Bantuan RM500 Untuk Setiap Isi Rumah : Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Posted by Rafhan on Thursday, 8 December 2011


KUALA LUMPUR 7 Dis. - Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

"Ini merangkumi individu berkahwin; ibu atau bapa tunggal mempunyai tanggungan; bujang mempunyai tanggungan; dan warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara," kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setiap anak berkahwin berpendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah tetapi tinggal serumah dengan ibu bapa, dikira sebagai satu isi rumah berlainan. "Pendapatan kasar isi rumah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang," katanya dan menekankan 'hanya ketua isi rumah layak untuk memohon'.

Kementerian Kewangan telah membuka Bilik Gerakan untuk operasi Talian Hotline BR1M 1-800-222-500 bermula hari ini bagi memudahkan orang ramai mendapat penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan BR1M. Talian Hotline ini beroperasi setiap hari bekerja, mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang. Kementerian itu juga mengingatkan bahawa pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Disember ini hingga 10 Januari 2012. 

Borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta akhbar. Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM.

Katanya, permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012.

- BERNAMA, myAdha

Epal, Perempuan, Doktor dan Jurutera

Posted by Rafhan on Tuesday, 6 December 2011

Jika Kekasih anda dirampas oleh seorang doktor, pastikan anda memberi sebiji epal kepada kekasih anda setiap hari, kerana ......

~
~
~
~

~
~
~

Harga Air Kosong RM0.80 di Restoran

Posted by Rafhan on Monday, 5 December 2011

Hai, macam-macam la Malaysia ni. Mungkin ni la harga yang perlu dibayar untuk untuk sebuah kemajuan. Baru je terbaca kat paper Berita Harian Online yang ade pengusaha restoran yang mengenakan caj sebanyak  80 sen untuk segelas air kosong.


Aku rase isu ni dah lama ade, cuma baru nak dibangkitkan di surat khabar perdana. Aku selalu je kene caj air kosong/suam  kat restoran mamak, harga 50 sen. Sebenarnya tujuan utama aku order air suam bukanlah untuk berjimat. Tetapi tujuan utama aku adalah untuk menjaga kesihatan. Sebab berdasarkan pembacaan aku di buku-buku dan internet, amalan minum air suam dapat mencegah penyakit atritis gout dan dapat menjaga kesihatan buah pinggang. Lagipun aku memang da biasa minum air kosong. Kat rumah pun minum air kosong jugak.

Tapi pada pendapat aku kalau dah harga air kosong sampai 80 sen tu agak melampau lah. Bukannya pelanggan just minum air kosong jer kat situ. mesti ada order makanan sekali. Apa salahnya bagi free je air kosong tu. Bukannya rugi mana pun. Standard paling kedekut pun orang caj 20 sen je untuk air suam.

Oklah, kalau kita bising-bising kat kedai makan pun x guna jugak. Apa kata kalau kita cari jalan penyelesaian untuk masalah ni.  kita buat camni....

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?



Bawa je botol air pergi kedai makan. Ha kan senang. Tak yah nak gadoh-gadoh dengan mamak lagi. Tapi pastikan korang beli botol air yang bebas toksik (BPA Free). Ok lah.. babai...

Selamat Pengantin Baru & Wanita Idaman

Posted by Rafhan

Orang kata, semakin umur meningkat maka semakin besarlah tanggungjawab yang harus di pikul. Begitulah yang aku rasa bila nampak ramai kawan-kawan di sekeliling aku yang melangsungkan perkahwinan pada bulan ni (yelah, sekarangkan musim cuti sekolah, memangler ramai orang kawen).

Ada seorang kawan tanye kat aku, " Raf, kau ni dah tua la.. Bila nak kawen?"  
"Bukan aku x nak kawen, tapi tunggulah aku habis belajar dulu ", Jawabku bersahaja.

Kadang-kadang soalan macam tu, buat aku jadi takut. Teruk sangat ke aku ni dalam merancang hidup? Member-member sekeliling aku semua dah ada kerjaya masing2 dan ade keluarga. Tapi aku masih bergelut nak habiskan degree aku ni. 

Tapi bila aku fikir-fikir balik setiap orang ada jalan hidup masing2. Aku manusia biasa hanya mampu merancang dan harus bersyukur dengan apa yang aku ada. Mungkin lepas ni, bila aku jumpa dengan wanita idaman aku, aku kawen la.. Ergh... wanita idaman? kau nak perempuan yang macam mana raf?


Seksi macam rita rudaini? Pergh.. tinggi gila taste ko... Agak-agak la sikit...


Nak yang bertudung litup macam tiz zaqyah dalam criter Nur kasih ke? Ini pun high taste jugak ni... patut ler xde GF sampai sekarang yer. Memilih sangat.....

Sebenarnya aku x kisah sangat soal subjektif. Yang penting wanita idaman aku tu boleh teman kan aku ketika aku susah dan senang dan setia temankan aku hingga ke hari tua

Ergh setia macam gambar  kat bawah ni...bahagia sungguh..... :)


Kepada kawan-kawan aku  yang baru melangsungkan perkahwinan, selamat pengantin baru dan semoga perkahwinan bahagia hingga ke akhir hayat. Insyaallah... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...