UMP Sharing: Kronologi Masalah Kolej Kediaman di Universiti Malaysia Pahang

Posted by Rafhan on Tuesday, 27 September 2011

 Ump Sharing : Korang nak download cerita best ye. meh sini Aku nak cerita... Tiz Zaqyah tak terlibat langsung dalam cerita ni ok!!

SEM 1 : Disebabkan KK4 masih dalam proses pembinaan serta mendapat kelulusan,
rata2 pelajar kanan terpaksa berkongsi rumah dengan student tahun 1 di KK2, serta bermulalah episod pelajar fakulti Mekanikal serta Elektrik Tahun 1-4 berulang alik dari Gambang ke Pekan pada hari selasa-khamis. 

SEM 2: KK5 masih dalam pembinaan,taklimat kepada pelajar fakulti Mekanikal serta Elektrik tentng progress KK5, pada taklimat tersebut pihak pengurusan berjanji pada para pelajar bahawa mereka akan menjadi batch pertama ke KK5. 

SEM 3:KK5 sudah menyediakan 3 blok iaitu blok A,B,C, pelajar tahun 4 dan 3 diberi keutamman untuk menduduki KK5, terdapat juga pelajar fakulti Mekanikal serta Elektrik berulang dari Gambang ke Pekan.

SEM 4: Terdapat pelajar yang menjalani LI, KK5 dibuka kepda semua pelajar fakulti Mekanikal serta Elektrik untuk menduduki KK5, terdapat juga pelajar fakulti Mekanikal serta Elektrik yang berulang dari Gambang ke Pekan. Dalam masa yang sama fakulti Pembuatan dalam proses pembinaan.Sistem Merit diperkenalkan.

SEM 5: Pelajar tahun 1 diberi keutamaan untuk memasuki KK5, UMP juga membuka kawasan penempatan di bandar Pekan, Bazaar Muhibah. Pelajar fakulti Pembuatan juga diberi peluang untuk memasuki KK5 sedangkan sebelum ini pihak pengurusan telah berjanji untuk memberi priority kepada pelajar fakulti Mekanikal, Elektrik dan pelajar tahun akhir untuk menyiapkan projek sarjana muda (PSM). Selain itu,terdapat juga pelajar tahun 2,3,4 yang berada di Gambang. Fakulti pembuatan masih dalam proses pembinaan, kelas fakulti tersebut dijalankan di fakulti Mekanikal serta Elektrik.

SEM 6 : Aku Masih merempat di Bazar Muhibbah Sewaktu Posting entry ini dilakukan....

Perubatan Islam Di Indonesia Makin Popular

Posted by Rafhan

                                                                                  Klinik Herbal Insani di pinggir Jakarta

 
JAKARTA- Semakin ramai orang Islam di rantau ini tidak lagi memilih perubatan moden, sebaliknya beralih kepada perubatan al-Tibb al-Nawabi atau perubatan cara Nabi. Perubatan tersebut dikatakan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan herba semula jadi tradisional.
"Saya dengar ramai yang telah sembuh. Jadi, saya berharap Allah akan membantu saya," kata seorang wanita yang mengalami masalah sista ovari dan gangguan makhluk halus, Suratmi.Dia yang mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Jakarta menyatakan sakit perutnya itu sudah semakin reda.
Di Indonesia, perubatan Islam sering dikaitkan dengan golongan fundamentalis yang mendakwa perubatan Barat sebagai racun kepada orang Islam dan ada ubat diperbuat daripada babi. Justeru, terdapat ahli-ahli kumpulan pengganas yang terlibat dalam perubatan Islam dengan bertindak menjadi bomoh atau penjual.
Sementara itu, segelintir klinik digunakan sebagai tempat merekrut ahli baharu. Namun, kebanyakan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan terdiri daripada mereka yang berfahaman sederhana. "Perubatan Islam membawa mesej bahawa dengan mengambilnya, anda memperkuatkan kepercayaan, manakala keuntungannya memanfaatkan orang Islam," kata Sidney Jones, daripada Kumpulan Krisis Antarabangsa yang pakar mengenai Islam di Asia Tenggara.
Perubatan Islam, produk penjagaan diri dan kecantikan telah menjadi perniagaan besar memandangkan pelanggan di Asia Tenggara sahaja mencecah 250 juta orang. Misalnya, Siwak-F yang turut dieksport ke Asia Barat dikatakan sebagai ubat gigi yang seperti pernah digunakan oleh Nabi suatu ketika dahulu. "Kami menggunakan ubat-ubatan yang terbukti keberkesanannya, ditambah dengan keimanan kepada Allah," kata Pengarah Hospital Al-Islam di Kuala Lumpur, Dr. Ishak Mas'ud. Kos di hospital itu adalah 20 hingga 30 peratus lebih rendah daripada hospital biasa. 

source: kosmo

Google Chrome Selalu Crash? Selesaikan Sekarang !

Posted by Rafhan on Saturday, 24 September 2011



Korang semua mesti tension kan, bila tengah sedap-sedap guna web browser google chrome, lepas tu tiba-tiba dia crash dan kena restart balik. Memang la google chrome ni lebih laju dari web browser lain, tapi kalau asyik crash, siapa tak sakit hati kan? Tak apa, aku dah jumpa cara untuk mengatasi masalah ini. Berdasarkan research aku kat internet. Penyumbang utama masalah google chrome crash adalah disebabkan oleh software downloader yang disukai ramai iaitu Internet Download Manager (IDM). Google chrome mempunyai masalah  apabila diintegratedkan bersama IDM (kira macam tak serasilah dua2 software ni).  

So, untuk menyelesaikan masalah ini ikuti langkah berikut:

1. Jika anda ada install software IDM sila update kepada versi IDM version 6.03 Beta. 

ATAU

2. Ataupun anda mempunyai satu lagi pilihan dengan menukar setting pada software IDM yang sedia ada.


a) Pergi ke software IDM anda, pergi ke option


b) Pergi pada "General" dan untick pada google chrome. Klik "OK"

c) Selesai sudah


Diharapkan, apa yang dikongsi di sini dapat membantu pengguna setia google chrome yang sering tension akibat ke crashan yang melampau. Yelah, bila dah xde pilihan mula la kita nak bertukar kepada browser musang berapi ( Mozilla firefox) hehe... Selamat mencuba...

Cendawan Ling Zhi Rawat Kanser

Posted by Rafhan on Thursday, 22 September 2011





CENDAWAN ling zhi atau Ganoderma lucidum ialah sejenis herba yang cukup popular. Cendawan itu berwarna merah dan perang serta berkilat. Saiznya juga agak besar berbanding cendawan biasa menyebabkan ia kurang mendapat perhatian. Namun, khasiatnya cukup banyak. Khasiatnya diperakui berabad lamanya sejak zaman Dinasti Shu di China iaitu kira-kira 2,400 tahun lalu. Ketika itu hanya mereka yang berstatus maharaja atau keluarga diraja sahaja yang mampu mendapatkannya kerana harganya yang mahal. Dengan bahan aktif yang dikenali sebagai polisakarida, berupaya menguatkan sistem imun, ling zhi boleh dijadikan langkah awal untuk menghalang dan merawat kanser, antialergi, antiradang, antiviral, antibakteria dan antioksidan. Ada yang mengatakan seseorang perlu mendaki gunung dan meredah rimba bagi mendapatkan cendawan ling zhi.

source: variakosmo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...