Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Resepi Pecel Lele Makanan Indonesia

Posted by Rafhan on Monday, 21 November 2011

Pecel lele (atau Pecek lele) di Indonesia adalah nama sebuah makanan yang terbuat dari ikan lele (Kalau kat Malaysia kita panggil ikan keli)  Biasanya yang dimaksud adalah ikan lele yang digoreng kering dengan minyak dan lalu disajikan dengan sambal tomat dan lalapan. Lalapan biasa terdiri dari kemangi, kubis, ketimun dan kacang panjang. Makanan ini sangat popular di Jakarta.
Pecel lele adalah sebuah makanan yang murah. Makanan ini sangat digemari di pulau Jawa sebagai alternatif masakan ayam, terutama ayam goreng.
Berikut merupakan cara membuar Pecel Lele yang diambil dari blog Jabatan Hospitaliti:
Bahan-bahan Pecel Lele ( 3 orang )
  • 4 ekor ikan keli - dibersihkan dan dicuci dengan air asam jawa terlebih dahulu dan digoreng / disalai
  • 15 tangkai cili padi - ditumbuk ( ikut suka pedasnya )
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 10 biji cekur (jika besarnya sebesar guli) - ditumbuk
  • 2 cawan air
  • 200ml pati santan
  • Air asam jawa - (ikut suka tahap masamnya)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Daun cekur - dihiris halus macam bunga rampai
Cara-cara 
  • Panaskan periuk beserta air dan bahan yg telah ditumbuk sehingga mendidih di atas api sederhana
  • Masukkan air asam jawa, santan dan daun cekur, kacau hingga sebati
  • Setelah mendidih masukkan ikan
  • Akhir sekali perasakan dengan gula dan garam kacau sehingga sederhana pekat kuahnya.
  • Sedia untuk di makan. Selamat mencuba!

Air Sarbat, Minuman Penyejuk Badan

Posted by Rafhan on Saturday, 20 August 2011


Pernahkan anda mendengar tentang air sarbat? Air sarbat atau jager thanta merupakan minuman tradisional masyarakat Pulau Pinang yang cukup popular terutamanya ketika bulan puasa. Malah air sarbat dikatakan minuman warisan sejak 80 tahun lalu yang diminum oleh masyarakat  India Muslim di Pulau Pinang. Air sarbat dipercayai dapat menyegarkan dan menyejukkan badan ketika berbuka puasa. Sebenarnya tak perlu ke Pulau Pinang untuk menikmati air ini kerana anda boleh menyediakannya sendiri di rumah. Bahan-bahannya pun mudah untuk didapati di kedai-kedai runcit.

Resepi Air Sarbat

Bahan-Bahan:

1) Air Sirap
2) biji selasih
3) getah anggur
4) Kembang Semangkuk
5)Isi Kelapa Muda (kalau tak suka jangan letak)
6) Kiub Ais

Selasih

Buah Kembang Semangkuk
Getah Anggur


Cara Penyedian Air Sarbat

Getah Anggur Selepas Direndam

Kembang Semangkuk Selepas Direndam

1) Pastikan Biji Selasih, Getah anggur dan Kembang Semangkuk  direndam sehingga kembang.
2) Masukkan  biji selasih, getah anggur dan isi kelapa muda ke dalam air sirap. kacau sehingga rata.
3) Masukan kiub ais.
4) Air Sarbat sedia untuk diminum

p/s: Buah Kembang Semangkuk dan Getah Anggur turut digunakan dalam perubatan tradisional bagi melegakan batuk dan panas badan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...