Halba adalah sejenis rempah
ratus yang sudah digunakan di timur tengah berabad - abad lamanya . Bukan
sahaja digunakan untuk masakan malah juga sebagai alternatif untuk menyembuhkan
penyakit . Halba ni berasal daripada
perkataan Arab ' Hulbah ' (حلبة) Nama
botaninya Trigonella Foenum - Graecum . Orang Inggeris memanggilnya
sebagai Fenugreek . Ia adalah tanaman separa gersang di timur
tengah , juga banyak negara lain di dunia .
Pada satu hari , Rasulullah
SAW menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit .
Rasulullah disuruh memanggil tabib . Al Harith ibn Qaldah datang merawat
Saad bin Abi Waqqas . Beliau menganjurkan agar Saad makan Halba dan
kurma Ajwa'. Dengan izin Allah , Saad sembuh daripada penyakitnya .
Daripada Al - Qasim
bin Abdul Rahman , Rasulullah SAW bersabda ;
" Berubatlah kamu dengan hulbah .
"
( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)
" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan halba nescaya mereka
sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas . "
( Books of Sufi Healing ms; 58 )
Khasiat Halba
Sunnah
Biji halba dihancurkan dan dijadikan seperti
kanji . Pastu makan dapat cantikkan buah dada ( diamalkan wanita
Arab )juga menambah susu untuk ibu mengandung
Untuk jadikan teh
, ambil satu sudu teh halba ke dalam cawan / gelas , tuangkan air
panas dan biarkan semalaman . Pagi , sebelum minum atau gosok gigi
;
1- Jadikan pekat lebih
daripada teh , minum untuk legakan sakit tekak dan bau badan
, berkumur boleh hilangkan bau mulut .
2- diminum bercampur
madu boleh hilangkan anemia serta kurangkan ketagihan pada
rokok dan dadah .
3- minum
menggantikan teh atau jadikan tonik dapat melancarkan haid serta kurangkan
senggugut, menghilangkan kembung , sebu , senak serta buang angin
, mencuci perut , kuatkan jantung ,melegakan sakit kepala / migraine ,juga
demam , menembuhkan buasir , melawaskan kencing , rangsang rahim
, radang kulit , bisul , kegemukan serta kawal kencing manis .
Kalau menelan mentah ( 2-3
gram ) beri kesan terapi dan penyembuhan untuk sakit sendi .
Bukan itu saja
, halba juga baik untuk tumbesaran anak - anak , kecerdasan
serta kekuatan badan .
Malah baik untuk pasangan suami
isteri untuk menambahkan air mani juga menguatkan nafsu
, memanaskan buah pinggang serta organ pembiakan . Tabib kuno Cina
menggunakannya untuk merawat mati pucuk .