Maksud di Sebalik Nama Bulan Dalam Islam

Posted by Rafhan on Wednesday, 17 August 2011

Orang Arab memberi nama bulan-bulan ini dengan melihat keadaan alam dan masyarakat pada masa-masa tertentu sepanjang tahun. la diterima pakai hingga sekarang. Berikut adalah maksud bagi nama-nama bulan dalam Islam:

Muharam:
Ertinya yangdiharamkan atau menjadi pantang larang. Dinamakan Muharam kerana pada bulan itu dilarang menumpahkan darah atau berperang.

Safar:
Ertinya kosong. Penamaan Safar terjadi kerana pada bulan itu, semua orang lelaki Arab zaman dahulu pergi meninggalkan rumah untuk merantau, berniaga dan berperang sehingga pemukiman mereka tiada orang lelaki.

Rabiul Awal:
Ertinya berasal dari kata Rabi' (menetap) Awal (pertama). Masa kembalinya kaum lelaki yang telah meninggalkan rumah atau merantau. Pada bulan ini juga berlaku banyak peristiwa
bersejarah bagi umat Islam.

Rabiul Akhir:
Ertinya masa menetap kaum lelaki di rumah untuk tempoh penghabisan.

Jamadil Awal:
Ertinya Jumadi (kering) dan Awal (pertama). Bulan ini merupakan awal musim kemarau, apabila masalah kekeringan mula terjadi.

Jamadil Akhir:
Ertinya musim kemarau yang penghabisan.

Rejab:
Ertinya mulia. Ini kerana bangsa Arab masa dulu sangat memuliakan bulan ini antaranya
dilarang berperang.

Sya'aban:
Ertinya berkelompok. Orang Arab pada bulan ini lazimnya berkelompok mencari nafkah. Peristiwa penting bagi umat Islam yang terjadi pada bulan ini adalah perpindahan kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah (Baitullah).

Ramadan:
Ertinya sangat panas. Bulan ini merupakan satu-satunya bulan yang tersebut dalam al-Quran, satu bulan yang memiliki keutamaan, kesucian dan pelbagai keistimewaan,

Syawal:
Ertinya kebahagiaan, iaitu kembaiinya manusia ke daiam fitrah (kesucian) selepas menunaikan puasa dan membayar zakat fitrah serta salingnbermaaf-maafan. Itulah maksud
membahagiakan.

Zulkaedah:
Ertinya Zul (pemilik) dan Kaedah (duduk). Bulan ini merupakan waktu istirehat bagi
kaum leiaki Arab dahulu. Mereka menikmatinya dengan beristirehat di rumah mereka.

Zulhijjah:
Ertinya menunaikan haji. Umat Islam menunaikan haji pada bulan ini, sejak nabi Adam A.S menunaikan ibadah haji.

Source : Kosmo

One Month Ramadhan In Kuala Lumpur, Dokumentari Menarik Sempena Ramadhan

Posted by Rafhan on Sunday, 14 August 2011

Lydia Perr
 
ONE MONTH RAMADAN IN KUALA LUMPUR merupakan sebuah dokumentari berorientasi drama yang mengikuti jejak seorang wanita bukan Islam dari Amerika Syarikat yang terbang ke Malaysia bagi menyahut cabaran dan merasai sendiri pengalaman mengerjakan Puasa di bulan Ramadan. Kisah bermula apabila Lydia Perr, seorang gadis bukan Islam yang menetap di New York terbaca tawaran menarik di Forum Pengembaraan “Lonely Planet” yang mencari seorang bukan Islam untuk merasai pengalaman berpuasa bulan Ramadhan di Kuala Lumpur.
Bapa Lydia dibesarkan sebagai yahudi, ibunya beragama Kristian dan semasa kecil dia dan adiknya menghadiri gereja Unitarian. Dia baru sahaja berhenti kerja sebagai Pakar Perunding Risiko dan bercadang untuk mengembara. Lydia tidak pernah datang ke Malaysia dan tidak banyak pengetahuan tentang Islam. 
 
ONE MONTH RAMADAN IN KUALA LUMPUR (TV AL-HIJRAH) 
MULAI 12HB OGOS 2011 
HARI: SETIAP JUMAAT 
MASA: 9.30 MALAM 

Meskipun ramai sahabat dan keluarga memberi amaran tentang orang Islam, namun sifatnya yang gemarkan cabaran mengatasi segala kebimbangan lalu dia menyahut tawaran itu. Di Kuala Lumpur, Lydia tinggal bersama Idris dan keluarganya. Selama sebulan dia bersahur, berpuasa, dan berbuka bersama-sama keluarga tersebut. Dia turut menyaksikan segala aktiviti dan amalan yang dilakukan umat Islam sepanjang bulan Ramadhan. 

Hari berlalu, perspektif Lydia mula berubah dan dia melibatkan diri secara lansung di dalam berbagai aktiviti bulan Ramadhan yang sangat istimewa kepada umat Islam di Malaysia. Antara pengalaman menarik yang dialaminya ialah berniaga di Bazar Ramadhan, membuat dodol, lemang, dan mengendalikan majlis iftar bersama anak-anak yatim. Dia juga turut melawat Masjid negara serta melihat umat Islam mengerjakan ibadah Terawih dan Tadarus. 

Semakin hampir ke penghujung Ramadhan, keraguan Lydia ternyata tidak benar. Dia bertemu rakan dan keluarga baru. Dia juga mula memahami keindahan Ramadhan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar mahu pun diluahkan dengan kata-kata. Keindahan yang hanya dapat dinikmati oleh mereka yang telah mengalaminya. Ikuti perjalanan Lydia Pierr dan rasai sendiri ikatan kasih sayang dan kekeluargaan yang wujud diantara mereka.

Kurma Israel

Posted by Rafhan on Sunday, 7 August 2011

Senarai Kurma Dari Israel

Kurma Jordan River
Hati-hati dengan produk kurma dari negara Israel yang terdapat di pasaran Malaysia. Orang Yahudi menggunakan buruh kanak-kanak Palestin untuk bekerja di ladang kurma tersebut. Friends of al-Aqsa mendakwa, penempatan kanak-kanak Palestin dalam keadaan daif dan sebab itulah kurma Israel lebih murah. Jika anda tetap memilih untuk membeli produk ini, anda sebenarnya telah membantu Yahudi mencuri Tanah Penduduk Palestin melalui penanaman Pokok Kurma.

" We Can Change"

Selamat Berpuasa

Posted by Rafhan on Saturday, 6 August 2011


Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat rakan-rakan bloggers yang beragama Islam. Waktu berbuka puasa nanti, jangan jadi macam orang dalam gambar kat atas ni ek.  :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...