Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Jumlah Kalori Dalam Nasi Lemak & Roti Canai

Posted by Rafhan on Sunday, 17 November 2013

Nasi Lemak: 389 cal  (setiap pinggan)

Roti Canai : 301 cal (setiap keping)


Tahukah anda, Nasi Lemak dan Roti canai adalah makanan sarapan pagi paling popular di Malaysia. namun tahukah anda, kandungan kalori dalam nasi lemak dan roti canai adalah sangat tinggi. Untuk setiap pinggan hidangan nasi lemak, kandungan kalori adalah 389 cal, manakala untuk stiap keping roti canai adalah 301 cal. Manakala, bagi Teh Tarik, kandungan kalori bagi setiap cawan adalah 229 cal.


Berikut disenaraikan beberpa jenis makanan yang digemari di Malaysia dan kandungan kalori dalam setiap makanan. (sumber dari surat khabar berbahasa inggeris tempatan)

lemak payudara

Berdasarkan kajian setiap individu lelaki memerlukan 2500 kalori dan perempuan memerlukan 2000 kalori setiap hari. Diharapkan dengan perkongsian info ini, dapat membantu anda untuk merancang pengambilan makanan yang sesuai setiap hari.

Makanan Pembakar Lemak Bantu Kuruskan Badan

Posted by Rafhan on Tuesday, 11 October 2011

Korang nak tahu tak, dengan pengambilan makanan yang membakar lemak, Ia dapat membantu kita untuk mengurangkan berat badan. So, bolehlah kita jadi kurus lepas ni ek... :) Antara makanan yang membantu untuk pembakaran lemak ialah..

Bawang putih/merah 
Bawang mengandungi antibakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain daripada itu, makanan ini juga berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman dan juga meningkatkan metabolisme tubuh seseorang.
Tomato
Makanan ini mengandungi vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak. Selain daripada itu, kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan tomata sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet.

Putih telur
Siapa kata makan telur tak bagus? Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak. Tetapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi.

Lada
Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolime badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak.

 Anggur
Salah satu makanan yang membantu untuk membakar lemak anda adalah anggur. Anggur bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi ia turut membawa khasiat yang dipanggil pektin. Pektin dapat membantu untuk menurunkan tahap kolesterol seseorang.

Lobak merah
Makanan ini mengandungi karotina yang merupakan sejenis vitamin A untuk membantu melancarkan sistem penghadaman dan membakar sisa lemak.


 Timun
Timun bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan untuk membakar lemak, tetapi khasiat didalamnya juga turut memberi kebaikan kepada buah pinggang kerana ia dapat membantu untuk membersihkan asid urik.

source: top5reason

Cara Untuk Elak Penyakit Jantung

Posted by Rafhan on Tuesday, 6 September 2011

 
Jantung adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak janin sehinggalah seseorang itu meninggal dunia. Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien keseluruh badan melalui sistem peredaran darah.
Jantung yang sihat mampu mengepam sebanyak sepuluh ribu liter darah sehari dan ia akan berdenyut kira-kira seratus ribu kali sehari, iaitu diantara 60 hingga 80 kali seminit.

Seseorang itu boleh menghidap dua jenis penyakit jantung, Iaitu penyakit jantung kongenital dan bukan kongenital.

Sakit jantung kongenital berlaku ketika dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injab jantung manakala sakit jantung bukan kongenital berlaku akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti penyakit jantung koronari.

Faktor Risiko Serangan jantung:-
  • Kurang bersenam atau tidak aktif.
  • Merokok.
  • Pemakanan yang tidak sihat.
  • Kegemukkan
  • Diabetes
  • Penyakit tekanan darah tinggi.
  • Tekanan perasaan.
Tanda Serangan Jantung:
  • Sesak nafas. 
  • Sakit dada yang menekan, bermula dibahagian tengah atau kiri dada dan lazimnya merebak ketengah atau kiri dada dan selalunya merebak kelengan kiri dan leher.
  • Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan.
    Berpeluh dingin.
  • Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas.
  • Pening kepala dan loya.
Cara mencegah serangan jantung:
  • Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu iaitu, 20 hingga 30 minit setiap kali senaman.
  • Kekalkan berat badan unggul.
  • Makan secara sihat.
  • Berhenti merokok.
  • Belajar menangani tekanan perasaan.
  • Periksa tekanan darah.
  • Periksa glukosa darah.
  • Awasi paras kolesterol.
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala 
  •  
Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,