Teks Ucapan Pengacara Majlis Perkahwinan Dan Persandingan

Posted by Rafhan on Saturday, 17 September 2011



Berikut merupakan contoh teks ucapan pengacara majlis perkahwinan yang dipetik dari blog anarqiyellow

TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PERKAHWINAN MOHD FIRDAUS AZMAN & NOR KHALIDA MAKMOR
DI DEWAN SERI MELATI, PRESINT 3, PUTRAJAYA.
6 FEBRUARI 2010

PENGERUSI MAJLIS : MUHAMAD KHAIRUL ANWAR BIN MAT AZIDIN



Sirih junjung berhias indah,
Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.

(KOMPANG DIMAINKAN) – 8 Minit

Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke dalam dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; 
Mohd Firdaus Bin Azman dan Nor Khalida Binti Makmor.

(SELAWAT – AF Ustaz Ahmed Nashrul Bin Khalip) – 3 Minit

(Pengantin akan berjalan menuju ke pelamin)

Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis

BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.

Allah swt berfirman di dalam surah Al-Rum ayat 21:
Maksudnya

Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan - keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.



Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli

Di malam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati __________________________________________________________ selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai; Mohd Firdaus Bin Azman dan Nor Khalida Binti Makmor, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, bekas-bekas guru, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

Saya, Muhamad Khairul Anwar Bin Mat Azidin, pengerusi majlis pada hari yang berbahagia ini, mengucapkan Selamat datang ke :

Majlis Perkahwinan Mohd Firdaus Bin Azman dan Nor Khalida Binti Makmor.

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Burung Nuri hinggap di balai
Balai seri buatan Pak Tua (nada rendah ke tinggi)
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh AF Ustaz Ahmed Nashrul Bin Khalip. 

Dipersilakan.

(BACAAN DOA – 5MINIT)

Terima kasih diucapkan kepada AF Ustaz Ahmed Nashrul Bin Khalip di atas bacaan doa sebentar tadi.

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan ketika sama-sama menuntut di Kolej IKRAM, Bangi. Selangor Darul Ehsan. Perkenalan yang tidak disengajakan itu, akhirnya memutikkan rasa cinta di dalam hati kedua-dua pasangan ini.

Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, mereka mengikat tali pertunangan pada _________________. Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia ini.

Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis menepung tawar dan merenjis air mawar.

(GAMELAN DIMAINKAN)

Dengan itu, saya menjemput :
(Nama dan gelaran dalam keluarga)

Yang pertama –

Seterusnya –

3 –

4 –

5 –

6 –

7 –

8 –

9 –

10 –

Demikianlah tadi, acara menepung tawar dan merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di singgahsana.

Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan. 

(PENGANTIN BERJALAN DARI PELAMIN KE MEJA)
PENGANTIN DUDUK

Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan


Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.

SELANG MASA 30 SAAT

Bagi mengisi ruang dan waktu ketika ini, marilah kita sama – sama menonton persembahan layar yang telah disediakan.

SLIDESHOW DITAYANGKAN
10 MINIT
SLIDESHOW TAMAT

Demikianlah tadi, persembahan layar yang memuatkan gambar – gambar pasangan mempelai yang kita raikan ini dari zaman kanak – kanak sehinggalah mereka dewasa dan seterusnya menjadi suami dan isteri.


Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan pengantin lelaki, Mohd Firdaus Bin Azman dengan diiringi oleh pengantin perempuan, Nor Khalida Binti Makmor untuk ke pentas bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

PENGANTIN BERUCAP
5MINIT

Terima kasih diucapkan kepada pengantin lelaki, Mohd Firdaus Bin Azman, yang turut mewakili pengantin perempuan, Nor Khalida Binti Makmor, di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Untuk ke acara seterusnya, Majlis dengan ini menjemput kedua – dua mempelai untuk acara memotong kek. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

PENGANTIN MEMOTONG KEK
(15MINIT)


Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Tanam laguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.


Teks ini diubahsuai oleh : Muhamad Khairul Anwar Bin Mat Azidin

Pesta Seks, Beromen Dan Dadah Di Alor Gajah

Posted by Rafhan


ALOR GAJAH: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dari Selangor serta negeri ini antara 87 ditahan ketika menyertai parti liar membabitkan pengambilan dadah di sebuah banglo dua tingkat di sebuah resort di sini, yang disewa kononnya bagi meraikan sambutan Hari Malaysia, malam kelmarin. Difahamkan ketika pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Cif Inspektor Mohd Hisham A Rahman menyerbu banglo terbabit kira-kira jam 2.30 pagi, ramai peserta pesta itu berhibur dalam keadaan khayal.


Menurut sumber, dalam serbuan itu, polis menahan 87 orang termasuk 17 perempuan dan sebahagian daripada mereka pelajar IPT awam dan swasta berusia 18 hingga 35 tahun. Katanya, ketika serbuan, ada antara mereka berada di kawasan kolam renang dan ruang tamu, manakala sebahagian lagi dalam tiga bilik di tingkat atas dan lebih mengejutkan ada peserta tidur berpelukan tanpa menyedari kehadiran polis.



Penyertaan untuk pesta ‘private party’ itu dikatakan percuma, tetapi jemputan melalui laman sosial, facebook dan SMS daripada kenalan masing-masing. Malah, ada antara peserta tidak mengenali antara satu sama lain. Harian Metro difahamkan, banglo itu turut dilengkapi sistem audio yang dikendalikan seorang DJ yang dipercayai kenalan kepada penganjur pesta berusia 30-an bagi menghiburkan pengunjung mulai jam 10 malam. Menurut sumber itu, beberapa peserta yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri, namun gagal kerana banglo terbabit dikepung.



“Polis merampas dadah jenis syabu dan ganja dipercayai digunakan peserta,” katanya di sini, semalam. Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke balai polis berdekatan untuk menjalani ujian air kencing dan hasilnya 15 suspek didapati positif dadah. Seramai 19 suspek termasuk tujuh wanita ditahan kerana memiliki dadah manakala selebihnya dibebaskan tanpa syarat.



Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman yang dihubungi mengesahkan tangkapan itu. Difahamkan, turut ditahan dalam serbuan itu ialah seorang wanita yang sudah bertunang didapati memiliki dadah, manakala tunangnya dibebaskan tanpa syarat. Kebanyakan pelajar yang menyertai parti berkenaan berasal dari Johor, Kuala Lumpur, Perlis serta Terengganu dan mereka terdiri daripada pelajar IPT, mekanik, penganggur dan jurujual.



Difahamkan, ketika siasatan awal, peserta parti itu cuba menyembunyikan identiti penganjur yang didakwa berada di Ipoh, Perak. Malah, serbuan dianggotai empat pegawai dan 14 anggota JSJN IPK negeri itu dilakukan selepas mendapat maklumat risikan sejak awal Jun lalu dan penganjur didapati menggunakan facebook untuk menjemput peserta. Tinjauan Harian Metro di banglo terbabit mendapati ia dipenuhi botol minuman keras selain penemuan kondom di luar pekarangan banglo itu.

source: hmetro

Biodata Safee Sali

Posted by Rafhan on Friday, 16 September 2011




Biodata Mohd Safee Sali ( Penyerang Antarabangsa Malaysia)
  • NamaPenuh: Mohd Safee Mohd Sali
  • Posisi: Penyerang 
  • Tarikh Lahir: 29January 1984
  • Tempat Lahir: Kajang, Selangor Darul Ehsan
  • Status: Berkahwin dan mempunyai 2 orang anak yang comel
  • Kelab Sekarang: Pelita Jaya FC,Indonesia.
  • Kelab Sebelum ini: Selangor,Sarawak ,Melaka TMFC, Kuala Lumpur.
  • Caps Antarabangsa: AFC Cup 2007,World Cup Qualifying 2007,Merdeka Cup 2007,SEA Games 2007
Biodata Penuh
Mohd Safee Mohd Sali (dilahirkan pada 29 Januari, 1984 di Selangor , Malaysia ) adalah seorang pemain bola sepak Malaysia yang Penyerang untuk PPK Jaya. Safee juga mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa. Safee yang sebelum ini bermain untuk TMFC Melaka, Kuala Lumpur FA, Sarawak FA Selangor FA. Safee kini merupakan pemain bola sepak Malaysia yang pertama bermain di Indonesia Super League dengan PPK Jaya.
Kerjaya dalam Kelab
Kuala Lumpur FA
Safee telah dibawa ke Kuala Lumpur oleh Igor Novak . Bakat Safee dikesan Igor dan membawanya ke Kuala Lumpur. Dia menjaringkan gol hatrik pertamanya bersama pasukan Kuala Lumpur dalam Liga Perdana II Malaysia ketika perlawanan menentang Perak TKN , yang berakhir dengan kemenangan mudah 6-2. Dia menjaringkan 11 gol dalam musim pertamanya untuk menjadi penjaring gol kedua terbanyak liga tempatan di belakang Azman Adnan. Sepanjang musim 2004, dia hanya berjaya menjaringkan 2 gol dalam liga. Dalam musim lalu dengan Kuala Lumpur, beliau menjaringkan 7 gol dalam liga, 3 gol dalam Piala Malaysia FA tahun 2005, yang turut membawa Kuala Lumpur FA ke separuh akhir, dan 1 gol dalam Piala Malaysia tahun 2005.
Melaka TMFC
Safee memakai jersi TMFC dalam 2003 Piala Malaysia kerana Kuala Lumpur gagal untuk melayakkan diri untuk pertandingan cawan. Beliau menjaringkan satu gol dalam pertandingan menentang Sarawak dalam perlawanan kumpulan terakhir mereka. Dia kembali ke Kuala Lumpur berikutan kegagalan TMFC untuk layak ke suku akhir.
Sarawak FA
Beliau kemudian menyertai Sarawak FA di Malaysia Timur . Beliau menjadi penjaring gol terbanyak tempatan dengan 10 gol. Persembahannya menarik perhatian peminat dan jurulatih kebangsaan. Kebolehan beliau selalu dibandingkan dengan Allahyarham Mokhtar Dahari. Pada akhir musim ini, beliau menjaringkan sejumlah 19 gol dalam semua pertandingan, menjadikan dia penjaring terbanyak untuk Sarawak pada musim 2005/06. Beliau kemudian menyertai pasukan kampung halamannya iaitu Selangor FA yang dia sentiasa mahu bermain sejak beliau memulakan kerjaya.
Selangor FA
Safee menyertai Selangor FA untuk musim 2006/07. Dia telah diberikan nombor 10 jersi yang pernah dipakai oleh legenda Selangor FA dan pemain pasukan kebangsaan Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari. Dengan Selangor, Safee membantu pasukan mencapai kedua-dua Piala FA dan perlawanan akhir Piala Malaysia. Bagaimanapun, Selangor tewas kepada Kedah FA dalam kedua-dua perlawanan akhir dengan skor yang sama 3-2 . Dia menjaringkan sejumlah 11 gol pada musim pertamanya dengan Selangor.
Semasa 2008 Piala Sultan Selangor, Safee menjaringkan gol yang luar biasa berbanding pasukan pilihan Singapura. Pada musim kedua dengan Selangor, dia menjaringkan 11 gol dalam 10 perlawanan yang menakjubkan, tetapi dia mengalami kecederaan yang membuat dia terlepas separuh musim bagi tahun 2007 / 08. Walaupun mempunyai prestasi yang lemah dalam musim 2009, dia kembali untuk menjadi penjaring kedua tertinggi pada musim 2010. Beliau juga menjaringkan gol kemenangan Selangor dalam kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan FA pada Perisai Amal Malaysia 2010.
Selepas AFF Suzuki Cup 2010 dan prestasi yang luar biasa di peringkat awal dalam Liga Super Malaysia musim 2011 , Safee bersetuju untuk menyertai dengan pasukan Liga Super Indonesia, Pelita Jaya untuk mendapatkan lebih banyak pengalaman. Permainan terakhir Safee dengan Selangor seri 1-1 menentang Kuala Lumpur FA. Ini permainan Safee permainan terakhir sebelum berlepas ke Karawang , Indonesia untuk menyertai dengan PPK Jaya
Pada 5 Februari 2011, Safee rasmi dipindahkan ke pasukan Liga Super Indonesia , Pelita Jaya yuran pemindahan USD 30.000 dan gajinya mencapai US $ 10,000 atau RM 30360. Safee juga mendapat kondo dan pemandu daripada pengurus. Safee menandatangani kontrak 1 tahun dengan Pelita Jaya. Pemindahan ini menjadikan Safee pemain Malaysia pertama yang bermain di Liga Super Indonesia. Safee pada asalnya diberi nombor 10 baju, tetapi selepas masalah pendaftaran, beliau memilih untuk mempunyai nombor 55 bukannya nombor asalnya. Safee membuat kemunculan sulung secara tidak rasmi menentang kelab amatur, Ragunan FC berkesudahan menang 6-0, dimana Safee menjaringkan dua gol serta dua kali percubaan. Safee membuat persembahan sulungnya dalam Liga ketika melawan Sriwijaya FC. Perlawanan berakhir dengan kemenangan 1-0 yang Safee menjaringkan gol untuk memberi kemenangan pertama Pelita Jaya dalam 5 perlawanan. Safee juga menjadi “man of the macth” perlawanan. Safee Sali kembali membuat jaringan dua gol bersih ketika Pelita Jaya mengalahkan Senat FC 2-1. Dalam perlawanan seterusnya, Safee menyempurnakan sepakan gunting yang menakjubkan dalam kemenangan 2-0 ke atas Persijap Jepara itu menambah catatan empat gol. Indonesia Super League Season 2010-11 berakhir dengan PPK Jaya di tempat ke-12, mengelak zon penyingkiran. Secara keseluruhan, Safee menyumbat 7 gol dalam 13 penampilan di musim pertamanya.
Karakter
Safee memakai jersey legenda No. 10 yang pernah dipakai oleh legenda Selangor FA dan pasukan kebangsaan Malaysia pemain, Allahyarham Mokhtar Dahari . Beliau adalah ahli pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Gaya permainan agresifnya, yang digabungkan dengan kelajuan langkah yang hebat, susuk tubuh yang besar walaupun ketinggian 172 cm dan teknik rembatan baru-baru ini menjadikan beliau salah seorang anggota kumpulan pertama untuk pasukan kebangsaan. Sebagai salah satu pemain dengan bakat terbaik Malaysia, Safee turut menyumbang gol yang menakjubkan dengan sepakan jauh dan tendangan gunting bagi kedua-dua pasukan kebangsaan dan Selangor FA.
source: biodata

Goal Safee Sali di Cardiff City

Posted by Rafhan on Thursday, 15 September 2011


Penyerang sensasi negara, Safee Sali mempamerkan taringnya apabila meledak gol sulung pada hari pertama sesi latihan bersama Cardiff City di pusat latihan kelab tersebut, kelmarin. Jaringan sulung Safee pada perlawanan lima sebelah itu begitu menarik apabila dia mengelecek pemain pertahanan skuad bimbingan Malky Mackay.

Ia merupakan perkembangan terbaru Safee yang disampaikan oleh pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim yang bangga dengan pencapaian Safee pada hari pertama bersama kelab divisyen dua England itu. "Sebelum meledak jaringan tersebut, Safee mempamerkan kehandalannya apabila mengelecek seorang pemain pertahanan skuad Bluebirds. "Selepas menjaringkan gol, Safee dijatuhkan oleh pemain yang berjaya dilepasinya sebelum itu namun Safee tidak mengalami apa-apa masalah. "Ia perkembangan yang amat baik kerana Safee tiba hari Isnin lalu dan terus menjalani latihan pada pukul 9 pagi semalam (waktu tempatan)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Tambah Zakaria, Safee mula menyertai sesi latihan kelab itu di Stadium Cardiff City buat kali pertama selepas berlatih di pusat latihan kelab itu Selasa lalu. "Safee menunjukkan keserasian dengan pemain dan hubungan dengan rakan sepasukan yang lain amat baik. "Jurulatih tidak menganggap Safee sebagai orang asing semasa latihan serta memberikan layanan yang sama seperti mana pemain lain," katanya.

Menurutnya, Safee tidak mengalami masalah seperti tempat penginapan yang hanya lima minit berjalan kaki ke pusat latihan Cardiff City. Sementara itu, mengenai laporan akhbar tempatan Wales yang menggelar Safee sebagai 'David Beckham Malaysia', Zakaria berkata: "Ia mampu menyuntik semangat Safee kerana ramai yang semakin mengenalinya. "Cabaran berlatih di sana amat bagus buat Safee kerana dia dapat bersama dengan pemain yang jauh lebih tinggi tahap keupayaannya, terutama apabila berlatih dengan penyerang Cardiff City," katanya.

source: utusanonline
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...