Safee Sali Bermain Untuk Cardiff City?

Posted by Rafhan on Tuesday, 13 September 2011



Segala-galanya kini terserah kepada kudrat dan kemampuan penyerang negara, Mohd Safee Sali untuk membuktikan kemampuannya kepada pengurus Cardiff City, Malky Mackay. Kelab Indonesia yang diwakilinya, Pelita Jaya FC  sudah memberikan lampu hijau kepada pemain berusia 27 tahun itu untuk menjalani ujian percubaan (trial) bersama kelab Liga Divisyen Dua England terbabit selama dua minggu bermula semalam.


Perkhabaran gembira terbabit disahkan pengurus peribadinya, Zakaria Abd Rahim yang menjelaskan pelepasan amat dinantikan itu sudah diberikan pihak pengurusan PJFC dan surat pelepasan terbabit juga sudah dikeluarkan pagi semalam. “Persetujuan sudah dicapai antara kedua-dua pihak dan dia dijadualkan kembali ke Malaysia pada Ahad ini (tengahari) sebelum berangkat ke sana beberapa jam selepas itu,” katanya semalam.



Menurutnya, Mohd Safee akan tinggal di asrama pemain dan berpeluang menjalani latihan bersama-sama skuad utama kelab berpangkalan di Wales itu yang bersaing dalam Liga Kejuaraan. “Dia akan diberikan sehari dua sebelum memulakan ujian percubaan terbabit. Perkembangan dan kebolehannya akan dipantau menerusi ujian serta program yang disusun panel pemilihan sepanjang tempoh terbabit dan berkemungkinan besar turut mendapat peluang untuk beraksi dalam satu perlawanan persahabatan bagi membuktikan kebolehannya dalam aksi perlawanan sebenar. “Sekiranya berjaya memikat hati kelab terbabit, terpulanglah kepada budi bicara pihak Cardiff City untuk berunding dengan PJFC kerana dia masih mempunyai kontrak sehingga Januari 2012,” katanya.



Cardiff City bagaimanapun mungkin terpaksa membayar dengan harga mahal bagi mendapatkan khidmat penjaring terbanyak Piala AFF 2010 itu kerana dia antara pemain tonggak yang membantu PJFC mengelakkan diri daripada tersingkir ke liga bawahan, musim lalu. Khidmatnya jelas amat diperlukan apabila menjadi satu-satunya pemain import Pelita Jaya FC yang tidak digugurkan musim ini bagi menghadapi saingan musim baru Liga Super Indonesia (ISL) yang bermula 8 Oktober depan.

source: mymetro

Skuad Olimpik MALAYSIA vs JEPUN

Posted by Rafhan on Thursday, 8 September 2011

Kumpulan C Pusingan Ke-3 Kelayakan Olimpik London 2012
 
Skuad Olimpik negara akan turun menentang Jepun pada 21/9/2012 di Stadium Tosu, Fukuoka, Jepun pada aksi sulung Kumpulan C. Persoalaannya sekarang mampukah pasukan negara untuk menundukkan gergasi Asia itu. Khabarnya, pasukan Jepun tidak memandang remeh terhadap kebangkitan skuad Olimpik negara apabila menyenaraikan hampir 10 pemain yang memenangi pingat emas sukan Asia di Guangzhou 2010.



Barisan Pemain Skuad Olimpik Malaysia
Barisan Pemain Skuad Olimpik Jepun

Berikut merupakan senarai pelatih skuad Olimpik yang disenaraikan oleh FAM

PENJAGA GOL :-
Zamer Selamat - Izham Tarmizi Roslan - Khairul Fahmi Che Mat

PERTAHANAN :-
Zubir Azmi - Nazirul Naim Che Hashim - Amer Saidin - Fandi Othman - Syazwan Tajuddin - Nazmi Faiz Mansor - Mahalli Jasuli - Muslim Ahmad.

TENGAH :-
Ferris Danial Mat Nasir - Wan Zaharulnizam Wan Zakaria - Faizal Abu Bakar - Abdul Shukur Jusoh - Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham - K. Gurusamy.

PENYERANG :-

A. Thamil Arasu - Syahrul Azwari Ibrahim - Ahmad Hazwan Bakri - Izuan Solahuddin - Izzaq Faris Ramlan.

DIPINJAMKAN KEPADA FC VION ZLATE MORAVCE :-
Wan Zack - Fadhli Shas - Irfan Fazail (Akan bersama 22 pemain lain apabila tiba saat untuk ke Japan)

5 PEMAIN DIGUGURKAN :-
- Gary Steven Robert gugur sebb Red Card Lawan Lebanon (Suspended)
- Sasikumar gugur kerana dah ada 3 keeper.
- Azrul Azmi gugur sebab umur dia sudah 23 tahun.(utk Sukan Sea boleh)
- Affize gugur kerana injured.
-Fakri Saarani mgkin prestasi ataupun kecederaan.



KEJAYAAN DI SLOVAKIA
26/07/2011 ->Harimau Muda 1-0 FK Bodva Moldava
30/07/2011 ->Harimau Muda 2-1 MFK Topvar Topolcany
02/08/2011 ->Harimau Muda 2-1 Tatran Liptovský Mikuláš
09/08/2011 ->Harimau Muda 1-4 Budapest Honved FC
16/08/2011 ->Harimau Muda 2-0 MFK Dolný Kubín
23/08/2011 ->Harimau Muda 0-1 FC Nitra
24/08/2011 ->Harimau Muda 1-0 FC Levice



Jadual Perlawanan Kelayakan Olimpik Zon Asia (Pusingan Ke-3)
21/09/2011 -> Japan(H) vs MALAYSIA
23/11/2011 -> MALAYSIA(H) vs Syria
27/11/2011 -> MALAYSIA(H) vs Bahrain
05/02/2012 -> Bahrain(H) vs MALAYSIA
22/02/2012 -> MALAYSIA(H) vs Japan
14/03/2012 -> Syria(H) vs MALAYSIA


Marilah bersama-sama kita memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan muda bolesepak kebangsaan negara kita.

source: kitar semula
pic: 1, 2, 3

Filem Hantu Bonceng

Posted by Rafhan on Wednesday, 7 September 2011

Meraih kutipan sebanyak RM5 juta dalam tempoh masa lima hari ianya ditayangkan. Nyata filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri berjaya mencipta sejarah dengan kutipan tiket terbesar tayangan pada musim perayaan. Teruja dan berterima kasih kepada peminat yang memberi sokongan, Ahmad Idham menjelaskan, kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.
 
Sinopsis Filem Hantu Bonceng

Mengisahkan Amran(Johan) seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.

Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.

download source: encik nakal, murai

Cara Untuk Elak Penyakit Jantung

Posted by Rafhan on Tuesday, 6 September 2011

 
Jantung adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak janin sehinggalah seseorang itu meninggal dunia. Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien keseluruh badan melalui sistem peredaran darah.
Jantung yang sihat mampu mengepam sebanyak sepuluh ribu liter darah sehari dan ia akan berdenyut kira-kira seratus ribu kali sehari, iaitu diantara 60 hingga 80 kali seminit.

Seseorang itu boleh menghidap dua jenis penyakit jantung, Iaitu penyakit jantung kongenital dan bukan kongenital.

Sakit jantung kongenital berlaku ketika dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injab jantung manakala sakit jantung bukan kongenital berlaku akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti penyakit jantung koronari.

Faktor Risiko Serangan jantung:-
  • Kurang bersenam atau tidak aktif.
  • Merokok.
  • Pemakanan yang tidak sihat.
  • Kegemukkan
  • Diabetes
  • Penyakit tekanan darah tinggi.
  • Tekanan perasaan.
Tanda Serangan Jantung:
  • Sesak nafas. 
  • Sakit dada yang menekan, bermula dibahagian tengah atau kiri dada dan lazimnya merebak ketengah atau kiri dada dan selalunya merebak kelengan kiri dan leher.
  • Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan.
    Berpeluh dingin.
  • Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas.
  • Pening kepala dan loya.
Cara mencegah serangan jantung:
  • Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu iaitu, 20 hingga 30 minit setiap kali senaman.
  • Kekalkan berat badan unggul.
  • Makan secara sihat.
  • Berhenti merokok.
  • Belajar menangani tekanan perasaan.
  • Periksa tekanan darah.
  • Periksa glukosa darah.
  • Awasi paras kolesterol.
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala 
  •  
Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia, 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...