Showing posts with label penipuan bisnes. Show all posts
Showing posts with label penipuan bisnes. Show all posts

Anda Berpotensi Untuk Ditipu Oleh Bisnes MLM

Posted by Rafhan on Friday, 3 August 2012

Orang kita sukakan benda mudah, ekspress, pantas. Sampai dalam pemikiran pun, boleh kaya cepat tanpa perlu usaha yang keras dan berterusan. Bila tengok orang pakai kereta besar, rumah besar, bini besar, tetek besar, mulalah kagum tak tentu pasal.

Baru-baru ini aku telah dijemput ke area sekitar KLCC untuk diperkenalkan dengan satu perniagaan kosmetik. Antara produk yang dikatakan mendapat sambutan hangat adalah minyak aromaterapi. (Lebih kurang minyak lilin aromaterapi la, tapi guna minyak). Produk ini dikatakan sangat mendapat sambutan di negara Perancis. Diorang mulalah gebang aku, yang produk ni antara satu2nya produk yang boleh hapuskan bakteria di udara la, beri kesihatan la. Tapi diorang ingat senang ke nak kencing orang macam aku? Aku x lah sebodoh yang disangka (walaupun kadang2 rupa nampak blur). Sebenarnya alat untuk meneutralkan udara yang kotor telah lama wujud sejak lebih 10 tahun yang lalu. Diulangi, sejak 10 tahun yang dahulu. Alat ni menggunakan teknik ionizer dan dipanggil "air purifier". So, nak buat apa bazirkan duit beli minyak aromaterapi tu. Lebih baik beli air purifier yang boleh pakai sampai 5-6 tahun ni.

dchl penipu, dchl MLM penipu, lampe berger penipu
Air Purifier

Ok, aku sertakan serba sedikit bagaimana modus operandi kumpulan ini.

Modus Operandi:

1. pendekatan menggunakan best friend utk menarik minat kawan2 utk join mmg berkesan(kes jaga hati kawan) last2 merana badan.

2.  Anda akan "dijemput" menggunakan kereta oleh rakan anda untuk ke tempat yang grand seperti area berdekatan KLCC untuk mendengar bisnes plan. So dengan cara ini, anda tidak boleh pulang awal kerana anda "dijemput". Kalau nasib tak baik, anda akan dibrain wash oleh senior members sehingga pukul 3 pagi.

3. Anda tidak akan diajak bersama rakan2 anda, tetapi berseorangan untuk mendengar penerangan. So dengan cara ni, senang la korang nak kena sycho.

4. Sasaran utama kumpulan ini, adalah kepada pemegang ijazah yang masih menganggur, dan tercari-cari kerja yang sesuai.

5. Menggunakan pendekatan agama, untuk menghalalkan "perniagaan" yang mereka jalankan. Diorang ni memang no 1, bab keluarkan fatwa. Nabi pesan, 9/10 sumber rezki dari perniagaan la. memang la betul, tapi apa yang diorang buat ni bukan perniagaan tapi makan duit downline. Memang bahaya orang-orang yang bertopengkan agama ni. 

6. menunjuk-nunjuk kekayaan ahli, macam kereta besar, motor besar, pangkat besar. Itu jakun namanya sial. Bodoh... Mak bapak korang x ajar ek?

7. Menggunakan system francais. (sebenarnya sistem piramid tapi diberi nama francais untuk mengelirukan orang ramai). Sistem piramid tu terdiri dari baron, duke dan macam2, lagi la. Ikut stail perancis la kononnya.

8. Suka merendahkan profession orang lain, dan menganggap orang yang kerja makan gaji ni bodoh kerana bekerja untuk orang. (lebih baik jadi bodoh, dari jadi pandai tapi menipu duit downline)

9. Ramai orang akan terpukau dan terpedaya, kerana ahli perniagaan terdiri dari golongan proffesional dan pemegang ijazah . macam ada satu group cendiakawan. Ini cendiakawan taik kucing namanya.

10. Anda akan diminta melakukan pelaburan 2-3 ribu untuk mendapatkan status dalam sistem piramid mereka.

11. Produk mereka ni, hanya sebagai dummy. Nampak macam diorang ni berniagalah. Sebab aku rase nenek aku sendiri xkan beli produk ni.

Alhamdulillah, mujurlah aku belum terjebak dengan bisnes yang macam ni. Kita mungkin terselamat. Tetapi rakan-rakan kita di luar sana sangat berpotensi untuk ditipu oleh bisnes seperti ini. Sebarkanlah maklumat ini untuk menyelamatkan rakan2, dan ahli keluarga kita dari ditipu. 


Kepada yang menipu, segeralah bertaubat sementara pintu taubat masih terbuka. Tapi kalau nak bertaubat tu, kena la bayar dulu duit2 downline yang korang da kebas.