Ucapan Hari Raya, Lagu Raya, Khairul Fahmi dan Dalia Teck

Posted by Rafhan on Monday, 5 September 2011

Ucapan Hari Raya dan lagu-lagu Hari Raya Aidilfitri menduduki tempat teratas dalam carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan Ogos lalu. Jurucakap Google Ma­laysia berkata, orang ramai telah menggunakan khidmat enjin carian po­pular, Google Malaysia itu untuk mendapatkan contoh-contoh ucapan Hari Raya Aidilfitri. Pada masa yang sama mereka men-dengar dan memuat turun lagu-lagu hari raya yang popular. "Selain itu, Liga Perdana Inggeris 2011/2012 yang bermula baru-baru ini menduduki tempat kedua dalam carian paling kerap dan permainan bola sepak online," ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, System of Analysis for School Exami­nation (SAPS) pula men­duduki tempat ketiga. Melalui kemudahan itu para pendidik dapat menghantar data-data berkaitan peperiksaan secara online dengan mudah dan senang. 

Khairul Fahmi mencipta kontroversi selepas isu putus tunang dan gambarnya bersama model sambilan Dalia Teck tersebar luas di internet
 
Pencarian untuk blog Jejari Runcing milik Aimie Harmelia juga tinggi selepas penulisnya dikatakan memutuskan pertunangan dengan penjaga gol pasukan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.

AI-Khawarizmi Pakar Matematik

Posted by Rafhan on Friday, 26 August 2011


Muhammad bin Musa dilahirkan di Khawarizmi pada tahun 780 Masihi. Beliau lebih dikenali sebagai AI-Khawarizmi sempena tempat kelahirannya. AI-Khawarizmi terkenal sebagai ahli astronomi dan ahli matematik Islam hingga mendapat perhatian pemerintah AI-Makmun ketika itu.

Kepakaran AI-Khawarizmi telah meninggalkan kesan yang sungguh besar dalam lembaran sejarah. Hasil matematiknya sangat berbeza di bidang hitung kuno mahupun algebra dan menjadi sumber rujukan utama daripada pelbagai pihak. Antara ahli matematik yang mengikut pengaruhnya ialah Umar Khayam, Leonardo Fibonacci dari Pisa dan Jacob dari Florence.

Sistem nombor yang digunakan hingga sekarang juga adalah hasil peloporan Al- Khawarizmi. la telah ditulis dalam sebuah buku yang  kemudiannya telah disalin ke dalam bahasa Latin oleh Prince Boncopagni, Rom pada tahun 1857. Buku ini diberi tajuk "Trattai d' Arithmetica".

Al -Khawarizmi juga telah mengarang sebuah buku bertajuk "Mafatih al-Ulum" (Keys of Science)  pada tahun 976 Masihi. Dalam buku ini, beliau memperkatakan tentang angka sifar. Sebelum itu, semua pihak menulis angka sifar dalam bentuk titik. Titik ini kemudiannya berubah kepada sifar setelah dikaji oleh AI-Khawarizmi. Buku beliau lain yang teragung ialah”Hisab al-Jabr Wai Muqabia" yang menjelaskan sistem kuadrat dan "AI-Rukhama" tentang kiraan waktu melalui bayangan matahari.



Source:
Diari Siswa Islam ’93, Karya Bistari Sdn. Bhd.

Khasiat Daun Pegaga

Posted by Rafhan on Sunday, 21 August 2011


Nama biasa              Pegaga, pengaga
Nama botani            Hydrocotyle asiatica L.
Famili                      Apiaceae (Umbellife-rae)

Habitat dan Taburan
Pegaga terdapat di seluruh kawasan tropika. Tumbuhan ini mudah ditemui hidup liar bercampur dengan rumput lain di ladang atau kebun di kawasan tanah ren-dah seluruh Semenanjung Malaysia. Pegaga kadang-kadang ditanam untuk dijual.
Pegaga Mempunyai Banyak Khasiat Dalam Perubatan

Ciri Morfologi
Tumbuhan jenis herba bersaiz kecil ini merayap dengan batang rayap yang ber akar. Daunnya hampir bulat dan bernabu. Tepi daun bergerigi, sama ada dempak atau tajam bergantung kepada jenis. Daun-daun pegaga berbau harum dan unik. Tangkai daun panjang dan bertemu di pangkal dan membentuk roset. Bunga terdapat pada jambak kecil dan bertangkai pendek. Buah berbentuk kapsul bulat yang kecil dan terbahagi kepada dua bahagian oleh lekukan di tengah-tengah.
Khasiat / Kegunaan
Makanan
Daun pegaga sedap dibuat ulam, iaitu dimakan bersama-sama sambal belacan. Selain itu, daun pegaga boleh dimasak gulai lemak dicampur keledek atau dima­sak lemak cili api bersama ikan, atau dibuat urap atau kerabu mentah, bercam­pur kelapa dan udang kering. Rasanya pahit-pahit manis dan baunya membuka selera.
Perubatan
Pegaga dipercayai dapat mengurangkan tekanan darah tinggi. Oleh kerana khasiatnya tinggi, ramai orang mula meminati jus daun pegaga. Daun pegaga juga digu-nakan sebagai ubat sapu untuk menurunkan panas badan atau demam. Selain itu, campuran daun pegaga dan daun-daun lain digunakan untuk penyakit lelah, reumatisme, dan kencing berdarah.
Pembiakan
Pegaga   membiak   secara   semula   jadi dengan akar jalar dan juga benih. Daun pegaga amat berkhasiat sebagai ubat-ubatan. Selain daripada dimakan segar, daun pegaga juga dibuat jus.

source:

Rukayah Aman
Ulam dan Sayuran Tempatan Semenanjung Malaysia
DBP 2002

Air Sarbat, Minuman Penyejuk Badan

Posted by Rafhan on Saturday, 20 August 2011


Pernahkan anda mendengar tentang air sarbat? Air sarbat atau jager thanta merupakan minuman tradisional masyarakat Pulau Pinang yang cukup popular terutamanya ketika bulan puasa. Malah air sarbat dikatakan minuman warisan sejak 80 tahun lalu yang diminum oleh masyarakat  India Muslim di Pulau Pinang. Air sarbat dipercayai dapat menyegarkan dan menyejukkan badan ketika berbuka puasa. Sebenarnya tak perlu ke Pulau Pinang untuk menikmati air ini kerana anda boleh menyediakannya sendiri di rumah. Bahan-bahannya pun mudah untuk didapati di kedai-kedai runcit.

Resepi Air Sarbat

Bahan-Bahan:

1) Air Sirap
2) biji selasih
3) getah anggur
4) Kembang Semangkuk
5)Isi Kelapa Muda (kalau tak suka jangan letak)
6) Kiub Ais

Selasih

Buah Kembang Semangkuk
Getah Anggur


Cara Penyedian Air Sarbat

Getah Anggur Selepas Direndam

Kembang Semangkuk Selepas Direndam

1) Pastikan Biji Selasih, Getah anggur dan Kembang Semangkuk  direndam sehingga kembang.
2) Masukkan  biji selasih, getah anggur dan isi kelapa muda ke dalam air sirap. kacau sehingga rata.
3) Masukan kiub ais.
4) Air Sarbat sedia untuk diminum

p/s: Buah Kembang Semangkuk dan Getah Anggur turut digunakan dalam perubatan tradisional bagi melegakan batuk dan panas badan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...