Khasiat Pokok Ketum

Posted by Rafhan on Sunday, 10 July 2011

Daun Ketum direbus untuk dijadikan minuman

Dikenali sebagai pokok Biak, Pokok Ketum adalah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapatdi Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta selatan Thailand. Daun ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin.

Daunnya boteh direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga selain bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Pokok ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana air rebusannya dikatakan berupaya menjadikan seseorangitu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin yang membahayakan pengguna.

Sumber: Wikipedia, kosmo

Kopi Berkafein Mampu Cegah Penyakit Alzheimer

Posted by Rafhan on Saturday, 9 July 2011

Tahukah anda dengan minum kopi berkafein, ia dapat mencegah penyakit alzheimer. Sepasukan penyelidik dari Universiti Florida Selatan menemui sejenis kandungan misteri dalam minuman kopi yang dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit alzheimer. Penemuan itu disiarkan dalam Journal Alzheimer's Disease pada 28 Jun lalu.

Menurut kajian itu, apabila kandungan misteri itu berinteraksi dengan kafein. ia mampu menjadi pencegah kepada penyakit alzheimer bahkan melambatkan simptom-simptom berkaitan.Penemuan itu sebenarnya adalah untuk membuktikan hanya kopi yang mengandungi kafein yang mampu bertindak sedemikian. Bagaimanapun minuman lain yang berkafein tidak membuktikan tindak balas terhadap pertahanan melawan penyakit alzheimer.


Pengkaji menjelaskan bahawa kopi berkafein sahaja yang boleh menyebabkan peningkatan faktor pertumbuhan yang dikenali sebagai granulocyte colony-stimulating factor (GCSF) dalam darah.Kajian pada pesakit Alzheimer menunjukkan bahawa kandungan GCFS dalam badan pesakit menunjukkan kuantiti yang sedikit.

Ini bermakna lebih banyak kandungan GCFS diperlukan untuk mengelakkan penyakit itu dan ia boleh didapati dengan minum kopi berkafein. Para pengkaji telah melakukan analisis terhadap kesan ke atas kopi berkafein dan yang tidak mengandungi kafein. Keputusan menunjukkan bahawa hanya kopi berkafein yang menghasilkan GCSF.

sumber: kosmo ahad, 3 Julai 2011

Sung Bong Choi Cipta Kejutan Dalam Korea’s Got Talent

Posted by Rafhan on Sunday, 3 July 2011

Sung Bong Choi Cipta Fenomena Luar Biasa Di Korea Selatan

Ingatkah anda kepada seorang nenek tua yang bernama Susan Boyle yang mengejutkan penonton di dalam rancangan Britain’s Got Talent pada tahun 2009? Kali ini seorang anak muda dari Korea pula mencipta kejutan dalam rancangan Korea’s Got Talent.

Secara zahirnya, tiada apa yang istimewa pada remaja lelaki berumur 22 tahun itu. Dia tidak kacak bahkan seorang yang pemalu. Tetapi di sebalik penampilan biasa itu, Choi ada kisah dan kelebihan sendiri sehingga membuatkan orang lain kagum dan terpegun. Sebab itu jugalah ada pepatah yang berbunyi “don't judge the book by its cover”.

Sedutan dari youtube ujibakat Sung Bong Choi dalam korea's Got Talent

Dalam rancangan yang disiarkan di stesen televisyen Korea Selatan itu, Choi memberitahu bahawa dia pernah tinggal di rumah anak yatim pada usia tiga tahun. Akibat tidak tahan dibuli, dia melarikan diri dua tahun kemudian dan tinggal di jalanan sambil berniaga gula-gula getah dan air minuman.

“Saya hidup macam lalat selama 10 tahun,” katanya di hadapan penonton dan juri rancangan itu.Choi yang hidup sebatang kara berkata, dia ingin bebas daripada perangkap kenangan silam yang menyedihkan.“Saya tidak menaruh keyakinan pun untuk menyertai pertandingan ini. Saya hanya mahu menjadi seperti orang lain. “Saya tidak pandai menyanyi, tetapi berasa seperti menjadi orang lain apabila menyanyi,” katanya.


Dia yang tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang nyanyian memukau seluruh dewan sehingga ada yang menitiskan air mata apabila dia melontarkan suara.Choi menyanyikan lagu Itali berjudul Nella Fantasia baru-baru ini. Sebahagian rakaman rancangan tersebut yang dimuat naik ke laman YouTube ditonton sebanyak hampir sembilan juta kali


source: kosmoonline

Cinta Akhir : Kupas Kisah Percintaan Dan Penderitaan Seorang Perokok

Posted by Rafhan on Sunday, 19 June 2011

Liyana Jasmay, IZ Sulaini, Pierre Andre

Sudahkah anda menonton kisah Cinta Akhir ? Filem pendek berdurasi  10 minit terbitan Anti Smoking Campaign bertujuan untuk menyampaikan mesej agar masyarakat menghindari tabiat merokok. Besar kemungkinan filem pendek itu juga akan dihantar ke Festival Filem Antarabangsa Pusan untuk dipertandingkanMengetengahkan kisah tiga remaja yang berbeza latar belakang iaitu Lisa lakonan Liyana Jasmay , Bob lakonan Pierre Andre dan  AJ lakonan Iz Sulaini.


SINOPSIS CINTA AKHIR :
Lisa sering menjual rokok-rokok berjenama di kelab malam sebagai sumber pencarian. AJ yang merupakan kawan baik Lisa merupakan penyanyi gig walaubagaimanapun tidak terlibat dengan tabiat merokok. Pada suatu hari Lisa didatangi oleh seorang penjual Handphone (lakonan Bob) tetapi Lisa tidak melayan pemuda tersebut kerana menganggap Bob menjual handphone curi.

Tanpa disangka-sangka Lisa dan Bob bertemu untuk kali kedua dalam satu insiden yang tidak disengajakan apabila Lisa ingin meminjam Lighter untuk merokok. Dari situ kisah percintaan Lisa dan Bob bermula. Apa yang menarik disini ialah Bob sering membawa lighter ke mana-mana walaupun Bob bukanlah seorang perokok dan ia melengkapkan hidup Lisa yang merupakan seorang perokok tegar.

Lisa menyedari yang Bob bukanlah seorang lelaki biasa. Beliau seorang pemuda yang bercita-cita tinggi. Malah Bob merupakan seorang pelajar sarjana yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan thesis. Lisa sangat kagum dengan bakat serba-boleh yang dimiliki oleh bob.

Di akhir kisah tersebut terdapat satu kejutan apabila Bob menerima surat daripada Lisa yang disampaikan oleh AJ. Kisah Cinta Lisa dan Bob dibiarkan terhenti begitu sahaja oleh pengarah Aron Koh. Paparan Hospital ditunjukkan pada akhir jalan cerita untuk membiarkan penonton membuat konklusi sendiri sama ada perokok itu akan sakit atau sebaliknya

Adakah anda sanggup melihat orang yang anda sayangi mati kerana rokok?

Mungkin apa yang perlu diambil iktibar dari cerita ini ialah betapa pentingnya untuk kita menasihati dan memastikan orang yang kita sayangi dan cintai untuk menjauhi tabiat merokok. Ini kerana, walaupun Bob seorang yang terpelajar dan tidak merokok, tetapi dia gagal menasihati kekasihnya (Lisa) untuk menjauhi tabiat merokok. Mungkin tidak menjumpai cara terbaik dan berhikmah untuk menegur kekasihnya itu. Tetapi pemergian orang tersayang akibat rokok merupakan suatu yang merugikan dan sangat disesali.

image: rage
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...