- Membantu mengawal paras gula darah
- Membantu dalam sesetengah penyakit barah. Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.
- Menguatkan sistem imun. Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.
- Menurunkan aras kolesterol. Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.
- Penuh dengan antioksida - dimana boleh menolong mengurangkan lemak2 atau kolestrol dalam badan
- Menjaga tekanan darah
- Merawat batuk
- Menguatkan sistem kekebalan tubuh melawan penyakit
- Kaya dengan EGC (Epigallocatechin) dan GC (Gallocatechin) iaitu antioksida yang kuat serta dapat menolong mencegah dan menghancurkan sel2 kanser
- Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri)
- Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf
- Boleh mencegah penyakit Demensia dan Amnesia
- Meredakan gangguan seperti tidak boleh tidur dan gelisah
- Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya
- Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah.
Showing posts with label Khazanah Alam. Show all posts
Showing posts with label Khazanah Alam. Show all posts
Home » Posts filed under Khazanah Alam
Khasiat & Kebaikan Teh Hijau
Posted by Rafhan on Friday, 10 August 2012
Salam guys. Hari ni nak share story tentang khasiat teh hijau. Korang mesti pernah minum teh hijau kan? Dah banyak bentuk dah packaging teh hijau ni sekarang, ada yang dalam botol, uncang dan juga serbuk. Macam aku, kalau singgah petrol station mesti beli teh hijau dalam botol selalunya jenama Pokka atau pun Lipton. Sangat sedap & boleh segarkan badan.
Teh Hijau Uncang Keluaran Lipton
Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaatkan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah Membantu mengawal tekanan darah tinggi
source: KongsiBersamaNora & Dunia Herba HPA
+1 artikel Khasiat & Kebaikan Teh Hijau →
Nak Beli Daun Belalai Gajah?
Posted by Rafhan on Wednesday, 16 November 2011
Uncle Yik Poh Ling di ladang herba miliknya
Sejak entry tentang Daun Belalai Gajah mempunyai khasiat untuk menyembuhkan kanser, ramai respon di blog aku yang bertanyakan kat mana nak beli daun belalai gajah. Actually aku pun tak tahu nak beli kat mana daun ni, tapi lepas search kat internet jumpa jugak. Harap info ni dapat bantu sesiapa yang mencari daun belalai gajah. Info ni pun aku dapat dari blog Kongsi Bersama Nora.
Uncle Yik Poh Ling dari Pekan Pantai Seremban. Beliau adalah salah seorang penanam daun belalai gajah. Ladang herba ini terletak berhampiran bandar Pantai kira2 10km dari Seremban. Ladang seluas 12 hektar ini bukan saja mempunyai herba daun belalai gajah tetapi juga ditanam lebih 500 herba yang lain dan sebilangannya berasal dari negara Asia. Meh baca selanjutnya di blog beliau Uncle Yik Poh. Hubungi atau datang terus ke ladang beliau di Pekan Seremban 012-6773693
+1 artikel Nak Beli Daun Belalai Gajah? →
Cendawan Ling Zhi Rawat Kanser
Posted by Rafhan on Thursday, 22 September 2011
CENDAWAN ling zhi atau Ganoderma lucidum ialah sejenis herba yang cukup popular. Cendawan itu berwarna merah dan perang serta berkilat. Saiznya juga agak besar berbanding cendawan biasa menyebabkan ia kurang mendapat perhatian. Namun, khasiatnya cukup banyak. Khasiatnya diperakui berabad lamanya sejak zaman Dinasti Shu di China iaitu kira-kira 2,400 tahun lalu. Ketika itu hanya mereka yang berstatus maharaja atau keluarga diraja sahaja yang mampu mendapatkannya kerana harganya yang mahal. Dengan bahan aktif yang dikenali sebagai polisakarida, berupaya menguatkan sistem imun, ling zhi boleh dijadikan langkah awal untuk menghalang dan merawat kanser, antialergi, antiradang, antiviral, antibakteria dan antioksidan. Ada yang mengatakan seseorang perlu mendaki gunung dan meredah rimba bagi mendapatkan cendawan ling zhi.
source: variakosmo
+1 artikel Cendawan Ling Zhi Rawat Kanser →
Sabah Snake Grass - Clinacanthus nutans
Posted by Rafhan on Tuesday, 20 September 2011
Local Name: Belalai Gajah
Chinese name: Yu Xun Cao 优遁草
Scientific Name: Clinacanthus nutans(Burm.t.) Lindau
English name: Sabah Snake plant, Sabah Snake Grass.
Meridian channel: liver and kidney
Usage: Whole plant as medicinal herb
Belalai Gajah or Sabah Snake Grass (Clinacanthus Nutans Lindau) has been widely used in Malaysia and other Asia countries to treat uric acid, gout, urinates neuropathies (disease of the kidney), Liver cancer, Kidney syndrome, Nasal cavity cancer and uterine fibroid.
It was quite popular and found in East Malaysia of Sabah, that's why they named it as"Sabah Snake Plant" or "Sabah Snake Grass".
This herb is used with other herbal plant in preparation of herbal medicinal drink to treats uremia for kidney patient primarily, to reduce of urine toxic by decoction of this herb.
This herb is used with other herbal plant in preparation of herbal medicinal drink to treats uremia for kidney patient primarily, to reduce of urine toxic by decoction of this herb.
The slightly stink taste but when mixed with other herbs it can be a very tasteful “Liang Cha” cooling herbs drink. As this herb has “cooling” effect to those with Qi deficiency may need to cook it with Red Dates to improve the blood circulation a boost for better result.
The clinacanthus Nutans or 'Sabah Snake Grass' 优遁草in traditional Chinese medicine usually is concoction into herbal drink with red dates (to improve blood circulation), or adding black soybean to it (for the kidney yin deficiency to boost kidney Qi). Black soybeans increase the medicinal effect of the Sabah Snake Grass in detoxification and energy boost to the kidney meridian functioning. And it is also commonly used for kidney cleanse or detoxifying purpose.
In herbal healing, Chinese name this herbs as "Shen Cao" 肾草that's mean "kidney herb".
Taking the raw juice like mixing green Apple with Sabah Snake Grass, to blend into medicinal raw juice for treating urinary system syndrome, kidney problem and prostate inflammation has shown effective and great result in healing process.
Taking raw fresh leaves maybe hard to chew, so as to make it as tasty raw fruit juice drink may help. Simply cooking into concoction herb drink depending on individual's body health condition.
Taking the raw juice like mixing green Apple with Sabah Snake Grass, to blend into medicinal raw juice for treating urinary system syndrome, kidney problem and prostate inflammation has shown effective and great result in healing process.
Taking raw fresh leaves maybe hard to chew, so as to make it as tasty raw fruit juice drink may help. Simply cooking into concoction herb drink depending on individual's body health condition.
The efficacy of treating of skin eczema, psoriasis, and shingles seemed quite effective with Sabah Snake Grass + "Huo Tan Mu” or Polygonum Chinese and mixed with ‘Bai He Ling Zhi’ (white crane grass), 白鹤灵芝, Scientific name: Rhinacanthus nasutus (L.) kurz
herbs. Lately these herbs is used to treat a few patients with psoriasis and scabies problem. The skin infection and spots reduces within a month.
herbs. Lately these herbs is used to treat a few patients with psoriasis and scabies problem. The skin infection and spots reduces within a month.
Method and Preparation:
For Internal application:
“Sabah Snake Grass” Clinacanthus Nutans mix with "Huo Tan Mu” or Polygonum Chinese as decoction herbal drink.
And taking pure fresh juice of “Sabah Snake Grass” Clinacanthus Nutans fresh leaves blend with green apple in the morning for detoxifying.
Doses to use: Daily intakes of 1-2 glasses of herbal drink.Serious case may increase the doses to 3 glasses a day.
For external usage:
Use another herb by the name of “Bai He Ling Zhi’ (white crane grass), 白鹤灵芝Rhinacanthus nasutus, Dainty spurs,extract the fresh leaves and apply to scabies spots or infected areas.
Herbal Bath:
Apply once or twice a day, or cook this herb plant with its stems, Strain the herbal liquid from the decoction and place in the bathtub, immerse the whole body in the herbal bath (at the body temperature) for at least 20-30 minutes.
This 'Sabah Snake Grass' or Clinacanthus Nutans fresh juice extract not only can be mix and blending into fresh juice with green apple; alternatively combine Sabah Snake Grass with burdock and carrot pure juice for treating lymphatic problem and purifying blood. This really improves my sensitive skin and lymph nodes problem.
source: senyong.blogspot.com
+1 artikel Sabah Snake Grass - Clinacanthus nutans →
Khasiat Daun Pegaga
Posted by Rafhan on Sunday, 21 August 2011
Nama biasa Pegaga, pengaga
Nama botani Hydrocotyle asiatica L.
Famili Apiaceae (Umbellife-rae)
Habitat dan Taburan
Pegaga terdapat di seluruh kawasan tropika. Tumbuhan ini mudah ditemui hidup liar bercampur dengan rumput lain di ladang atau kebun di kawasan tanah ren-dah seluruh Semenanjung Malaysia. Pegaga kadang-kadang ditanam untuk dijual.
Pegaga Mempunyai Banyak Khasiat Dalam Perubatan
Ciri Morfologi
Tumbuhan jenis herba bersaiz kecil ini merayap dengan batang rayap yang ber akar. Daunnya hampir bulat dan bernabu. Tepi daun bergerigi, sama ada dempak atau tajam bergantung kepada jenis. Daun-daun pegaga berbau harum dan unik. Tangkai daun panjang dan bertemu di pangkal dan membentuk roset. Bunga terdapat pada jambak kecil dan bertangkai pendek. Buah berbentuk kapsul bulat yang kecil dan terbahagi kepada dua bahagian oleh lekukan di tengah-tengah.
Khasiat / Kegunaan
Makanan
Daun pegaga sedap dibuat ulam, iaitu dimakan bersama-sama sambal belacan. Selain itu, daun pegaga boleh dimasak gulai lemak dicampur keledek atau dimasak lemak cili api bersama ikan, atau dibuat urap atau kerabu mentah, bercampur kelapa dan udang kering. Rasanya pahit-pahit manis dan baunya membuka selera.
Perubatan
Pegaga dipercayai dapat mengurangkan tekanan darah tinggi. Oleh kerana khasiatnya tinggi, ramai orang mula meminati jus daun pegaga. Daun pegaga juga digu-nakan sebagai ubat sapu untuk menurunkan panas badan atau demam. Selain itu, campuran daun pegaga dan daun-daun lain digunakan untuk penyakit lelah, reumatisme, dan kencing berdarah.
Pembiakan
Pegaga membiak secara semula jadi dengan akar jalar dan juga benih. Daun pegaga amat berkhasiat sebagai ubat-ubatan. Selain daripada dimakan segar, daun pegaga juga dibuat jus.
source:
Rukayah Aman
Ulam dan Sayuran Tempatan Semenanjung Malaysia
DBP 2002
+1 artikel Khasiat Daun Pegaga →
Daun Belalai Gajah Penawar Kanser
Posted by Rafhan on Saturday, 16 July 2011
Pokok belalai gajah atau Sabah Snake Grass merupakan sejenis herba popular dalam perubatan tradisional thai dan china. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang kecil dan panjang. Pokok ini memerlukan sokongan kerana batangnya yang kecil dan lembut itu mudah rebah apabila dilanda angin. Tumbuhan daripada keluarga acanthaceae.Ia boleh membiak melalui keratan batang.
Nama Tempatan:Belalai Gajah
Nama Saintifik:clinacanthus Nutans
Nama Lain:Gendis(melayu),E zui hua( snake plant,Sa-laid-pang-porn, phaya yo ,phaya plongtong(Thai)
Famili:acanthaceae
Lokasi dijumpai:tumbuhan herba
Asal:Tumbuhan tempatan
kegunaan:
Pokok belalai gajah dipercayai mempunyai khasiat dalam mengubati penyakit kanser seperti Uterus Cancer, Prostate Cancer, Breast Cancer, Lang Cancer, Leukemia Patiens, Dialysis Patiens, High Blood, High Uric Acid, Diabetes dan banyak lagi.
Di thailand belalai gajah digunakan sebagai bahan untuk merawat penyakit kulit. Ekstrak daripada daunnya yang segar digunakan untuk merawat ruam kulit.Malahan ekstrak dari tumbuhan ini juga digunakan didalam krim yang disapu pada badan ketika terkena cacar air (chicken pox).Ekstraknya juga digunakan untuk mengubati dermatitis Ia juga digunakan sebagai penawar kepada racun dari gigitan ular. Ada Kajian saintifik menunjukkan walaupun ekstrak tumbuhan ini tidak memberikan tindakbalas langsung terhadap bisa ular, tetapi jika diberikan secara oral ia akan memanjangkan tempoh bertahan tikus yang telah disuntik dengan racun ular
Cara2 membuat jus daun belalai gajah @ sabah snake grass
- masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender
- masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
- tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
- masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
- masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
- blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
- jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
- Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi
Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah
Source: Kongsibersamanora, wannura
+1 artikel Daun Belalai Gajah Penawar Kanser →
Khasiat Pokok Ketum
Posted by Rafhan on Sunday, 10 July 2011
Daun Ketum direbus untuk dijadikan minuman
Dikenali sebagai pokok Biak, Pokok Ketum adalah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapatdi Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta selatan Thailand. Daun ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin.
Daunnya boteh direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga selain bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Pokok ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana air rebusannya dikatakan berupaya menjadikan seseorangitu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin yang membahayakan pengguna.
Sumber: Wikipedia, kosmo
+1 artikel Khasiat Pokok Ketum →
Cendawan Busut, Selamat Dimakan Atau Beracun?
Posted by Rafhan on Thursday, 12 May 2011
Info Cendawan busut
Nama Famili: Lyophyllaceae
Nama saintifik: Termitomyces sp.
Spesies yang terdapat di Malaysia: Termitomyces heimii Natarajan, Termitomyces clypeatus, Termitomyces albuminosa
Jangka Hayat: Cendawan busut hanya hidup empat hari.
Saiz: Pileus (Kepala/Tudung) 1.5-7 cm diameter mengikut spesies.
Lokasi: Ladang-Ladang kelapa sawit, kebun getah, kebun dan kawasan hutan yang tidak tercemar dengan racun serangga. Boleh didapati di seluruh Malaysia.
Cara pembiakan/penyebaran: Obligat simbiosis dengan anai-anai (Macrotermes spesis and Odototermes spesis)
Harga pasaran: RM20 sekilogram
SALAH FAHAM: Struktur morfologi dan warna yang hampir sama iaitu putih dengan spesies yang beracun seperti Macrolepiota spesis, Lepiota spesis dan Amanita spesies.
Cara untuk mengelakkan salah faham: Pastikan bahawa di bawah cendawan tersebut terdapat busut cendawan dan akar cendawan busut panjang dan sampai ke dalam sarang anai-anai tersebut.
Fakta Cendawan Busut Yang Perlu Anda Tahu:
1. Tumbuh di atas busut anai-anai
2. Tumbuh secara koloni
3. Antioksida yang baik dan kandungan lemak yang rendah. Dijadikan makanan kesihatan kerana rendah kolesterol dan sesuai untuk orang yang mempunyai kolesterol yang tinggi
4. Tahap racun (sekiranya ada) pada manusia: Setakat ini tiada kes keracunan. Perlu dimasak sebelum makan.
5. Sifatnya seperti rumput. la tidak akan tumbuh di kawasan yang kerap diracun.
6. Sifatnya seperti rumput. la tidak akan tumbuh di kawasan yang kerap diracun.
7. Cendawan busut akan tumbuh di tempat yangsama.
8. Sifat tanah mempengaruhi warna cendawan busut. Jika tumbuh di tanah merah, warna cendawan akan kemerah-merahan, begitu juga jika ia tumbuh di tanah gambut. warnanya akan kehitam-hitaman. Tetapi apabila kulitnya dikupas, isinya tetap putih.
9. Jika dicabut dari tanah dan ditanam di kawasan lain, ia tidak akan tumbuh.
10. Sekiranya cendawan dicabut, badannya tidak akan membesar tetapi topinya akan mengembang. Jika disimpan di dalam peti sejuk, ia boleh tahan hingga seminggu.
11. Cendawan busut mengeluarkan bau yang harum. Apabila
hari keempat iaitu hari topi mengembang, bauya dapat dihidu dalam radius sehingga 20 meter.
Source:
Kosmo
+1 artikel Cendawan Busut, Selamat Dimakan Atau Beracun? →
Pokok Betik
Posted by Rafhan on Wednesday, 12 January 2011
Nama botani Carica papaya L.
Famili Caricaceae
Habitat dan Taburan
Betik berasal dari Amerika Tengah tetapi kini telah tersebar hampir kesemua kawasan tropika dan subtropika. Di Semenanjung Malaysia, betik ditanam di sekitar rumah dan juga ditahap komersil.
Ciri Morfologi
Pokok betik jenis herba dikotiledon, tingginya hanya 8-10 m. Dari segi pembiakan terdapat tiga jenis pokok betik, iaitu pokok betina yang mengeluarkan bunga betina, pokok jantan yang mengeluarkan hanya bunga jantan dan pokok hermafro-dit yang mempunyai bunga hermafrodit dan bunga jantan. Bunga jantan pada pokok jantan terdapat pada jambak yang
bertangkai panjang biasanya tidak mem-bentuk buah. Bunga betina terdapat tung ngal atau pada jambak sima mengandungi 2-3 kuntum bunga. Buah betik ia\ah jenis beri lembut dan bernabu, berbentuk bulat, bujur panjang atau seperti buah pir.
Khasiat/Kegunaan
Makanan
Buah betik yang masak manis rasanya dan dimakan segar. Buah ini boleh juga dibuat jus. Kandungan vitamin A dan C pada buah betik adalah tinggi. Buah yang matang boleh dibuat gulai lemak setelah dicelur terlebih dahulu, dimasak tumis air, Ian masak taucu bersama ikan bilis. Buah matang atau mengkal boleh dibuat halwa, dan jeruk. Betik juga digunakan dalam pembuatan sos cili betik yang kian popular masa kini. Pucuk betik yang direbus bersama pucuk jambu batu untuk menghilangkan sedikit rasa pahit, boleh dimakan dengan sambal belacan dan sambal tumis. Rasanya pahit sedikit tetapi menyelerakan. Bunga jantan dicelur, dibuat kerabu dan dimakan dengan nasi.
Perubatan
Betik digunakan untuk mengubat penyakit ulser dan dipteria. Buah betik yang masak juga boleh mengelakkan daripada penyakit sembelit.
Kegunaan Lain
Betik digunakan dalam pengeluaran papain, iaitu enzim proteolitik untuk melembutkan daging. Pucuk betik rasanya agak pahit tetapi sedap dibuat kerabu atau urap. Betik mengkal atau muda sedap digoreng taucu, dimasak lemak atau sayur bening.
source:
Rukayah Aman
Ulam dan Sayuran Tempatan Semenanjung Malaysia
DBP 2002
+1 artikel Pokok Betik →
Khasiat Pokok Mengkudu Dalam Perubatan
Posted by Rafhan on Monday, 10 January 2011
Nama biasa Mengkudu, mengkudu besar
Nama botani Morinda citrifolia L.
Famili Rubiaceae
Habitat dan Taburan
Pokok mengkudu berasal dari pulau-pulau Pasifik. Kini mengkudu boleh didapati di Asia Tenggara dan Australia. Di Malaysia, pokok ini hidup liar tetapi kadang-kadang ditanam di sekitar rumah untuk kegunaan harian.
Ciri Morfologi
Pokok mengkudu bersaiz kecil, tingginya mencapai 8 m dan sentiasa menghijau. Daunnya besar, berwarna hijau tua dan berkilat. Bentuk daun bujur panjang atau clips. Bunga kecil dan berwarna putih, terdapat pada jambak tongkol. Petalnya mengandungi 5-7, berwarna putih. Buahnya terbentuk daripada jambak kepala yang berkembang menjadi buah majmuk. Setiap kuntum bunga meninggalkan bekas tigma yang nyata seakan-akan mata pada ubi kentang. Buah yang matang panjangnya kira-kira 6-8 cm, berwarna hijau kekuningan. Setiap anak buah mengandungi biji kecil yang berbentuk hampir bulat. Biji-biji ini berwarna perang dan tertanam di dalam isi.
Khasiat/Kegunaan
Makanan
Pucuk yang muda dan lembut sedap dibuat ulam. Di negeri Sarawak, pucuk muda dimasak sebagai sayur bercampur dengan sayur lain atau dicelur dan dibuat kerabu. Daun mengkudu yang matang dibuat sebagai pembalut ikan. Buah yang masak boleh dimakan segar bersama sambal belacan atau dimasak.
Perubatan
Pokok mengkudu kadang-kadang ditanam untuk pengeluaran bahan pewarna yang diabstrak daripada beberapa bahagian tumbuhan ini. Di negara India dan Indonesia, pokok ini ditanam untuk industri batik dan tekstil. Buah yang masak dimakan untuk membersihkan darah wanita selepas bersalin dan dipercayai dapat mengawal penyakit kencing manis. Isi buah mengkudu boleh digunakan untuk mencuci rambut. Daun-daunnya yang matang, dilayur dan didemah pada dada dan perut bayi yang baru lahir untuk mengelakkan dan menyembuhkan kembung perut. Buah yang segar pahit rasanya tetapi mengandungi kalsium, vitamin A dan C, baik dimakan mentah sebagai ubat bagi ibu-ibu selepas bersalin.
source:
Rukayah Aman
Ulam dan Sayuran Tempatan Semenanjung Malaysia
DBP 2002
+1 artikel Khasiat Pokok Mengkudu Dalam Perubatan →