Hukum Hudud Di Brunei

Posted by Rafhan on Friday, 14 October 2011

Tajuk Utama Akhbar The Brunei Times

Sultan Brunei telah bertitah untuk mengadakan satu akta yang akan mengikuti undang-undang yang telah digariskan di dalam Islam. Dalam erti kata lain, Brunei akan melaksanakan undang-undang Islam, khususnya melalui penubuhan Akta Jenayah Islam.  Sultan Brunei juga menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.

Isu mengenai undang-undang Islam termasuk Hudud mendapat pelbagai maklumbalas dari banyak pihak. Ada pihak yang menentang ianya diaplikasikan di negara kita dan tidak kurang juga yang bersetuju undang-undang Islam tersebut dilaksanakan. Setelah sekian lama isu mengenai Hukum Hudud ini dibangkitkan dan menjadi perbualan ramai, kini Brunei memberi respon terhadap undang-undang Islam yang bakal diimplikasikan secara menyeluruh.



Video Di Youtube titah Sultan Brunei mengenai Undang-undang Islam dikuatkuasakan di Brunei

"Siapalah kita di hadapan Allah (SWT), untuk mengatakan ‘tidak atau tunggu’; sedangkan undang-undang (Islam)  bukan baru sahaja digubal, tetapi telah termaktub di dalam Al-Quran dan Al-Hadis semenjak dari 1,400 tahun dan lebih lagi. ” - Sultan Brunei-

source: akupenglipurlara

Makanan Pembakar Lemak Bantu Kuruskan Badan

Posted by Rafhan on Tuesday, 11 October 2011

Korang nak tahu tak, dengan pengambilan makanan yang membakar lemak, Ia dapat membantu kita untuk mengurangkan berat badan. So, bolehlah kita jadi kurus lepas ni ek... :) Antara makanan yang membantu untuk pembakaran lemak ialah..

Bawang putih/merah 
Bawang mengandungi antibakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain daripada itu, makanan ini juga berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman dan juga meningkatkan metabolisme tubuh seseorang.
Tomato
Makanan ini mengandungi vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak. Selain daripada itu, kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan tomata sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet.

Putih telur
Siapa kata makan telur tak bagus? Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak. Tetapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi.

Lada
Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolime badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak.

 Anggur
Salah satu makanan yang membantu untuk membakar lemak anda adalah anggur. Anggur bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi ia turut membawa khasiat yang dipanggil pektin. Pektin dapat membantu untuk menurunkan tahap kolesterol seseorang.

Lobak merah
Makanan ini mengandungi karotina yang merupakan sejenis vitamin A untuk membantu melancarkan sistem penghadaman dan membakar sisa lemak.


 Timun
Timun bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan untuk membakar lemak, tetapi khasiat didalamnya juga turut memberi kebaikan kepada buah pinggang kerana ia dapat membantu untuk membersihkan asid urik.

source: top5reason

Lovebite Yang Tidak Boleh Dilupakan

Posted by Rafhan on Saturday, 8 October 2011


Seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok.

Pergh, bahaya beb gigitan cinta ni.. Lu piki la sendiri...

source: depalma

Angry Bird Jumpa Dr. Fadzilah Kamsah

Posted by Rafhan


Wah, berebut-rebut angry bird kaler biru, merah, hitam, kuning dan putih ni nak jumpa pakar kaunseling. Nak atasi sikap marah diorang ni.. Lepas ni, jangan dok lastik-lastik dan pecah-pecahkan bangunan lagi yer angry bird.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...