdekatan dan berlokasi di barat bagian Kepala Burung (VogelkoopPulau Papua. Secara administrasi, gugusan ini berada di bawah Kabupaten Raja Ampat, Provinsi Papua Barat. Kepulauan ini sekarang menjadi tujuan para penyelam yang tertarik akan keindahan pemandangan bawah lautnya. Empat gugusan pulau yang menjadi anggotanya dinamakan menurut empat pulau terbesarnya, iaitu Pulau WaigeoPulau MisoolPulau Salawati, dan Pulau Batanta.
Sejarah
Asal mula nama Raja Ampat menurut mitos masyarakat setempat berasal dari seorang wanita yang menemukan tujuh telur. Empat butir di antaranya menetas menjadi empat orang pangeran yang berpisah dan masing-masing menjadi raja yang berkuasa di Waigeo, Salawati, Misool Timur dan Misool Barat. Sementara itu, tiga butir telur lainnya menjadi hantu, seorang wanita, dan sebuah batu. Dalam perjalanan sejarah, wilayah Raja Ampat telah lama dihuni oleh masyarakat bangsawan dan menerapkan sistem adat Maluku. Dalam sistem ini, masyarakat skumpulan manusia. Tiap desa dipimpin oleh seorang raja. Semenjak berdirinya lima kesultanan muslim di Maluku, Raja Ampat diperintah oleh Kesultanan Tidore. Setelah Kesultanan Tidore ditakluki oleh Belanda, Kepulauan Raja Ampat menjadi sebahagian jajahan Hindia-Belanda.

Pemuliharaan
Raja Ampat mengandungi pulau-pulau indah yang ditumbuhi pokok palma dengan perairannya dipenuhi batu karang serta pelbagai jenis hidupan laut. Laporan pada tahun 2002 oleh agensi Pemuliharaan Antarabangsa (CI) menyatakan, perairan Raja Ampat memiliki potensi kepelbagaian marin terkaya di dunia dengan hampir 1,400 jenis ikan dan 603 spesies batu karang.  Sebanyak 610 pulau kecil yang membentuk Kepulauan Raja Ampat terletak bertaburan dalam perairan seluas 4.5 juta hektar.   Pada 2007, pemerintah Indonesia mengenakan bayaran 500,000 rupiah (RM175.88) untuk pelancong asing dan 250,000 rupiah (RM87.96) ke atas penduduk negara ini untuk memasuki kepulauan tersebut.


Kertas Cadangan Projek Sarjana Muda

Posted by Rafhan


Minggu depan, bermulalah episod penting bagi aku sebagai seorang mahasiswa apabila aku akan membentangkan proposal final project aku. Final Projek yang diberi nama "Development of a Single Switch Flyback Converter for Battery Charging Application" akan dipertaruhkan pada pembentangan itu nanti.

Objektif utama projek ini adalah untuk:

1. Improvement in efficiency and output voltage ripple based on previous study.
2. Reduce input current total harmonic distortion (THD)

Aku harap  dapat meyakinkan panel penilaian bagi meluluskan proposal aku tu nanti. (sebab kalau lulus  kena buat proposal baru). Sebenarnya nervous jugak aku nak present proposal tu, sebab aku akan dinilai oleh oleh 4 orang panel profesional. Mesti banyak soalan aku kene tembak punya.. dush, dush... Tetapi, sbg seorang bakal engineer aku kene cool.. (haha cool la sangat, padahal menggelabah jer). Antara tips yang diberikan oleh Supervisor Projek aku, klu tiba-tiba kita blur sampai tak dapat jawab soalan panel, Just say " Actually, your question will be study more detail in my next research"

Btw, thanx kat Supervisor Project aku, Cik Norainon Mohamed yang telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang menyiapkan  kertas cadangan. Tak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah banyak berkongsi idea bernas dan tidak bernas.. wakaka..

Harap-harap, sesi presentation dapat berjalan dengan lancar. Kepada rakan-rakan yang lain, selamat berjaya di ucapkan. Moving forward Engineers!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...