Filem Hantu Bonceng

Posted by Rafhan on Wednesday, 7 September 2011

Meraih kutipan sebanyak RM5 juta dalam tempoh masa lima hari ianya ditayangkan. Nyata filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri berjaya mencipta sejarah dengan kutipan tiket terbesar tayangan pada musim perayaan. Teruja dan berterima kasih kepada peminat yang memberi sokongan, Ahmad Idham menjelaskan, kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.
 
Sinopsis Filem Hantu Bonceng

Mengisahkan Amran(Johan) seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.

Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.

download source: encik nakal, murai

Cara Untuk Elak Penyakit Jantung

Posted by Rafhan on Tuesday, 6 September 2011

 
Jantung adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak janin sehinggalah seseorang itu meninggal dunia. Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien keseluruh badan melalui sistem peredaran darah.
Jantung yang sihat mampu mengepam sebanyak sepuluh ribu liter darah sehari dan ia akan berdenyut kira-kira seratus ribu kali sehari, iaitu diantara 60 hingga 80 kali seminit.

Seseorang itu boleh menghidap dua jenis penyakit jantung, Iaitu penyakit jantung kongenital dan bukan kongenital.

Sakit jantung kongenital berlaku ketika dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injab jantung manakala sakit jantung bukan kongenital berlaku akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti penyakit jantung koronari.

Faktor Risiko Serangan jantung:-
  • Kurang bersenam atau tidak aktif.
  • Merokok.
  • Pemakanan yang tidak sihat.
  • Kegemukkan
  • Diabetes
  • Penyakit tekanan darah tinggi.
  • Tekanan perasaan.
Tanda Serangan Jantung:
  • Sesak nafas. 
  • Sakit dada yang menekan, bermula dibahagian tengah atau kiri dada dan lazimnya merebak ketengah atau kiri dada dan selalunya merebak kelengan kiri dan leher.
  • Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan.
    Berpeluh dingin.
  • Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas.
  • Pening kepala dan loya.
Cara mencegah serangan jantung:
  • Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu iaitu, 20 hingga 30 minit setiap kali senaman.
  • Kekalkan berat badan unggul.
  • Makan secara sihat.
  • Berhenti merokok.
  • Belajar menangani tekanan perasaan.
  • Periksa tekanan darah.
  • Periksa glukosa darah.
  • Awasi paras kolesterol.
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala 
  •  
Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia, 

Ucapan Hari Raya, Lagu Raya, Khairul Fahmi dan Dalia Teck

Posted by Rafhan on Monday, 5 September 2011

Ucapan Hari Raya dan lagu-lagu Hari Raya Aidilfitri menduduki tempat teratas dalam carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan Ogos lalu. Jurucakap Google Ma­laysia berkata, orang ramai telah menggunakan khidmat enjin carian po­pular, Google Malaysia itu untuk mendapatkan contoh-contoh ucapan Hari Raya Aidilfitri. Pada masa yang sama mereka men-dengar dan memuat turun lagu-lagu hari raya yang popular. "Selain itu, Liga Perdana Inggeris 2011/2012 yang bermula baru-baru ini menduduki tempat kedua dalam carian paling kerap dan permainan bola sepak online," ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, System of Analysis for School Exami­nation (SAPS) pula men­duduki tempat ketiga. Melalui kemudahan itu para pendidik dapat menghantar data-data berkaitan peperiksaan secara online dengan mudah dan senang. 

Khairul Fahmi mencipta kontroversi selepas isu putus tunang dan gambarnya bersama model sambilan Dalia Teck tersebar luas di internet
 
Pencarian untuk blog Jejari Runcing milik Aimie Harmelia juga tinggi selepas penulisnya dikatakan memutuskan pertunangan dengan penjaga gol pasukan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.

AI-Khawarizmi Pakar Matematik

Posted by Rafhan on Friday, 26 August 2011


Muhammad bin Musa dilahirkan di Khawarizmi pada tahun 780 Masihi. Beliau lebih dikenali sebagai AI-Khawarizmi sempena tempat kelahirannya. AI-Khawarizmi terkenal sebagai ahli astronomi dan ahli matematik Islam hingga mendapat perhatian pemerintah AI-Makmun ketika itu.

Kepakaran AI-Khawarizmi telah meninggalkan kesan yang sungguh besar dalam lembaran sejarah. Hasil matematiknya sangat berbeza di bidang hitung kuno mahupun algebra dan menjadi sumber rujukan utama daripada pelbagai pihak. Antara ahli matematik yang mengikut pengaruhnya ialah Umar Khayam, Leonardo Fibonacci dari Pisa dan Jacob dari Florence.

Sistem nombor yang digunakan hingga sekarang juga adalah hasil peloporan Al- Khawarizmi. la telah ditulis dalam sebuah buku yang  kemudiannya telah disalin ke dalam bahasa Latin oleh Prince Boncopagni, Rom pada tahun 1857. Buku ini diberi tajuk "Trattai d' Arithmetica".

Al -Khawarizmi juga telah mengarang sebuah buku bertajuk "Mafatih al-Ulum" (Keys of Science)  pada tahun 976 Masihi. Dalam buku ini, beliau memperkatakan tentang angka sifar. Sebelum itu, semua pihak menulis angka sifar dalam bentuk titik. Titik ini kemudiannya berubah kepada sifar setelah dikaji oleh AI-Khawarizmi. Buku beliau lain yang teragung ialah”Hisab al-Jabr Wai Muqabia" yang menjelaskan sistem kuadrat dan "AI-Rukhama" tentang kiraan waktu melalui bayangan matahari.



Source:
Diari Siswa Islam ’93, Karya Bistari Sdn. Bhd.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...