Showing posts with label libur. Show all posts
Showing posts with label libur. Show all posts

Suatu Petang Di Pantai Lagenda

Posted by Rafhan on Monday, 18 April 2011

Minggu lepas aku, Pak Din, Pa' an, Faiz pergi ke  Pantai Lagenda. Saja nak sedut udara segar kat situ.  Actually, Pantai Lagenda terletak berhampiran dengan Universiti Malaysia Pahang Kampus Pekan, atau lebih tepat lagi terletak di Kampung Kuala Pahang, Pekan.

Rasa macam anak gembala pulak

Bersebelahan Pantai Lagenda, terdapat sebuah kelab golf eksklusif, "Pantai Lagenda Golf & Country Club, Pahang". Padang golf ini pernah mendapat pengiktirafan antara padang golf tercantik di asia. Tapi itu semua cerita lama. Sekarang padang golf ni dah terbiar. Bekalan elektrik pun dah kena potong. Tapi peninggalan pemandangan yang menarik masih ada untuk ditatapi. Cuba lihat gambar-gambar kat bawah ni yang sempat diambil oleh photographer kami, Faiz Asyraf. (photographer kami? sejak bile pulak aku bayar gaji die)
Seperti biasa, aku akan mendahului peserta-peserta yang lain.. huhu..

Eh, awat jadi hitam putih ni..ooo.. Kelihatan tentera Jepun sudah memasuki Tanah Melayu

Tasik di padang golf yang telah lama terbiar. Tapi still cantik untuk dinikmati, Subhanallah...

 Bunga Teratai

Lagi, pemandangan tasik

 
Pakdin, Aku dan Paan sedang melakukan aksi terlampau di Pantai Lagenda. 

Seronok dapat dengar bunyi ombak pantai. Actually kat kawasan sepanjang tepi pantai ni dah kotor sebab banyak orang buang sampah. Tapi sengaja aku hidden kan, sebab tak sedap mata memandang. Karam Singh Walia, mai datang sini buat liputan.

Anak Laut. Rezeki Allah itu ada di mana-mana. Alhamdulillah.