"Cikgu, macamana cara nak keluarkan air mani lelaki? tanya seorang kawan perempuan ku
kepada cikgu biologi ku "
Sampai ke hari ini, pertanyaan itu masih segar dalam
ingatan aku, walaupun peristiwa tu dah berlaku 10 tahun yang lepas sewaktu aku
di tingkatan 5 (biaserla, benda-benda lucah ni memang senang ingat).
Sebenarnya, pada hari itu terdapat satu topik yang dibincangkan di dalam kelas
biologi iaitu "Permanian Beradas"
Cikgu biologi aku ni perempuan sebenarnya. Pada waktu
tu dia ada la terangkan cara yang digunakan unuk mengatasi masalah kemandulan.
Salah satu cara adalah permanian beradas. Menurut cikgu, permanian beradas
merupakan kaedah dimana benih lelaki (sperma) dan benih perempuan (ovum) di
ambil dan diletakkan di dalam satu tempat khas untuk disenyawakan. Lepas je
penerangan tu, bermulalah satu sesi soal jawab yang sampai sekarang aku rasa x
terjawab oleh cikgu aku tu..
Pelajar Perempuan : Cikgu, Sperma tu ada
kat mana?
Cikgu Biologi: Ada dalam air mani
Pelajar Perempuan : Macamana nak ambil
sperma?
Cikgu Biologi: Ambil dalam air mani
Pelajar perempuan : Macamana cara nak
keluarkan air mani lelaki?
Cikgu Biologi : (Tersengeh seketika sambil memandang pelajar lelaki).
Hah, cuba tanya kat student lelaki, diorang mesti pernah buat.
Terus gamat satu kelas lepas cikgu aku jawab macam tu.
Ada kawan-kawan lelaki aku yang berbisik sesama sendiri kata "melancap-melancap". Ergh, aku pun konpius jugak
waktu tu, maklumlah umur baru setahun jagung waktu tu. Cikgu biologi aku pun
satu, jawab soalan student x sampai habis. Kan sampai ke tua anak murid jadi
konpius.
Baru-baru ini, aku ada baca satu artikel di internet
tentang Analisa Air Mani atau Seminal Analysis (SA) yang
ditulis oleh Dr. Adilah Ahmat dari Hospital Pantai Kuala Lumpur. (SA) adalah ujian yang dilakukan kepada pasangan yang
mengalami masalah kemandulan. Beliau menerangkan doktor tidak akan melakukan
sebarang sentuhan fizikal untuk mengeluarkan air mani lelaki, sebaliknya
pesakit akan diminta mengeluarkan air maninya sendiri melalui kaedah
masturbasi/melancap. Untuk yang tak biasa melakukan masturbasi, boleh dilakukan
dengan bantuan pasangan/isteri melalui kaedah hubungan seks (tapi cara ni agak
mahal sebab kena guna kondom khas). So, korang tak payah nak perasan yang akan ada nurse tolong korang keluarkan air mani yer !!! Untuk lebih detail, korang boleh pergi ke blog Dr Adilah Ahmat.
Fuh, barulah terungkai segala persoalan selama ni.
Pelik jugak bila fikir, bagaimana prosedur sampel air mani lelaki diambil untuk
ujian di hospital atau klinik. Hurm, btw pendidikan seks di sekolah ni ada pro dan
kontranya. Apa yang lebih penting jangan jadikan pendidikan seks sebagai
rujukan untuk melakukan hubungan seks luar nikah tanpa termengandung, tetapi
jadikan pendidikan seks untuk mendidik tentang bahayanya seks di luar nikah.
Ok.. Selamat beramal...