Penyebab Penyakit Asma

Posted by Rafhan on Sunday, 3 January 2016


Asma adalah penyakit kronik yang paling biasa di kalangan kanak- kanak. Tetapi ia boleh dikawal dengan pencegahan dan rawatan pelan yang berbeza mengikut gejala individu .

Antara Penyebab Asma adalah:

1. Alahan Kepada Udara
Walaupun orang normal tidak alah kepada barang-barang ini, mereka boleh mengganggu saluran pernafasan penyakit asma yang sensitif. Antara alahan kepada udara adalah alahan kepada asap rokok, habuk, bau minyak wangi, bau petrol dan sebagainya.

2. Faktor cuaca
Faktor cuaca juga menjadi penyebab kepada penyakit asma bertambah kronik. Sebagai contoh perubahan cuaca yang mendadak/ tiba-tiba, cuaca sejuk.

3. Emosi berlebihan yang tidak dikawal.
Contoh: kemarahan, ketakutan, kegembiraan, ketawa & menjerit

4. Ubat-ubatan. 
Sesetengah ubat juga boleh mencetuskan asma.  
Jika anda sensitif kepada aspirin dan NSAID (nonsteroidal ubat anti -radang) 
Jika anda mengambil ubat-ubatan yang dikenali sebagai penghalang beta - Ubat ini juga boleh membuat asma sukar untuk dikawal.

5. Kitaran Haid Wanita.
Antara penyebab lain asma adalah perubahan dalam kitaran haid wanita.

Khasiat Susu Ibu Antara Yang Terbaik Didunia!

Posted by Rafhan on Wednesday, 21 October 2015


Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi
1. Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
2. Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
3. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
4. Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
5. Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
6. Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
7. Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
6. Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
7. Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
8. Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
9. Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Selain kebaikan untuk bayi, penyusuan susu ibu (Breastfeeding) memberi banyak kebaikan kepada si ibu, antaranya:
1. Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
2. Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
3. Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
4. Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
source :KKM

MINYAK HERBA ASMA MUJARAB - PENAWAR ASMA & LELAH PALING BERKESAN

Posted by Rafhan on Sunday, 18 October 2015

penawar asma murah, ubat asma mujarab, minyak herba asma


Anda menghidap masalah Asma? Kini penawar semulajadi untuk penyakit ini telah ditemui. Produk ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Diperbuat 100% dari bahan semulajadi seperti Minyak Zaitun, Minyak Kelapa Dara, Habatussauda dan herba terpilih. Kosnya tinggi sedikit, tidak seperti minyak biasa. Hanya perlu disapu sekerap yang boleh sehingga sembuh.Berikut adalah beberapa testimoni pengguna.



~TESTIMONI 1~

Saya ingin kongsikan cerita semasa anak saya berumur 2 tahun mengalami batuk dan lelah yang kuat sehingga terpaksa sedut dengan mesin Nebulizer seminggu sekali di hospital.
Doktor membuat rawatan sedut lendir, nebulizer, ubat-ubatan dan lain-lain. Selepas itu, kesihatannya alhamdulillah sihat. Namun, bila umurnya 3 tahun lebih, anak saya diserang batuk dan seterusnya muntah beberapa kali. Bila di bawa ke klinik, doktor beritahu ianya lendir dan batuk biasa.
Doktor terus-menerus memberikan nebulizer kerana katanya bahaya bila semput. Oksigen boleh terhenti ke otak. Dari saat itu baru saya sedar yang anak saya ada semput.
Kebetulan pada hari saya bawa anak saya untuk sedut di hospital, ada seorang nurse simpati sangat melihat anak saya. Dia pun ceritakan pengalaman anak dia pun pernah mengalami situasi yang sama.
Dia suruh saya cuba ubat kampung. Dia hadiahkan pada saya satu botol minyak kampung tradisional, mana tahu minyak ini sesuai dengan anak awak, katanya. Sebab sebelum ini anak dia pun pakai minyak ini. Alhamdulillah dah tak semput lagi.
Tanpa fikir panjang sebab terlalu risau dengan kesihatan anak saya. Saya ambil dan ucapkan ribuan terima kasih kepada Nurse itu.
Dipendekkan cerita dalam masa seminggu secara istiqamah saya pakai pada anak saya, setiap kali lepas mandi. Pakai di dada, leher, tengkok, belakang dan tapak kaki. Alhamdulillah lelah anak saya semakin berkurang.
Dari seminggu sekali anak saya datang lelah, kini beransur ke sebulan sekali dan kini Alhamdulillah sudah semakin pulih sepenuhnya, dan tak perlu lagi ke hospital untuk sedut gas dengan mesin Nebulizer. Syukur sangat-sangat kepada Allah kerana minyak ini sesuai dengan anak saya.
Jika anak-anak kita batuk, sapu saja minyak akar kayu ini di atas tengkuk. Insya Allah baik… Semuanya dengan izin Allah samada minyak ini sesuai atau tidak dengan anak-anak kita.
Alhamdulillah anak saya sudah baik sepenuhnya dari batuk dan lelah (asma) yang teruk. Yang penting kita sebagai ibu bapa jangan putus berusaha berdoa dan ikhtiar untuk pastikan anak-anak kita sihat sejahtera.

Masa anak pertama saya kena lelah dulu memang tak sanggup nak tengok, muntah-muntah hinggakan terpaksa letak mangkuk di tempat tidurnya.
Apa-pun saya nak ucapkan jutaan terima kasih Nurse itu sebab kenalkan saya minyak tradisional ini. Sekarang minyak ini wajib ada dalam rumah saya. paling tidak pun 10 botol utk semua anak-anak. Kerana minyak ini sesuai untuk bayi baru lahir hingga ke peringkat dewasa.
P/S: Minyak Akar Kayu Lelah Atau Asma Ini Dijamin Halal Dan Selamat. Kerana Ianya Diproses Oleh Seorang Pakcik Di Kampung Yang Sentiasa Mengamalkan Perubatan Tradisional Asli.

~TESTIMONI 2~



~TESTIMONI 3~



Produk ini juga sesuai untuk batuk, selsema, luka dan gatal kulit. Mesti dimiliki oleh setiap keluarga. Cubalah sebotol dan rasailah perbezaannya.



“Tiap-tiap penyakit itu (ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah”

(Riwayat Muslim dan Ahmad)

Penawar Asma Mujarab
-Harga sebotol RM39
-Poslaju ke Semenanjung RM6
-Poslaju ke Sabah & Sarawak RM10

Jika berminat untuk dapatkan minyak ini boleh pm atau whatsapp saya @ 0125586734 (RAFHAN) sekarang.

Cara Buat E-Filing LHDN

Posted by Rafhan on Wednesday, 15 April 2015

GST, Cukai

Salam, korang pernah bayar cukai pada LHDN? Tahukah anda, mulai tahun 2013, setiap warganegara Malaysia yang berpendapatan tahunan RM 30667 dan ke atas (Selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Terdapat dua cara untuk anda boleh declare pendapatan anda pada lembaga hasil dalam negeri.  Cara pertama adalah menggunakan sistem Online atau lebih dikenali sebagai E-Filing dan cara ke-dua adalah menggunakan manual (pergi terus ke pejabat lembaga hasil dalam negeri yang berdekatan). So pada kali ini, aku nak cerita cara online lah. Untuk pengguna yang baru kali pertama mendaftar untuk menggunakan sistem online, anda perlu mendapatkan nombor pin E-Filing terlebih dahulu di Pejabat LHDN berhampiran. Untuk memudahkan urusan ini, anda dinasihatkan membawa EA Form sebagai rujukan. (EA Form, adalah penyata gaji pekerja swasta yang anda boleh ambil dari majikan anda). Ok, semalam baru pergi ambil No Pin di LHDN Jalan Reko, Kajang. Dia akan bagi satu slip no pin beserta arahan untuk daftar E-FIling LHDN.

  

Langkah untuk mendaftar E-filing adalah seperti berikut;

1. Pergi ke laman web rasmi LHDNM http://www.hasil.gov.my
2. Login kali pertama. Masukkan No. Pin dan No. Rujukan untuk mendaftar sijil digital.
3. Klik Log Masuk. Masukkan No. Rujukan dan kata laluan.
4. Klik pada perkhidmatan untuk memilih perkhidmatan ezHasil yang ingin digunakan.
5. Sekiranya ingin membuat e-filing. Sila ikuti langkah 2 berikut.
    - Klik E-Filing. Seterusnya klik e-borang. Pilih borang yang dikehendaki.
    - Pilih tahun taksiran dan klik teruskan
    - Isi borang dengan lengkap dan klik tandatangan dan hantar. Pengesahan & penerimaan        akan  dipaparkan. Sila cetak ataupun simpan pengesahan tersebut.


Untuk pengetahuan anda, resit yang boleh digunakan untuk pengecualian cukai adalah resit zakat, resit pembelian peralatan sukan, resit pembelian laptop dan lain2 lagi (boleh google sendiri). Anda mestilah menyimpan resit tersebut selama tujuh tahun. Ini memudahkan jika berlaku audit individu yang dilakukan oleh LHDN (Kebiasaannya Audit akan berlaku jika terdapat abnormality pada declare pendapatan dan claim PCB). 

Nasihat aku eloklah declare pendapatan anda kerana anda berpotensi untuk dikenakan penalti jika majikan anda tidak mebuat pemotongan PCB (boleh rujuk dengan majikan).

Sekian saja untuk kali ini. Harap dapat membantu untuk pembayar cukai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...