SIAM atau Thai? Bukankah ia membawa maksud serupa kerana kedua-duanya berasal daripada rumpun sama iaitu di negara jiran Thailand. Adakah masyarakat Siam di negara ini pendatang yang merantau masuk ke sini kerana pelbagai sebab, sama seperti beberapa etnik lain di Malaysia? Tidak ramai, malah mungkin tidak ada sebenarnya yang membahaskan isu ini dengan kebanyakannya mengambil jalan mudah menggelar masyarakat Siam di negara ini sebagai pendatang dari Thailand meskipun realitinya sangat berbeza.
Berapa kerat sangat masyarakat di negara ini yang merujuk kepada sejarah bagi mengkelaskan sesiapa sebagai anak tempatan atau pendatang sedangkan realitinya, masyarakat Siam di negara ini mungkin menjadi waris terawal menjejak kaki di bumi Malaysia, mungkin juga lebih lama daripada masyarakat Melayu sendiri.Tidak boleh dinafikan kebanyakan masyarakat di negara ini, termasuk Melayu sendiri adalah penghijrah dari negara tertentu. Malah, menurut Al Tarikh Salasilah Kedah 1928 menyebut, kerajaan Kedah sejak dulu adalah berasal dari darah keturunan Parsi dengan Sultan pertamanya digelar Maharaja Derbar Raja dan Maharaja Derbar Raja II iaitu pemerintah kesembilan ditukar kepada Sultan Mudzaffar Syah selepas memeluk Islam.