Showing posts with label blog commentary. Show all posts
Showing posts with label blog commentary. Show all posts

Blog Farah Lee (kunfayakun) Jadi Tumpuan

Posted by Rafhan on Wednesday, 18 January 2012


Salam guys. Mesti korang kenal kan dengan Farah Lee. Nama Farah Lee mula menjadi sebutan pemerhati hiburan di Malaysia setelah beliau dikaitkan dengan pengacara popular, Ally Iskandar. Menjelang tarikh pernikahan diorang pada 20 january ni, Blog Farah Lee telah  menjadi tumpuan. Sewaktu entry ni ditulis, Fan Pages Facebook Blog Farah Lee atau blog yang dikenali dengan nama 'KunFayakun' ini telah mempunyai seramai 16200 members. Wah, dahsyat sungguh penangan personaliti popular ni. Korang boleh lawat blog Farah Lee disini. Gaya penulisan beliau lebih cenderung ke arah Islamik, tetapi dengan gaya yang agak santai. Saya nak ucapkan, selamat pengantin baru untuk Ally Iskandar dan Farah Lee. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat, Insyaallah...  

Alexa yussida, Invite me please....

Posted by Rafhan on Sunday, 27 November 2011


Hi Guys, salam maal hijrah.. tengah boring petang-petang ni lepas tu aku bukak la laptop  untuk baca travel log sorang blogger ni.. Name die alexa yussida (bukan nama sebenar), Pastu, tup tup keluar paparan seperti di atas "This blog is to invited readers only. Contact the blog author and request an invitation" macam mane la aku nak contact die,  email address die pun aku xde. 

Alexa yussida merupakan pelajar perubatan kat universiti di moscow russia. Aku tahu blog die pun bila melalui bloglist benashaari tahun lepas. Actually blog dia ni boleh tahan la. Aku suka sangat bila tengok gambar-gambar waktu dia melancong kat barcelona.. (yerla aku mane pernah pegi sane, dpt tgk dalam blog pun jadi la). Dia ni fanatik dengan si messi tu, so banyak la die criter pasal barca team dalam entry2 die..

Ape yang best bile baca blog dia ni, macam kita baca karangan peribadi. Sebab apa yang di tulis memang original datang dari hati dia (ape yang aku rase la)... Sebab tu la aku boring gila bila x dapat baca blog dia petang ni.. Ok lah alexa, kalau alexa ade baca entry saya hari ni, tlg la invite saya.. teringin sangat nak baca blog alexa yang best tu...  Mesti ade problem kan sampai private kan blog?.. Ok, ape2 pun.. have a nice day ...

p/s: nanti klu die dah open blog, korang boleh pergi kat sini untuk masuk blog die iammemaself.blogspot.com

Blog Milik Ana Raffali, Gemar Bunyi Gitar

Posted by Rafhan on Tuesday, 11 January 2011

Inilah laman blog milik Ana Raffali. Perencam gitar yang tampil dengan imej sederhana ini baru-baru ini mengejutkan ramai pihak dengan menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-25. Anda boleh singgah di blog beliau di http://anaraffali.blogspot.com/. Blog Cik Ana Raffali banyak berkisar tentang ideologi seni muzik yang diperjuangkan beliau.


Sebelum berlangsung majlis Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL 25), pastinya ramai yang tidak menyangka bahawa lagu Tolong Ingatkan Aku mampu mengetepikan cabaran 13 buah lagu lain yang bertanding. Tidak dinafikan, lagu nyanyian Ana Raffali itu sebenarnya langsung tidak memasuki senarai lagu yang boleh memberikan saingan hebat untuk AJL 25 kerana ramai pihak yang lebih bertumpu kepada pertembungan sengit yang membabitkan penyanyi seperti Yuna, Faizal Tahir dan Black. Kejayaannya itu membolehkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.
Menyentuh mengenai lagu Tolong Ingatkan Aku yang diciptanya itu, Ana menjelaskan ia adalah sebuah lagu yang berkaitan sesuatu yang begitu dekat dengan dirinya dan peringatan supaya menghargai yang disayangi terutamanya keluarga dan rakan-rakan.
“Lagu ini juga turut mengingatkan saya kepada kakak saya yang telah meninggal dunia. Mungkin secara kebetulan, tarikh dia meninggal dunia adalah pada 9 Januari 2003 dan hari ini genap lapan tahun dia meninggalkan kami sekeluarga,” ujarnya.


Lirik Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari
Chorus
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Ulang Chorus
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita


source : kosmoonline

Fida Aishah Ucap Salam Perpisahan

Posted by Rafhan on Thursday, 11 November 2010

Fida Aishah Ucap Salam Perpisahan. Itulah yang bermain difikiranku selepas membaca posting terbaru dari Fida Aishah di blog kontroversi  miliknya, adifstory.blogspot.com. Actually, sebelum ni aku tak pernah tahu siapa Fida Aishah ni, sehinggalah ade kawan sekuliyyah aku (si shahir) yang tanye aku, "Kau kenal tak Fida Aishah, blogger kontroversi tu?" Terkejut aku dengar pertanyaan kawan aku tu. Ape lagi, aku terus 

Bila Aku Teringat Kawan Lama

Posted by Rafhan on Monday, 18 October 2010

Hari ni ade seorang bloggerz buat aku teringat akan kawan lama aku. Tengah sedap-sedap blogwalking tiba-tiba perasan yang blogger muda ni seorang pelajar SMKS Abdul Ghani, tempat kawan lama aku mengajar. So aku tanyalah dia, kenal tak Cikgu Sharon? Dia kata kenal. Haha, tak sangka dapat jumpa anak murid kawan lama aku sendiri dalam dunia blog ni. I'm so proud with you Sharon. Kepada Bloggerz2 semua, jemput lah singgah di blog adik Athirah, tapi awas, bloggerz lelaki jangan cuba nak

Inilah Blog Milik Penganalisis Jenayah Pertama Di Asia

Posted by Rafhan on Thursday, 7 October 2010

kamal affendi,kamal Affandi, penganalisis jenayah, rogol, liwat, polis malaysia, crime analyser, 999, rakan cop, mencuri, rompakan, keselamatan, martial art
Kenalkah anda pada saudara Kamal Affandi Hashim? Pastinya nama ini sudah tidak asing bagi kita semua. Bermula daripada dunia kewartawanan dan seorang jurugambar, beliau kemudiannya berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia selama 7 tahun dan kemudian melanjutkan pengajian dalam pengkhususan Jenayah di United Kingdom.Hari ini beliau merupakan Penganalis Jenayah Pertama di Asia. Sebagai makluman beliau mempunyai sebuah blog yang membincangkan isu-isu jenayah, keselamatan dan peribadi. Blog yang diberi nama "Care For A Crime or Two, Anyone?" ini sangat menyentuh hati dan perasaan saya, kerana beliau menamakan mangsa-mangsa rogol dan pembunuhan seperti Canny Ong, Nurul Huda sebagai adik beradiknya sendiri. Beliau adalah Wira Sebenar di Hati Masyarakat . Anda boleh melayari blognya di http://kamalfndhashim.blogspot.com .Saudara Kamal Affandi Hashim, teruskan usaha murni anda!!!!


Sedikit info tentang saudara  Kamal Affandi Hashim:
• The first Asian crime analyst.
• Resident Crime Analyst for TV programming.
• Member of the British Society of Criminology.
• Member of the American Society of Criminology.
• Producer and Director for TV content.

Carta TOP 10 blog pecinta haiwan terhangat di Malaysia

Posted by Rafhan on Saturday, 28 August 2010

 
Sejak akhir-akhir ini, blog pecinta haiwan tumbuh bagaikan cendawan di negara kita. Fenomena yang berlaku ini diharapkan dapat memberikan impak yang positif terhadap masyarakat, iaitu memupuk kesedaran dalam penjagaan dan kebajikan haiwan kesayangan mahupun haiwan yang terbiar di jalanan. Berikut adalah senarai 10 buah blog pecinta haiwan yang terhangat di negara kita.
 

Joegrimjow pecahkan monopoli Ben Ashaari

Posted by Rafhan on Wednesday, 25 August 2010


Hah siapa pulak Joegrimjow nie? Teman percaya,  pastinya nama Joegrimjow tidak asing lagi bagi blogger-blogger kat luar sana. Joegrimjow adalah sebuah blog milik Mohd Faridzul Asyraf B Mat Arifin. Kalau tak silap,

anisquidward papar kisah suka duka bela kucing secara haram

Posted by Rafhan on Friday, 6 August 2010


uLtrasia online ingin berkongsi tentang sebuah blog yang agak menarik. Blog yang diberi nama 'anisquidward' ini adalah milik Cik Anis. Berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai, beliau adalah pelajar dalam jurusan Zoology.  Blog ini berkisar tentang kisah
sekumpulan pelajar universiti yang membela kucing secara haram di universiti mereka. Untuk melawat blog ini, anda boleh pergi ke anisquidward.blogspot... 

p/s: memang terharu lihat kisah kucing dalam anisquidward..

Blog che' gu maswafi sesuai dijadikan bahan rujukan ilmiah

Posted by Rafhan on Wednesday, 4 August 2010

Blog Cikgu Maswafi adalah antara blog yang sudah lama bertapak di Malaysia. Walaupun mempunyai follower yang sedikit (kira-kira 30 follower), namun blog ini mempunyai visitor rating yang agak tinggi (kira-kira 40000 visitor). Ini membuktikan