Ade jugak orang yang masuk blog aku ni untuk cari tutorial untuk download video lucah percuma. Jumpe ke bang, Setahu aku, aku tak pernah post lagi entry macam tu dalam tutorial. Klu setakat tutorial download lagu dan software tu adalah. Oklah, berikut aku share sikit info dan statistic tentang laman web lucah/pornografi yang dipetik dari blog Ustaz Noramin.
- Pengunjung pada setiap saat 28,258 orang.
- Setiap bulan pengunjung yang melayari web pornografi 72 juta orang.
- Jumlah keseluruhan sebanyak 4.2 juta.
Hasil jualan video pornografi AS$ 4.9 juta melalui laman web. Perniagaan pornografi sangat menguntungkan berbandingkan syarikat yang terkemuka di dunia seperti Microsoft, Google, Yahoo, Ebay, Amazon, Apple dan sebagainya. Ada sesetengah negara menjana pendapatan negaranya dengan mengunakan perkhidmatan laman web pornografi seperti :
- Cina menghasilkan keuntungan sebanyak AS$27.40 bilion setiap tahun.
- Korea Selatan menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 25.73 juta setiap tahun.
- Jepun menghasilkan keuntungan sebanyak AS$19.98 juta setiap tahun.
- Amerika Syarikat menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 13.33 juta setiap tahun.
- Australia menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 2.00 juta setiap tahun.
- Britain mengasilkan keuntungan sebanyak AS$ 1.97 juta setiap tahun.
Negara-negara yang paling banyak menghasilkan laman web pornografi ini ialah :
- Amerika Syarikat menghasilkan laman web pornografi sebanyak 244,661,900.
- Jerman menghasilkan laman web pornografi sebanyak 10,030,200.
- Britain menghasilkan laman web pornografi sebanyak 8,506,800.
- Australia menghasilkan laman web pornografi sebanyak 5,655,800.
- Jepun menghasilkan laman web pornografi sebanyak 2,700,800.
Ingatlah firman Allah yang bermaksud : “Jangan hampiri Zina”. Jauhkanlah diri kita dari menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat dibenci oleh Allah. Siksaan bagi orang yang berzina ini sangat berat dan dahsyat. Salurlah nafsu kepada orang yang paling berhak iaitu isteri yang sah dan binalah kebahagiaan bersamanya dengan pendekatan Islam, semoga rumah tangga yang didirikan mendapat “mawardah warahmah”